Special Part (ReeZia)

12K 566 59
                                    

Zia's pov

Mata galak memerhati pasangan merpati sejoli.

Ya, kecewa.

Kenapa buat Zia macam ni? Zia tak nak tuduh tapi Zia nampak dengan mata Zia sendiri, abang...

Aku bangun dari kerusi restoran dan pulang ke rumah. Tak perlu untuk serang mereka.

Kenapa?

Sebab Fareez nampak bahagia.

Sampai di rumah, aku terus melangkah ke bilik Syira. Pintu dikuak perlahan tak mahu mengganggu lenanya. Wajah suci Syira ditenung dengan penuh kasih.

"Syira... papa dah tak sayang mama," bisik aku. Ada getaran pada suara itu. Tangis ditahan jua.

"Goodnight, princess. Sweetdream." Pipi tembam Syira dikucup. Kemudian aku bangun. Diperhati sekali lagi wajah anak kesayangan sebelum pintu ditutup rapat.

"Eh!"

Terkejut aku tengok Fareez yang sedang berdiri depan bilik Syira. Tangannya dicapai dan dikucup hormat.

"Nak tengok Syira ke?" soal aku.

Fareez mengangguk sebelum masuk ke bilik anak gadisnya. Aku hela nafas panjang.

Mampukah aku untuk bertahan?

***

Pagi ni aku sediakan bihun goreng dengan karipap.

"Morning, ma," sapa Syira.

"Morning, sayang." Aku membalas. Bihun diletakkan di pinggan kemudian dihulurkan pada Syira. Syira makan dengan berselera.

"Makan cepat, Syira. Papa dah lambat ni. Tinggal kang," arah satu suara yang baru turun dari tangga.

"Kenapa nak cepat? Syira baru aje makan," protes Syira.

"Makan ajelah! Tak payah banyak soal!" Suara Fareez naik satu oktaf. Aku terkedu manakala Syira sudah tercebik menahan air mata.

"Apa masalah abang ni? Syira tu kan tengah makan. Dahlah. Nak pergi, pergi aje. Zia boleh hantar Syira." Suara aku turut dinaikkan satu oktaf. Fareez dah melampau.

"Suka hatilah." Tanpa rasa bersalah, Fareez melangkah keluar dari rumah. Terduduk lemah aku di kerusi, termenung lama.

"Mama..." panggil Syira perlahan menghapus lamunan. Tangan aku digoncang-goncang.

"Ya, sayang."

"Papa dah tak sayang kita ke?" soal Syira dengan muka tak berdosa. Aku terdiam sejenak.

"Papa stress kerjalah tu. Dah siap makan kan? Jom pergi sekolah. Hari ni mama pergi kafe. Ada hal sikit." Aku cuba mengalih topik. Syira mengangguk lemah dan mencapai beg sekolahnya.

Selesai aje masalah di cafe, aku mula memandu pulang. Tiba-tiba mata aku terancap di salah satu restoran yang berdinding kaca.

Macam kenal...

Tak membuang masa, aku bangun dan masuk ke restoran tadi. Mata melilau mencari bayang dia... dan dia. Ya. Berdua. Again...

Jumpa!

Kelihatan Fareez sedang bergelak ketawa dengan seorang perempuan.

Krak!

Bunyi apa tu?

Hati aku.

Kenapa?

Jangan persoalkan.

Sakit.

Forgotten Love ✔Where stories live. Discover now