DI ATAS MEJA, kunci kereta berjenama Honda BR-V diletakkan. Dengan lelah, dia melepaskan keluhan bersama hembusan nafas yang panjang. Tangan kanan pula menyentuh dahi sambil mengurut. Letih dan lelah. Itu yang dirasai sekarang. Pn. Alana menghampiri anak lelakinya yang sudah berpeluk tubuh sambil menonton televisyen yang menayangkan sebuah rancangan.
"Macam mana, Syarif? Semua okay?" Soal Pn. Alana, yang semakin risau dengan keadaan anak lelakinya yang satu ini. Semakin susut dan tidak bertenaga.
"Okay aje, ummi. Cuma itulah, pihak produksi tu cerewet sikit. Penat betul layan kerenah dia tadi. Sampai tak perasan dah larut malam." Petang tadi, kalau boleh hendak sahaja dia mengeluarkan cerewet dirinya yang sebenar. Nak itu, nak ini.. semua serba tak kena. Nasib baik impian untuk menjadi novelis yang lebih terkenal mahu dicapai. Kalau tidak, boleh pergilah.
"Tak apa. Anak ummi semuakan kuat. Yang penting sabar tu kena selalu ada dalam diri." Tangannya sudah memicit lengan yang berotot yang berlapik dengan kemeja putih lengannya sudah disingkatkan ke siku.
"Terima kasih, ummi. Terima kasih sangat sebab jaga Syarif walaupun Syarif dah dewasa, ada kerja walaupun sepatutnya Syarif perlu keluar daripada rumah ni." Pn. Alana tersenyum manis. Gamat melihat mata biru di hadapannya ini. Tidak berkata apa-apa, Jari telunjuknya mengarah pada meja makan.
"Ha, okay. Terima kasih, ummi." Seperti mengerti, langkah dibuka dan terus melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan. Tudung saji dibuka dan automatik tangan menyentuh pinggan ditepi untuk diletakkan dihadapannya. Pn.Alana yang memerhati terus terlintas di fikirannya perkara yang berlaku 26 tahun dahulu.
1991
Sepasang suami isteri tersenyum riang memerhati bayi mereka yang baru dilahirkan seminggu lepas melalui cermin lut sinar di dalam bilik yang menempatkan khas untuk penjagaan bayi yang baru lahir. Tetapi apa yang menarik fokus si isteri ialah bayi yang sedang didukung oleh seorang jururawat. Bayi itu masih merengek dan menangis walaupun sudah cuba untuk disusukan dengan susu botol. Terbit satu persoalan yang melahirkan sifat ingin tahu tentang bayi itu. Tanpa berlengah, tombol dipulas dan ditegur jururawat yang semakin galak mendodoi si bayi.
"Nurse, boleh saya..." Seakan faham, Jururawat itu pantas memberikan dukungannya kepada wanita yang sudah tersengih dan bayi bertukar tangan. Serta-merta tangisan terhenti. Melihat sahaja wajah bayi yang persis muka orang Eropah itu, terus bersinar mata sepasang suami isteri. Perhatian yang sepatutnya diberikan kepada anak mereka dialihkan kepada bayi bermata biru itu.
"Kenapa tak bagi bayi ni susu badan? Ibu bapa dia mana?" Dodoian diteruskan tetapi mata masih memandang jururawat yang dikenali sebagai Jessi iaitu jururawat yang sememangnya akan bertugas untuk membawa setiap bayi yang baru lahir kepada ibu mereka untuk disusukan.
Soalan dibalas dengan gelengan. Masih tidak faham dengan gelengan yang diberikan, dia bertanya lagi.
"Mana ibu bapa bayi ni?" Sedikit tidak sabar, suami di sisi menepuk perlahan belakang si isteri.
"Lana.." Digeleng kepala tanda bertegas kepada si isteri. Alana berputus asa dan segera menunduk sedikit kepala meminta maaf kepada jururawat Jessi.
"Sudahlah tu, Lana. Anak kita yang itu. Bukan yang ini. Mari masuk bilik balik. Awak tu bukan kuat sangat pun" Alana mengeluh. Kadang-kala sakit hati juga dengan layanan suaminya ini. Langsung tidak mahu memberi sedikit ruang kepadanya. Walaupun Alana ini seorang peguam yang berkelayakan tinggi dan sentiasa menang ketika pembicaraan, suami tetap dihormati. Cuma itulah, kadang-kadang ada juga dia guna taktik yang satu itu.
Tiba sahaja di bilik sakit VIP, badan Alana terus sahaja dihempap perlahan ke atas katil. Selimut menutupi sebahagian bawah badan sebelum mulutnya terus mengeluarkan kata-kata yang memang hendak diluahkan selepas keluar daripada bilik penjagaan bayi sebentar tadi.
YOU ARE READING
Dia datang dengan cinta
RomanceHidup sebagai seorang anak angkat sebuah keluarga di tanah Malaysia. Hidup penuh kekeliruan mencari asal usul, bapa yang berwarganegarakan Malaysia dan ibu pula Norwegean. Ditambah lagi, kesulitan hidup yang tiba-tiba datang menempah cinta kepada...