Part17☘️

48 1 0
                                    

"AYA rasa Khuzairi curang dengan Aya." Luahnya, walaupun kuat pendirian dia tidak mahu sesiapa mengetahui hal itu, tetapi dia perlu melepaskan semua ini kepada seseorang. Seseorang yang sangat dipercayai dan hatinya berbisik merdu, Syarif adalah satu-satunya.

Lagipun, Syarif memang seseorang yang sangat Ayarose perlukan saat ini. Terdetik dia teringat kisah Shafiq beberapa hari yang lalu. Muncul satu perasaan mengatakan Syarif juga seorang yang dapat menyelesaikan perhubungan cinta Khuzairi dan Ayarose yang akan jadi lebih teruk jika dibiarkan.

"Aya rasa, bukan pasti." Itu balas Syarif kepada kata-katanya. Tidak senang duduk berdekatan dengan Ayarose, Syarif beralih pada kerusi kerja dan menongkat dagu.

"Entahlah. Aya tak tahu nak cakap apa pasal ni." Satu balutan karamel di buka lagi sebelum disambut meriah organ di dalam mulut. Nikmatnya, bukan boleh buat bincang lagi..

"Aya dah bersedia nak berkahwin dengan Khuzairi?"

"Mestilah Aya dah bersedia." Jawab Ayarose malas. Kunyahan masih tersisa di dalam mulut. Dia mula bersila dan meratapi beberapa balutan manisan karamel di tangan. Susah kalau bertentangan mata dengan Syarif nanti sebab Ayarose tahu mata ialah kepakaran Syarif. Dia tahu perasaan sebenar seseorang itu dengan hanya menganalisis mata walaupun ia terlindung dengan perasaan yang lain.

"Can I tell the true?" Syarif menyandar apabila menerima anggukan daripada Ayarose.

Berat hati juga mahu mengatakan ini tapi dia dah bertanya, takkan nak berpatah balik pulak.

"Sebenarnya.. macam mana nak cakap, eh?" Memang betul-betul berat benda yang hendak diucapkan ini.

"Sebenarnya, Aya masih belum bersedia untuk berkahwin dan pikul tanggungjawab sebagai isteri kepada Khuzairi."

Dush! Seakan ada sebiji batu yang sangat besar jatuh menghempap diri, Ayarose menunduk. Tidak lama kemudian, dia menggeleng kuat.

"Mana ada. Aya pasti dah bersedia. Abang saja cakap macam itu sebab abang masih cintakan Aya. Abang nak Aya fikir semula tentang keputusan untuk kahwin dengan Khuzairi tepat atau tidak, seterusnya akan buat Aya keputusan itu tak tepat. Akhirnya, perkahwinan...."

"No!" Sergahan tiba-tiba Syarif, sekaligus membuat Ayarose terdiam dan berhenti daripada berkata-kata.

"Abang cakap macam tu bukan sebab abang masih cintakan Aya tetapi disebabkan Aya masih tak faham diri Aya sendiri. Apa yang fikiran Aya nak, Aya paksa namun badan takkan sesekali menerima." Syarif berhenti untuk menarik nafas.

"Untuk menjadi seorang isteri, bukan sekadar memikul tanggungjawab seperti memasak, melayan suami atau sebagainya sahaja, tapi kuat mengatasi pelbagai dugaan yang datang daripada pelbagai hala. Contohnya, macam sekarang ni. Aya masih belum jadi isteri Khuzairi pun, dugaan datang sebab nak memastikan pada diri Aya sendiri sama ada sudah bersedia atau tidak untuk menjadi surihati milik Khuzairi." Ujar Syarif. Power betul ayat dia. Macam Syarif ni pernah jadi perempuan yang sudah berkahwin. Banyak pengalaman.

"Sebab itu, kepercayaan adalah perkara nombor satu dalam segala perhubungan. Tidak kira antara sepasang kekasih, sepasang suami isteri, sesebuah keluarga mahupun antara kawan sekalipun, kepercayaan adalah yang paling wajib." Tambahnya.

"Sudah-sudahlah cakap tentang kepercayaan. Semua tu tak guna juga kalau tak ada keikhlasan dalam perhubungan." Ayarose mengulas kenyataan 'kepercayaan' itu. Dia tahu, dan dia sangat tahu erti kepercayaan yang disebut oleh Syarif kerana tali kepercayaan itu pernah diberi dan sekelip mata, ia putua tanpa ditarik.

Dia datang dengan cintaWhere stories live. Discover now