Part 33

12K 474 30
                                    

Memandangkan selera baju aku sudah berubah ke arah yang lebih feminine, hari ni aku padankan blouse putih dan skirt pink polkadot berwarna. Oh, ya! Bukan setakat selera baju,selera makan pun sama.

Pon! Pon!

Aku tersenyum melihat Fareez. Kami balik awal untuk satu hari ni semata-mata nak date! Soraklah sikit!

"Hey, beautiful"

"Assalamualaikum," balasku sekaligus memerli.

"Waalaikumsalam, Puan Zia Ainnur yang cantik jelita."

Aku senyum ringkas.

"So... mall?" tanya Fareez sambil mata masih fokus pada pemanduan. Aku berfikir sejenak.

"No." Aku menggeleng.

"Dah tu nak ke mana? Tasik?"

Sekali lagi aku menggeleng.

"Wayang?"

"Nope," jawabku lagi.

Fareez kerutkan dahi.

"Ha, saya tahu!"

Aku angkat kening tanda 'apa?'.

"Our room, right?"

Pak!

Naik kebas jugak tapak tangan aku bila dah hinggap dekat peha dia.

"Sakit, sayang..." Bibirnya menguntum senyum nakal dan aku menjeling tajam.

"Diam tandanya setuju."

Jeda.

"Okay, sorry-sorry. Awak nak pergi mana?" Fareez mengalah.

"Funfair." Aku menjawab sepatah.

"Huh?"

***

Mata meliar memandang sekeliling. Tak sabar nak main macam-macam. Lengan Fareez dipeluk erat sambil berjalan.

"Zia, jom naik roller coaster?" ajak Fareez. Aku mendongak memandang anak matanya.

"Eh, tapi kalau awak takut tak apa. Kita main benda lain, eh?" katanya lagi.

Alahai, Fareez. Macamlah aku tak tahu dia yang teringin sangat nak naik roller coaster.

"Kenapa pula? For your information, saya berani. Kita tengok siapa yang menggigil cari ibu nanti." Aku mencabar.

"Ek eh, budak ni!" Rambut aku digosok kasar dan aku hanya biarkan.

"Saya risaulah, awak. Nanti kandungan awak tu ada apa-apa ha macam mana?"

Aku tersenyum.

"Tak ada apalah. No worries, okay? Jom."

***

Aku urut lembut tengkuk Fareez. Kesian.

"Awak, okay? Kalau rasa tak sedap badan, kita boleh balik." Botol air mineral dihulurkan. Fareez menyambut dan minum rakus. Peritlah tu tekak lepas muntah. Konon setakat roller coaster ni celah gigi aje. Bukan main riak lagi masa roller coaster berhenti dekat puncak. Ha, sekali dia turun tu, siapa lagi kalau bukan Fareez yang menjerit bagai nak rak. Tangan pulak sibuk genggam tangan aku. Cis!

"Ah, lega sikit tekak ni. Saya dah okay. Jom pusing-pusing lagi," ajaknya.

Aku mengangguk dan beralan beriringan dengan Fareez.

Forgotten Love ✔Where stories live. Discover now