35: Bala

5 0 0
                                        



   Bunyi deringan handphone  membuatkan Ryna tersedar dari tidurnya. Dengan keadaan mamai Ryna mencapai hand phone nya .

  "Hello?"Dengan mamai Ryna menjawab call tersebut  tanpa melihat nama yang timbul di screen handphone nya .

"Baru bangun ke anak dara?" Soal pemanggil sinis . Ryna tidak membalas persoalan tersebut malas kepalanya tertunduk-tunduk akibat mengantuk yang teramat.

" Ryna? Kau oky ke kenapa senyap ni?" Kalut si pemanggil menyoal. Ryna masih tidak memberi respon. Malah matanya terpejam rapat.

"Ryna,Ryna.Ryna Irish!!!! "Si pemanggil memanggil sedikit kuat.

"Ryna sayanggg,kau okay ke? Kenapa senyap ni? Aku ada tersalah cakap ke?" Tanya so pemanggil.

  " Sayang , oh sayang" senyap....

  "Sayang kenapa ni" tanya si pemanggil kasar dan sedikit kuat menyebabkan Ryna sedar. Dengan mamai Ryna melihat screen phone nya lalu terpanpan nama si Faiq. Membulat terus mata Ryna.Ryna menggosok matanya lalu meletakkan handphone di telinga.

   "Ye awak?" Tanya Ryna dengan suara serak. Maklum lah baru bangun tidur

  " kau kenapa senyap,Aku ada buat salah ke?" Tanya Faiq pelik.
 
" sejak bila lagi awak call saya ni?" Tanya Ryna mahu kepastian.

" kau tidur ke tadi Ryna?" Soalan Ryna dibalas dengan soalan dari Faiq.

" hehehehe, haah tertidur lah awak. Tak perasan pulak yang awak call saya. Saya main angkat je tadi " balas Ryna tersengih. Faiq hanya mampu mengelengkan kepalanya .

" Ya allah Sayang aku ni nak jadi apa? Dah nak maghrib ni kau boleh syok tidur? Ni mesti kes kau tidur lepas asar kan? Kau tahu kan tidur lepas asar ni tak elok! Tak pasal-pasal otak kau bodoh sebab tidur lepas asar,dah lah kau tu dah bodoh nak tambah pulak ke kebodohan tu" Bebel Faiq terlampau geram.

" saya tidur before asar lah!  Dah nak buat macam mana terbabas sampai nak maghrib . Tahu lah saya bodoh tak perlu kot cakap saya bodoh,saya sedar diri" balas Ryna bengang. Faiq mengeluh, dia tahu dia melampau, cakap tak bertapis.

" sorry, aku tak sengaja, aku geram sebab kau tidur lepas asar. Ni pun mesti kau tak solat asar lagi kan? Kalau aku tak call ni mesti kau tak bangun kan? Bersyukur lah sikit aku call , kalau tak terlepas asar lah kau. Dah pergi solat dulu nanti aku call balik" bebel Faiq panjang, Ryna senyap malah terus mematikan phone nya. Malas nak layan Faiq, tak pernah menyakitkan hati. Orang dah lah baru bangun tidur, boleh pulak cakap orang bodoh, fikir tak terasa ke? Mulut tu cakap main lepas je. Bebel Ryna dalam hatinya lalu terus menuju ke tandas untuk berwudhuk.

  Selesai sahaja solat,Ryna terus turun ke tingkat bawah, mahu mencari makanan untuk diisi. Perut sudah meminta minta untuk diisi.

   " buat apa dalam bilik tu baru turun ni?" Tanya Ryan apabila melihat adiknya masuk ke ruang dapur.

" terbabas lah Long, biasalah bila cuti tidur je lah keje " balas Ryna selamba.

" Ish ish, tak elok lah kakak tidur lepas asar. Kan Mama dah pesan" tegur Ryan kepada Ryna.

" along ni sama je macam faiq. Faiq siap cakap kakak bodoh lagi" ngadu Ryna

Oh My Tutor Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang