Aku tak percaya yang seungra ingat aku. Aku berjaya akhirnya tapi... Ada padahnya. Bukan semua benda yang kita nak, pasti ada padahnya. Aku masuk semula ke dalam bilik dan lihat seungra baring di situ.
Ni semua salah aku, mesti pekara ini tak akan berlaku kalau aku tak paksa dia ingat aku. Maafkan aku,seungra. Aku pegang tangan seungra dengan erat dan berharap dia sedar secepat mungkin.
"joon" Suga panggil aku. Aku padang ke arah dia sebaik saja dia panggil
"Janji dengan aku yang kau tak akan buat dia macam ini lagi" Suga yang duduk disebelah aku berkata tanpa mengaluhkan pandang dia dari seungra.
Suga terlampau sayangkan Seungra tapi dia lepaskan Seungra untuk aku. Dia pilih persahabatan dari percintaan. Aku tak tahu balas jasa dia. Aku pegang bahu suga dan senyum sebagai tanda yang aku janji.
Dia bangun dan pergi. Aku boleh nampak yang mata dia berair. Maafkaan aku suga. Tiba-tiba tangan aku dipegang erat. Seungra dah sedarkan diri tapi sayangnya lepas Suga pergi.
"Seungra, aku minta..." Tak sempat aku habiskan ayat seungra dah potong.
"Aku maafkan kau, monie. Aku cuma nak tanya, Kenapa kau jadi pembuli? dulu kau tak macam ni , dulu kau seorang yang pendiam dan tak suka ada buli." Dia cakap sambil betulkan posisi dia dari baring ke bersandar.
Monie? nampaknya dia memang ingat segalanya. Aku diam untuk seketika sehingga dia tegur aku.
"Lepas kau pindah ke seol, hidup aku dah tak ceria lagi. Aku tiada kawan dan kerap kena buli di sekolah dan di rumah. Appa aku mula jadi kaki minum dan kerap pukul aku lepas omma appa bercerai. Aku merayu dengan suga untuk masuk group dia sebaik sahaja aku tak tahan di buli lagi" Aku terang dengan panjang lebar.
"kau rasa dengan membuli orang, hidup kau jadi lebih baik?! Kau ingat kau kuat?! Kau hanya seseorang yang sembunyikan ketakutan dan bukanya mengatasi kketakutan kau. Kau tak pernah rasa bersalah ke bila kau buli orang?! mestilah tak sebab kau pikir kau lagi hebat."
aku hanya pandang ke dua-dua belah tangan aku bila dia cakap macam tu. Ni bukan diri aku yang dulu. Apa yang aku pikirkan sehingga aku ke tahap ni? Apa yang telah aku lakukan?
"aku minta maaf, seungra"
"Kau minta maaf kat aku tapi kau sendiri yang tak maafkan diri kau. Kalau kau maafkan diri sendiri, kau akan biarkan suga dan aku bahagia dan bukanya cuba rampas aku dari dia" Tiba-tiba seungra berdiri betul-betul sebelah aku.
Aku hanya berdiri di situ. Tanpa aku sedar, seungra tiada di bilik. Aku dengar bunyi jeritan nurse. "ada pesakit cuba terjun!!"
Aku berlari secepat mungkin ke arah tangga kecemasan. Tanpa berfikiri aku terus tingkat paling atas. Buka sahaja pintu, aku lihat Seungra betul-betul dekat penjuru. Satu tapak ke depan dan dia akan jatuh.
"Apa yang kau buat ni Seungra?!!!" Aku bercakap hampir menjerit sebab angin yang kuat di tingkat atas ni.
"Aku nak kau ingat yang tiada jalan mudah dalam hidup ni. Kau ada pilihan untuk terus bertahan dan memperoleh hidup yang lebih baik tapi kau amik jalan mudah dengan menindas orang lain. Berubahlah selagi belum terlambat." Seungra maju kehadapan sebaik sahaja habis ayat dia.
"SEUNGRA!!! TIDAK!!"
Tiba-tiba telefon aku berbunyi, bunyi itu membuatkan aku terjaga dari tidur. Suga call aku banyak kali tapi aku x angkat. Aku tengok jam dan ada 30 minit sebelum waktu rehat. AKU DAH LAMBAT!!
Aku sampai ke depan kelas lagi 5 minit nak bunyi loceng. Jap.. aku macam pernah lalui hari ni, di mana aku hempas pintu kelas dan masuk dengan selamber. Tiba-tiba aku teringat ayat seungra, 'Berubahlah selagi belum terlambat'
Aku ketuk pintu sebelum masuk kelas.
"masuk" cikgu kata
"Minta maaf saya sebab saya lambat, cikgu" Aku tunduk hormat masuk dalam kelas dekat cikgu.
Aku boleh nampak yang semua orang pandang aku pelik. Mulai hari ni aku akan berubah. Bukan untuk Seungra tapi untuk kehidupan yang lebih baik. Aku duduk di sebelah suga selepas cikgu benarkan. Aku nampak seungra pandang aku.
Ye, aku pernah lalui hari ini. Hari ini adalah hari pertama seungra bersekolah kat sini. Aku senyum kat arah dia.
"wei, kenapa kau tak angkat call aku?" suga tanya.
"aku terlajak tidurlah, apa lagi." Aku keluarkan buku.
Aku memang nak berubah tapi aku tak nak persahbatan aku dan suga berubah. Aku akan tinggalkan gejala buli kepada suga. aku dah tak nak terjebak sekali.
"wei, jom suruh budak baru buat kerja sekolah kita"
"tak nak, aku dah cucu tangan." aku salin apa yang cikgu tulis kat papan putih.
"what?!!!!"
-the end-
wow, admin memang teruk buat ending. Sorry sebab kecewakan korang. Admin akan tulis balik buku ni . Jangan risau jalan cerita masih sama, admin cuma tambah lebih banyak story antara seungra dan Rm. lagipun admin nak betulkan format buku ni. Doakan "Bully 2" keluar
YOU ARE READING
Bully (complete)
FanfictionKim seungra (reader) kerap dibuli oleh rap monster/kim namjoon. namjoon ni pelik bagi suengra. Sekejap baik & sekejap x. Seungra sangat takut dengan namjoon walaupon kadang2 namjoon ckp dengan dia, dia akan balas balik dengan menulis di atas kertas...