PUAN Alana membelai rambut puterinya yang tidak terjangka sudah menginjak dewasa. Baru terasa tangan mendukung sepasang bayi kembar dan salah satunya ialah Ayarose. Bahkan, puteri hasil perkahwinan dia dan Saiful ini tidak lama lagi akan menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang sangat dicintainya. Namun, setiap kali dia menadah tangan berdoa kepada ilahi, selalu diperkenankan supaya ditemui kebahagian antara Syarif dan Ayarose. Bukan sebagai adik-beradik tetapi sebagai seorang lelaki kepada Ayarose.
"Ummi, Aya rasa tak sabar untuk hidup bersama Khuzairi. Aya semakin rasa, Khuzairi cuba untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik sejak hari dia merisik dulu. Semakin hari, semakin girang hati Ayarose membilang hari untuk bernikah. Ummi pun macam ni juga ke semasa nak bernikah dengan abah?" Itu permulaan perbualan mereka sebentar tadi sebelum Ayarose mengulit mimpi indah.
"Tak sabar sebab nak hidup dengan Khuzairi ke sebab tak sabar nak tinggalkan ummi. Tinggalkan rumah ni?" Puan Alana sengaja menebak. Nak meneka apa sebenarnya difikirkan Ayarose.
"Mana ada, ummi. Walaupun, Ayarose dah jadi seorang isteri mahupun menjadi seorang ibu.. Ayarose tetap akan selalu jenguk ibu dan semua ahli keluarga kita. Tak mungkin Khuzairi tak bagi Ayarose untuk berjumpa dengan keluarga mertua dia. Ummi tahukan macam mana perlakuan dia sebelum ni. Walaupun, sebelum kami bercinta lagi. Tapi ummi.. boleh tak jangan tukar topik. Jawablah soalan Aya. Ummi memang macam ni ke semasa nak bernikah dengan abah?" Kerdipan mata Ayarose, membuat Puan Alana ketawa kecil. Lantas, dia menjawab malah kenangan dia dan suaminya pun terkenang kembali.
"Mestilah. Gembira tak terkata. Ikatan perkahwinan yang sah akan membuat hubungan dua hati menjadi lebih akrab. Takkan ada yang lebih baik daripada ikatan perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan apabila keduanya menyulam kasih." Jawab Puan Alana memberi balasan Ayarose dengan anggukan. Untuk terakhir kalinya, dia mencium ubun-ubun kepada Ayarose. Sudah lama sejak suasana sebegini berlaku diantara mereka berdua. Semasa kecil, selalu ditemani anak kembar perempuannnya bersama belaian tangan di kepala begitu juga ciuman bertubi-tubi di pipi.
"Betul kata, ummi. Tiada apa yang lebih baik daripada ikatan perkahwinan yang sah. Ummi jangan pergi dulu tau. Tunggu sampai Aya tidur. Dah lama kita tak macam ni. Aya pun masih nak merasa juga belaian ibu walaupun dan besar gedabak macam ni." Ayarose gelak perlahan. Puan Alana pula terpagut rasa sayu dihati sepanjang dia duduk membantalkan Ayarose dengan riba. Ayarose masih terkesan dengan masa kecilnya.
"UMMI, bila giliran Aya?" Si kecil petah bertanya. Tak sabar mahkota rambut Ayarose berlaga dengan tangan ibunya yang lembut. Inilah rutin tidur sejak kembar Ayarose dan Mayarose memiliki kamar sendiri. Tujuan Puan Alana dan Encik Saiful membuat keputusan demikian supaya si kembar yang berusia 7 tahun ini berdikari, tapi lain pula jadinya. Semakin manja adalah. Tiap malam mahu didodoi oleh Puan Alana, itupun jika ummi mereka meng'ada'kan masa melerai badan daripada kerja. Kalau tidak, Encik Saiful sendiri yang datang menemani masa emas sebelum diulit mimpi.
"Aku belum tidur lagi. Kau sabarlah." Suara adik kembarnya berseloroh menjawab bagi pihak Puan Alana. Sempat dia mencebik dihujung kata. Kia nak bersendirian dengan ummi pun tak boleh. Tunggu ajelah...nanti ummi datang juga pada dia. Leceh betul dapat kakak sebegini rupa.
"Aya tunggu sekejap. Bagi ummi tidurkan Rose dulu, okay. Sekejap lagi ummi datang." Lembut sahaja Puan Alana menuturkan kata, namun mata tunak mmemandang sayang si adik kembar.
"Dengar tu. Tunggulah, kejap." Sanggah Mayarose.
"Baik, ummi. Walaupun Aya dah tertidur, ummi tetap datang dan belai Aya, kan?"
YOU ARE READING
Dia datang dengan cinta
RomanceHidup sebagai seorang anak angkat sebuah keluarga di tanah Malaysia. Hidup penuh kekeliruan mencari asal usul, bapa yang berwarganegarakan Malaysia dan ibu pula Norwegean. Ditambah lagi, kesulitan hidup yang tiba-tiba datang menempah cinta kepada...