Mata dicelikkan. Lama betul aku tidur. Sampai ke pagi. Kepala terasa ringan. Ada satu tuala kecil yang basah diletakkan di dahi. Rambut aku ikat malas gaya messy bun. Sebelah kanan katil aku pandang.
Kosong.
Aku cuci muka dan turun ke bawah. Tak ada orang. Kereta yang Fareez sewa pun tak ada. Mana dia pergi? Tak mungkin dia tinggal aku. Impossible! Kepala spontan digeleng berulang kali.
Aku labuhkan punggung di depan televisyen, cuba mencari rancangan menarik.
Bosan!
Alat kawalan jauh dicampak ke atas meja kayu di depan aku. Langkah aku bawa ke dapur. Haus pula rasanya.
Tiba-tiba mata terancap pada kertas di pintu peti. Aku terus capai dan baca...
"Aku keluar kejap nak settlekan hotel tempat aku stay, kereta sewa kita dengan tiket flight untuk balik esok. Makanan dalam microwave. Jangan lupa makan, sweetbun. Dan jangan degil.
Much love, Your babyboy."
Aku hembus nafas lega. Eh, kejap. Flight esok. Maknanya aku ada masa lagi nak luangkan dengan Fareez harini.
Aku buka microwave dan keluarkan satu mangkuk yang berisi bubur ayam. Nampak sedap. Dia buat sendiri ke beli, eh. Aku mengambil tempat di meja makan.
Satu sudu.
Not bad.
Dua sudu.
Sedap pula.
Tiga sudu.
Empat, lima dan seterusnya.
Selepas bersudu-sudu, habis licin aku makan. Ceh, konon not bad. Tapi not badlah kalau lelaki yang masak. Kot.
Terdengar bunyi kereta di depan rumah.
Kelihatan Fareez sedang keluar dari kereta. Aku pandang dia atas bawah. Hm, simple but stylo. Jeans dark blue dengan tshirt Polo.
"Hai, beautiful."
Aku tersenyum lebar. Fareez cium berjalan duduk di sofa menghadap televisyen.
"Awak, sampai hati tinggal saya macam tu aje." Aku mencebek sambil berdiri di depan dia atau lebih tepat lagi, menghalang pandangan dia dari menonton. Saja bermanja, malas mahu ingat perbincangan semalam. Tak penting untuk ingat benda macam tu. Boleh merosakkan kebahagiaan.
"Ish, kau ni! Tepi. Aku nak tengok tv lah." Fareez menolak badan aku ke tepi tapi aku masih berkeras. Mata dijulingkan. Serious lah mamat ni. Sekejap je boleh berubah watak. Semalam bukan main lagi I'm sorry blabla, huh!
"Dari tengok tv, baik tengok saya." kataku. Fareez angkat kepala memandang aku dengan senyuman nakal.
"Oh, really huh?" Tangan aku ditarik dan aku terduduk di atas riba Fareez. Baru saja aku nak bangun, dia tarik pinggang aku tak bagi aku bergerak.
"Just stay, little girl." Aku tersenyum dengar panggilan tu. Aku sandar di dada dia dan mula menonton drama. Jari Fareez pula kadang kala bermain dengan anak rambut aku.
"Lawa pulak kau buat rambut macam ni. Even selekeh." Nada dia ada lah sikit kedengaran memerli tapi macam memuji pun ada. Aku diam tak membalas.
YOU ARE READING
Forgotten Love ✔
Romance[STATUS: COMPLETED ✔] Also known as 'Rindu Saya Tak?' AMARAN: Ayat tunggang terbalik, little bit cheesy but still selamat dibaca, banyak error sebab first book. Tak suka, back. Thank you? ------------------------------ 'Dia' yang disangka pergi dari...