Goodbye may seem forever.
Perlahan-lahan aku melangkah masuk ke rumah. Gelap. Sekarang sudah jam tiga pagi. Mujur saja Ryan sanggup menghantar aku balik dalam waktu waktu macam ni. Sebenarnya tadi aku dah berbincang dengan ibu dan ayah. Aku akan pergi. Tak jauh tapi cukuplah untuk rawat luka dekat hati ni. Perginya aku mungkin untuk beberapa hari, minggu atau bulan. Selamanya? Tidak! Cukuplah untuk sembuhkan hati ini.
Pintu bilik aku buka perlahan. Tak berkunci. Mata aku terhala ke katil.
Fareez...
Kaki dibawa mendekati Fareez yang sedang lena dibuai mimpi. Wajahnya diperhati sayu.
Sembab.
Kenapa? Tak mahu ambil masa yang lama, aku cepat-cepat mengambil pakaian aku dan masukkan ke dalam bagasi yang sederhana saiznya. Tak perlu bawa semua. Aku akan kembali. Selesai saja berkemas, aku cuci muka dan rapikan rambut. Pakaian pula sudah ditukar dengan hoodie berwarna maroon dan jeans hitam.
Nafas aku hembus. Punggung dilabuhkan di sebelah Fareez. Aku berani sebab aku tahu, dia tak akan sedar.
Tidur mati.
Aku amati wajah insan yang bergelar suami. Lama. Aku akan rindu semua ni. Rambut yang lembut. Senyuman dia. Hidung mancung dia. And... uh, that eagle eyes. I will miss him so much.
Tiba-tiba mata aku terancap pada bingkai gambar di atas lantai. Terketar-ketar tangan aku mencapai bingkai tersebut. Empangan hampir pecah. Rileks, Zia. Cool down.
Aku simpan gambar tu dalam sling bag. Tak apalah. Kalau dia dah tak nak hadap kenangan itu, aku akan bawa bersama. Daripada dia buang, lebih baik aku simpan.
Aku bangun. Untuk kali terakhir, aku ambil peluang yang ada ini untuk tatap wajah insan yang akan aku rindui nanti. Terhambur jua tangisan aku. Suara cuba dikawal, tak mahu Fareez terjaga. Aku kena cepat. Terus aku capai tangan Fareez dan kucup dengan penuh kasih. Kemudian aku cium di dahi dan kedua belah pipi dia.
"Fareez, saya sayang awak. Saya pergi dulu, ya? Assalamualaikum." Dan aku pergi.
Selamat tinggal, Fareez.
***
Terasa bayu angin menampar lembut di pipi. Akhirnya, aku sampai di Sabah. Aku ambil keputusan untuk berjalan-jalan di pantai selepas meletakkan semua barang di rumah arwah nenek aku. Rumah tu dah lama sangat tak berpenghuni. Deringan phone menyentakkan aku dari lamunan.
"Hello, assalamualaikum." Aku memberi salam.
"Waalaikumsalam. Kamu dah sampai ke, Zia?"
"Dah, mama. Ni Zia tengah jalan-jalan dekat tepi pantai dulu." Ya, mama tahu tentang masalah aku dan dia tak salahkan aku. Malah mama dan papa juga yang sarankan aku ke sini.
"Jangan lama sangat dekat sana. Nanti mama rindu."
Aku tersenyum.
"Tengoklah keadaan dulu, ma. Eh, abang Zack ada tak?" Aku cuba menukar topik.
"Ada tu ha, dekat depan tv. Sekejap."
"Hai, my dearest." Aku tersenyum bila mendengar suara Zaqwan.
"Hai, abang"
"So, Zia macam mana? Okay? Duit cukup tak? Nak abang tolong apa-apa?"
Aku tergelak kecil. Risau sangat. Bukannya aku budak lagi.
"Everything is finelah, bro. Zia minta tolong sikit, boleh?"
"Of course, boleh. Apa dia? Tell me." Prihatin betul abang aku sorang ni. Untung siapa dapat dia.
YOU ARE READING
Forgotten Love ✔
Romance[STATUS: COMPLETED ✔] Also known as 'Rindu Saya Tak?' AMARAN: Ayat tunggang terbalik, little bit cheesy but still selamat dibaca, banyak error sebab first book. Tak suka, back. Thank you? ------------------------------ 'Dia' yang disangka pergi dari...