Part 21

14.4K 544 25
                                    

Fareez's pov

Zia mengikut langkah aku dari belakang. Tiba-tiba aku teringatkan satu perkara.

"Zia."

"Ya?"

"Pejam mata."

"Kenapa pula?" Muka Zia nampak tak puas hati.

"Pejam jelah," arahku.

Zia akur. Aku mengambil satu kain hitam dari dalam poket dan ikat di mata Zia.

"Ketat sangat tak?" soalku.

Zia menganggukkan kepala. Jadi aku longgarkan sedikit tapi apabila ternampak senyumannya, aku bertindak untuk mengetatkan semula. Lebih ketat dari tadi.

"Auw, sakitlah!"

"No peeking, little girl. Nakal, eh?" Macam lah aku tak tahu dia nak intai melalui celah kain.

"Yelah, yelah. Macam tahu-tahu aje," rungutnya menyeababkan aku tersenyum.

Aku memimpinnya menuju ke tepi pantai, di mana semua persiapan sudah lengkap. Zia nampak teragak-agak dengan langkahnya sendiri. Aku mengeratkan sulaman jari kami.

"Kau percaya aku kan?"

Zia mengangguk.

"So, jalan aje. Jangan risau, aku tak bawa kau terjun lombonglah," selorohku menyebankan Zia tergelak perlahan. Alahai, ayunya. Bini siapa ni?

Aku bawa Zia sampai di tepi pantai berdekatan sebuah resort. Sudah aku maklumkan kepada pihak atasan, aku tempah tempat ni. Tak mahu ada sebarang gangguan. Tiba dah sampai depan meja makan yang disiapkan oleh pihak resort, langkah terhenti. Zia ditinggalkan terpinga-pinga di situ dan aku menyorok di sebalik dinding resort.

"Awak..." tangan Zia meraba-raba di udara mencari aku tapi sia-sia aje usaha dia.

Tergelak kecil aku tengok Zia yang gelabah semacam tu. Akhirnya, Zia rungkaikan ikatan kain di mata dia. Tergagam dia apabila matanya mula terancap pada segala persiapan yang tersedia.

Mulutnya ditekup. Mata bagaikan terpukau melihat semua itu. Meja makan kayu yang dialas dengan kain putih dan yang menyerikan lagi ialah lilin besar di tengah-tengah. Simple but elegant apabila ditambah lagi dengan lilin-lilin yang disusun secara rawak di atas pasir. Ada lilin kecil dan besar, diletakkan kemas di dalam satu bekas kaca lutsinar yang comel. Diikuti dengan haruman yang keluar dari lilin itu.

"Fareez... kelualah." Matanya liar memerhati setiap sudut.

"Fareez Ilham!"

"Jangan main-main, please."

"Saya kira sampai lima. Kalau awak tak keluar, saya tak nak cakap dengan awak seminggu! I don't care!"

Terkejut aku dengar ugutan Zia.

"Satu."

She gotta be kidding me.

"Dua."

Pantas aku memanggil seorang budak kecil yang bersekongkol dengan ramcangan ini. Aku arahkan dia supaya memanggil rakan-rakannya yang lain. Terkedek-kedek budak lingkungan umur 5 tahun itu berlari sambil memegang erat gaun kembangnya.

"Tiga."

Aku berlari secara senyap ke arah piano yang telah pihak resort sediakan.

"Empat."

Kelihatan kesemua sembilan kanak-kanak tadi sedang berlari mendekati Zia dan membentuk sebuah bulatan. Di bibir masing-masing sudah sedia menggigit satu kuntum bunga mawar putih yang dah dibuang duri. Langkah keselamatan, okay. Apa aku nak jawab dengan mak ayah diorang kalau tercucuk duri.

Forgotten Love ✔Where stories live. Discover now