JAM tangan dan dompet dicampak ke atas almari yang terletak di ruang kerja. Lantas, badan yang lenguh akibat seharian bekerja di pejabat disambut mesra katil bersaiz king itu. Hanya mengambil masa sekejap sahaja untuk Aidan termenung sambil memandang siling. Sebenarnya, bukan dia bekerja sangat pun hari. Kuat mengelamum ada lah sampaikan dalam mesyuarat pun fikiran melayang tak tahu ke mana. Kepalanya asyik memikirkan benda yang sama sahaja selama tiga hari ini. Sibuk berfikir benda yang tak patut sampai kerja bertimbun di pejabat pun tak dilihat seperti tak pernah dikacau.
"Aku pasti dia Rose.. tapi kenapa Ayarose bukan Mayarose?" Gumam Aidan keseorangan. Wajah perempuan yang berpakaian dress merah pada hari pelancaran tersebut terbayang dalam fikiran.
Dia pasti, nama adik kepada Shafiq itu bernama Mayarose. Gadis itu juga yang mencuri separuh jiwanya sejak dibangku sekolah lagi. Berdetik hati saat ini, mungkin kalau bukan jodohnya bersama Halyana.. mungkin Roselah tulang rusuk belakangnga yang dicari selama ini. Manakan tidak, Tuhan menemuikan kembali antara dia dan Rose. Lagipun, hubungan dia dan Halyana sejak kebelakangan ini berliku tak semena. Mood Halyana pun selalu tak tentu. Memanglah anak kepada Uncle Zamri itu seorang yang memahami, namun kadang-kadang tak boleh dibawa bincang juga Halyana tu. Tiada jawapan jika Aidan sendiri yang menentukan. Namun, ada lagi satu perkara yang dia tidak mahu terlepas pandang. Rose akan bernikah dengan Khuzairi tak lama lagi. Aidan tidak mampu lagi menyoal. Apa yang berlaku sekarang, otaknya tak lagi memproses.
"Aku sayangkan Halyana, tapi pada masa yang sama hati aku masih terikat dengan Rose walaupun dah lama tak bersua dengan dia. Aku tak nak sakiti sesiapa. Aku nak jadi yang lebih baik mulai sekarang." Bisik lagi Aidan.
Sukar tersepit antara dua orang yang bertakhta tetap di hati. Seakan diberi pilihan untuk memilih antara ibu atau bapa. Hal ini mengenai hati dan cinta. Kalau tersilap pilih, bolehkah Aidan hidup bersama orang yang tak dicintainya. Hidup di dalam kehidupan yang tentu tak membawa kebahagian di masa hadapan.
"Kenapa Allah berikan dugaan seperti ini? Sedang aku meneroka cinta bersama Halyana, ditunjukkan pula gadis yang pernah aku cinta dan sayang dulu. Gadis yang buat aku tak pandang perempuan lain sedangkan dia dah beberapa kali telah tolak cinta aku."
Aidan buntu terhadap kenyataan. Jiwanya membentak ingin melihat Rose. Di mana lagi aku dapat berjumpa dia. Gusar Aidan membisikkan kata-kata itu perlahan. Dia terlalu bingung. Kebahagiannya perlu diberi perhatian atau kebahagian orang lain harus didahulukan? Segalanya berada dalam tanda soal ketika ini.
Lambat-lambat dia bangun merenggang badan. Terlupa hajatnya sebelum masuk ke dalam bilik. Aidan mahu berteleku di atas sejadah, mohon ke atas tuhan agar semuanya dipermudahkan.
"BILA dia orang nak datang sini, ummi?" Ayarose menyoal Puan Alana sambil minum petang hari itu. Hanya mereka berdua di laman rumah, menikmati air terjun buatan yang tersergam indah. Bersama sekumpulan ikan koi berenang seperti sebuah kumpulan koir merdu menyanyi di dalam kolam.
"Ummi tak pastilah pula. Seminggu sebelum kut baru dia orang datang. Tak sabarlah tu budak ni." Selepas disisip teh panas ke bibir, Puan Alana membalas. Maksud 'dia orang' yang dicakapkan oleh mereka berdua ini ialah saudara mara di kampung yang akan datang membantu persiapan pernikahan Ayarose dan Khuzairi.
Tersengih Ayarose mendengar jawapan akhir itu. "Mestilah tak sabar, ummi. Tak sabar jumpa opah, tok, sepupu, anak-anak buah Aya dan yang paling utama makcik-makcik geng buat ketupat. Pasti meriah rumah dengar makcik-makcik tu buka mulut." Ayarose bersuara serentak dengan ketawa. Pasti seronok apabila semua itu ada di sini.
YOU ARE READING
Dia datang dengan cinta
RomanceHidup sebagai seorang anak angkat sebuah keluarga di tanah Malaysia. Hidup penuh kekeliruan mencari asal usul, bapa yang berwarganegarakan Malaysia dan ibu pula Norwegean. Ditambah lagi, kesulitan hidup yang tiba-tiba datang menempah cinta kepada...