Sejuknya ! Sekarang ni musim tengkujuh. Sebab tu asyik hujan je. Takpelah, hujan kan satu rahmat," aku bermonolog sendiri.
Langkah kakiki terasa berat menuju ke bilik mandi. Kalau ikutkan hati nak je aku sambung tidur sampai ke tengahari," getus hati kecilku sambil tergelak kecil.
'Mak aiii ! Sejuknya air ni," suaraku memecahkan keheningan pagi. Air sejuk yang membasahi tubuhku seolah-olah menggigit kulitku yang sensitif dengan dingin. Selesai membersihkan diri, aku menuju ke meja makan. Laparnya perut,"gumamku sendiri sambil menggosok-gosok perutku menggunakan telapak tanganku.
"Morning Bella," sapa mak dari jauh. Wajahnya yang semakin dipahat usia itu mengukirkan senyuman manis kepada aku.
"Morning too mak. Wanginya mak masak. Berbunyi perut Bella,''aku lantas memeluk erat tubuh ibuku dari belakang.
"Hari ni mak masak special tau. Bella mesti suka. Tadaaaa!!!
"Wah, nasi goreng kampung !! Lama tak makan, last makan pun bulan lepas. Tu pun nenek yang bawakan. Rindu nak rasa air tangan mak tercinta ni."
"Yelah. Mak tahu makanan kegemaran kamu. Sebab tu lah mak masak. Lepas ni tolong mak kemas rumah tau. Mak nak keluar kejap lagi. Ada urusan sikit".
"Ok mak. Boleh je. Mak jangan risau ya"
***
Bosannya hujung minggu ni, asyik terperap kat rumah je. Bagus aku ajak Lia keluar jalan-jalam. Hilang juga rasa bosan daripada mereput dekat rumah ni. Dengan pantas aku mengambil handphone lalu membuka aplikasi whatsapp.
Me : Yow, Lia kau kat mana ni?
(typing...)
Lia: asal babe ? Aku kat rumah je ni. Bosanlah."
(typing...)
Me : Keluar jom, aku tunggu tempat biasa ye
(typing...)
Lia : Okay. Boleh je takde hal.
(typing...)
Me : Kalau ada apa-apa, roger okay.
***
Setibanya tempat yang dijanjikan iaitu kat Jaya Shopping Centre, aku dan Lia terus mencari tempat yang sesuai untuk menghilangkan bosan. Of course destinasi utama ialah butik, Watson, Guardian dan seangkatan dengannya. Aku ni tak minat sangat make up . Aku lebih kepada yang simple je. Definisi make up simple tu bila kau pakai make up tapi wajak kau masih nampak sama dan tak jauh sangat perbezaannya.
"Weyh, kau nak tahu tak? Semalam Azwan call aku minta getback. Pada pendapat kau, patut ke aku balik dekat dia tu?," soal Lia membuka bicara setelah beberapa minit kami masing-masing sepi tanpa bicara.
"Manalah aku tahu, kau tanya aku pula. Hati kau kan, bukan hati aku. Kau tanyalah diri kau sendiri. Kau kan dah besar, kau pandai-pandailah pilih yang terbaik untuk kau." Ujarku sambil membetulkan tudung bawal yang dipakai.
"Tapi aku boleh je bagi pendapat. Macam ni, kalau aku jadi kau, aku akan tengok dia, kalau dia betul-betul nak berubah, mungkin aku boleh fikir nak bagi peluang kedua kot. Manusia boleh berubah. Takkan satu keburukan yang dia buat terus kau dah tak nampak kebaikan dia. Peluang kedua mungkin boleh diberikan kepada sesiapa yang layak menerimanya. Tapi kalau dia buat juga lepas kau dah bagi peluang kedua. Aku pesan, kau blah je la." Aku menambah lagi kata-kataku dengan menyelitkan nasihat kepada Lia.
"Yelah Bella, aku pun tak taulah. Aku tak yakin sangat dengan dia. Lepas apa yang dia buat dekat aku, aku ada trust issue. Sampai sekarang aku susah nak percaya cinta. Susah nak dapat oramg yang betul-betul ikhlas dan terima kekurangan kita dengan seadanya." Lia menghela nafas panjang.
"Dah ! Dah ! Kau tak payah nak runsingkan otak kau. Kita keluar ni nak happy bukan sedih-sedih. Jom kita pergi makan ice cream pastu kita pergi tengok wayang.Tak fun lah tengok kau runsing pasal tu, better kau enjoy dengan aku," aku menggeletek pinggang ramping Lia menyebabkan dia tergelak kecil.
"Hah ! Betul jugak. Daripada aku runsing fikir benda ni, baik aku enjoy je dengan member kesayangan aku ni," balas Lia sambil mencuit hidungku.
Kami berjalan ke semua tempat di mall itu Kaki? Jangan cakaplah, lenguh nak mampus. Nasib aku pakai sneakers je, kalau aku pakai high heel, habis terseksa tapak kaki aku nanti.
Setelah beberapa jam mereka berada di dalam mall itu. Lia tiba-tiba bersuara.
"Jomlah balik, aku dah penatlah," ajak Lia. Dari raut wajahnya jelas menampakkan perubahan matanya yang kelihatan semakin kuyu. Langkah kakinya seolah-olah tidak bermaya.
"Siapa suruh kau pakai heel. Tengok sekarang, kan dah sakit kaki kau."
"Aku kan pendek (emoji menangis)." Balas Lia sambil tergelak besar.
Aku turut tergelak melihat tingkah sahabatku itu.
"Yelah,jom."
"Ok jom"
Continue...
Thank you support MEMP. Jangan lupa vote ya❣️

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr.Ego & Miss Penggoda ✔
Roman d'amourT A M A T.. Satu tragedi hitam menimpa hidup Bella sehingga membuat dia menjadi seorang perempuan psiko. Adakah dia menjadi psiko disebabkan suaminya sendiri atau sebaliknya? "Diamlah betina sundal-Faris Izwan "Kau boleh hina aku ! Kau boleh caci...