Fareez menolak aku kuat hingga terbaring di katil sementara tangan kirinya menekan kedua-dua belah perlepangan tangan aku ke tilam. Badannya ditongkat dengan siku agar tidak menghempap. Pergerakanku mula terbatas.
Mata dipejam. Tak sanggup tengok apa yang dia bakal lakukan terhadap aku. Tapi...
Berlainan pula yang jadi apabila pipi terasa seperti ada titisan air yang menitik.
Dia... menangis?
Because of me?
Keliru.
Air mata di pipiku dikesat lembut menggunakan hujung jarinya.
"Salah, ke kalau aku nak semua orang tahu tentang kita?"
Aku tersentak.
"Salah, ke kalau aku nak lakukan semuanya hanya untuk kau?"
Kaku.
"Kalau kau tak puas hati pasal Erika, aku minta maaf, sayang. Salah aku sebab keluar dengan dia tapi bukan berdua, ibu pun ada. Aku perlukan bantuan ibu dan Erika, adik susuan aku sendiri, untuk siapkan apa yang perlu. Tentang kad, photographer, katering, macam-macam lagi."
Terasa tubir mata aku mulai panas. Bila-bila masa aje empangan boleh runtuh.
"Dah empat bulan lebih kita dihalalkan. Aku tahu, masa akad kita tak sesempurna pasangan lain. Aku nak kau rasa indahnya rumahtangga macam pasangan lain. Bulan depan, Zia. Kalau kau tak suka, kau ada masa untuk batalkan segalanya."
Juntaian anak rambutnya sekali sekala berjaya menarik perhatian aku.
"Saya tak tahu... Saya fikir awak nak... duakan saya, dengan dia, Erika. I'm sorry, Fareez," jujurku.
Rautnya kelihatan terkejut kemudian dia bangun dan keluar dari bilik. Aku masih kaku di perbaringan, memproses apa yang sedang berlaku. Apabila menangkap deruan enjin kereta yang semakin menjauh dari rumah, serentak tangisan aku mengeluarkan suara.
Kesal.
Itu yang aku rasa. Aku tahu dia perlu masa. Sakit dituduh oleh orang yang disayangi.
Kad tadi dicapai. Nama yang tertera dibaca perlahan.
Fareez Ilham ♥ Zia Ainnur
Automatik aku memeluk erat kad itu. Tak sepatutnya aku tuduh dia melulu. What have I done? Everything I love become everything I lost.
***
Aku tersedar jam 6.15 pagi. Katil di sebelah dikerling.
Kosong.
Mata melilau memandang segenap bilik. Suasana sepi. Tiada lagi usikan nakal Fareez seperti pagi-pagi sebelumnya. Dah masuk hari keempat Fareez tak balik rumah. Jujur, aku rindu.
Tidur sendirian. Sarapan sorang diri. Kadang-kadang tak sarapan pun. Pergi kerja sendiri. Balik sendiri. Tak ada morning kiss. Tak ada lagi panggilan manja.
Fareez... awak punya little girl ni rindukan awak. Tak rindu saya, ke?
Tak mahu berada dalam zon sedih, aku bingkas bangun siapkan diri. Pantulan diri di cermin dipandang. Tiada senyuman. Untuk apa senyum kalau separuh dari jiwa aku tiada?
Mata terancap pada katil yang kosong. Sebak menghuni hati. Kalau masa boleh diputar, aku tak akan tuduh dia macam tu. Tapi tu semua kalau... Hanya kalau.
Phone yang berdering menyentakkan lamunan.
"Assalamualaikum, ibu".
"Waalaikumsalam. Zia, kenapa tak tidur rumah ibu? Lama ibu tunggu."
YOU ARE READING
Forgotten Love ✔
Romance[STATUS: COMPLETED ✔] Also known as 'Rindu Saya Tak?' AMARAN: Ayat tunggang terbalik, little bit cheesy but still selamat dibaca, banyak error sebab first book. Tak suka, back. Thank you? ------------------------------ 'Dia' yang disangka pergi dari...