Hikmah diBalik Sholat Sunnah

999 36 1
                                    

🍃🔻 HIKMAH DI BALIK SOLAT SUNNAH
Menyempurnakan kekurangan dalam solat wajib.
—---------------------------

Dari shahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu , beliau mengatakan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ النَّاسُ بِهِ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ أَعْمَالِهمْ  الصَّلَاةُ". قال: "يَقُولُ رَبُّنَا جَلَّ وَعَزَّ لِمَلَائِكَتِهِ - وَهُوَ أَعْلَمُ -: اُنْظُرُوا فِي صَلَاةِ عَبْدِي؛ أَتَمَّهَا أَمْ نَقَصَهَا  ؟
فَإِنْ كَانَتْ تَامَّةً؛ كُتِبَتْ لَهُ تَامَّةً، وَإِنْ كَانَ انْتَقَصَ مِنْهَا شَيْئاً، قال: اُنْظُرُوا؛ هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ؟ فَإِنْ كَانَ لَهُ تَطَوُّعٌ؛ قال: أَتـِمُّوا لِعَبْدِي فَرِيْضَتَهُ مِنْ تَطَوُّعِهِ، ثُمَّ تُؤْخَذُ الأَعْمَالُ عَلَى ذَاكُمْ

”Sesungguhnya, perkara pertama yang dihisab (diperhitungkan) pada hari kiamat dari amalan-amalan mereka (umat manusia) adalah solatnya .”

📌 Kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wasallam mengatakan:

“Allah –Tuhan kita- ‘Azza wa Jalla mengatakan kepada malaikat-malaikatnya –dalam keadaan Dia Yang Maha Mengetahui- :

“Periksalah solat hamba-Ku; Apakah ia menyempurnakan atau menguranginya?” “Jika sempurna, maka ditulis sempurna.”

🔻 “Jika ada sesuatu yang kurang, maka Allah katakan:”
“Periksalah (kembali), apakah hamba-Ku itu memiliki amalan tathowwu’ (yakni amalan solat sunnah, pen).?”

🔻”Jika ia memiliki amalan solat sunnah, maka Allah Ta’ala katakan:
“Sempurnakan (catatan) solat wajib hamba-Ku itu , dengan amalan solat sunnahnya.”

“Kemudian amalan-amalan lainnya juga dihisab dengan cara seperti itu.”

[ HR. Ahmad no.9494, Abu Dawud no.864, At-Tirmidzi no.413, An-Nasaa'i no.466, Ibnu Majah no.1425 ]
Hadits dishohihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah dalam kitab; Shohih Al-Jami’ no.1194, 2571

➖➖➖
👍 Oleh kerana itu, mari kita tingkatkan semangat untuk melaksanakan solat-solat sunnah sesuai dengan bimbingan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam .

Wallahul Muwaffiq . (AH)

#KeutamaanSholatSunnah #Hisab
〰〰➰〰〰
Sharing post on Silahturahmi G-hijrah (WA)

Mutiara islam Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang