Author's pov
Wajah Zia yang lena diperhatikan. Ada kesan air mata mengering di pipinya. Sungguh, Fareez rasa serba salah. Tak patut dia main tuduh Zia yang bukan-bukan. Badan kecil Zia ditarik ke dalam pelukan. Ubun-ubun Zia dikucup beberapa kali. Zia menggeliat sedikit mungkin kerana lenanya terganggu. Mata dibuka perlahan.
Tanpa berlengah lagi, Zia terus tolak kuat tubuh Fareez. Zia turun dari katil kemudian terduduk di sofa bilik mereka. Memeluk lutut dan menggigil ketakutan. Takut dengan Fareez selepas kejadian tadi.
"Zia...,"
Zia menggelengkan kepala berulang kali dan menutup telinga dia dengan kedua-dua belah tangan. Tangisannya juga kedengaran.
Perasaan bersalah Fareez semakin menggunung. Kerana dia, Zia takut sebegini.
Fareez's pov
Aku cuba mendekati Zia yang menggeletar di atas sofa.
"Jangan dekat. Tolong jangan." Zia merayu. Terketar-ketar badan dia. Rapuh hati aku tengok Zia macam ni. Aku puncanya.
"Zia, kita slowtalk, ea?" Aku duduk di atas sofa sebelah Zia.
Oh, tahu reti pulak nak slowtalk bagai. Tadi main hentam ake. Bodoh kau, Fareez. Tapi bila tengok Zia yang makin kuat menangis, aku bangun semula dan duduk bersila di lantai, jauh sedikit dari Zia.
"First, aku minta maaf. Aku tahu aku terlalu ikutkan perasaan. Ingat tak petang tadi? Aku tinggalkan kau buat kerja sorang-sorang. Ya, aku tak patut buat macam tu. Mesti kau penat kan? Terpaksa kemas semua tu sendiri. Sementara aku bersenang-lenang dekat dalam. Sebenarnya aku terdengar perbualan kau dengan Zack. Aku... aku cemburu. Hati aku makin sakit bila nampak kau terlalu mesra dengan Zack dekat dapur. Sampai aku sanggup... sanggup kata kau murah. Dan aku hampir... argh!" Aku raup muka kasar. Kesal. Tu yang aku rasa saat ini.
"Bila aku tahu Zack tu abang kau, sumpah aku menyesal sangat, Zia. Aku tak pernah ambil tahu soal keluarga kau, apa yang jadi kegemaran kau pun aku tak tahu. Suami jenis apalah aku ni kan." Aku angkat kepala. Nampaknya Zia dah berhenti menangis. Matanya terarah ke lantai. Nampak lebih tenang berbanding tadi.
"Zia, duduk depan aku dekat sini boleh?" Zia nampak terkejut tapi dia akur. Punggung dia labuhkan di depan aku. Jarinya bermain sesama sendiri.
"Aku... aku tak pernah cuba untuk kenal kau lebih dalam. Yang aku tahu cuma nama kau. Aku rasa tak guna sangat bila kau menangis sebab aku. Hati aku sakit bila tengok air mata kau tapi kenyataannya, akulah punca. Baru-baru ni aku minta kau jangan menangis tapi sekarang aku yang buat kau menangis. Jahat kan aku? Kalau boleh aku tak nak setitik pun air mata kau jatuh. Aku nak lindungi kau tapi aku yang sakitkan kau. Aku..." Jelas kedengaran getaran dalam bicara tapi aku tahankan saja.
"Aku rasa aku bukan lelaki terbaik untuk kau. Aku sendiri rasa sakit bila tengok kau macam ni. Aku akan lepaskan kau... kalau kau yang minta." Ayat bertemu noktah, Zia terus angkat kepala. Wajah dia nampak terkejut. Dan mungkin kecewa juga. Badannya yang terketar-ketar itu cuba mendekat. Zia berdiri di atas lututnya dan terus merebahkan diri ke dalam pelukan aku. Aku membalas dengan erat
"Ja... jangan tinggal saya... jangan bu... buang sa... saya."
Badannya menggeletar teruk. Aku mengusap belakang badannya dengan niat cuba menenangkan.
"Tak. Aku tak tinggal kau. I'm so sorry. Semua ni salah aku. Kau marah aku lagi?"
Zia menggeleng.
"Jangan marah lagi. Saya tak suka," kata Zia.
"Kau takut dengan aku lagi tak?"
Zia menggangguk. Aku tersentak.
YOU ARE READING
Forgotten Love ✔
Romance[STATUS: COMPLETED ✔] Also known as 'Rindu Saya Tak?' AMARAN: Ayat tunggang terbalik, little bit cheesy but still selamat dibaca, banyak error sebab first book. Tak suka, back. Thank you? ------------------------------ 'Dia' yang disangka pergi dari...