PAPAN kekunci komputer itu ditenung tanpa perasaan. Terusik juga hatinya kalau tiba-tiba dimarahi oleh Sir Valkson tetapi bosnya kelihatan semakin teruk. Kerja pun pagi masuk sekejap, Tengah hari sudah keluar tetapi terua langsung tak masuk pejabat. Hari asyik berlalu pantas, pakaian Khuzairi pun makin seperti orang yang tidak berkemampun. Kedut sana sini, tali leher pula macam nak tak nak dia pakai. Kasihan dia terhadap Khuzairi. Dato' Zamri pun ada perasaan dengan perubahan mendadak Khuzairi.
Kenapa awak nak jumpa saya? Ada yang awak masih tak faham dengan design terbaru tu?
Buat masa ini, Qaireen masih lagi tenang membalas.
Ya, masih ada beberapa perkara lagi yag saya perlu rujuk dengan sir.
Hantar.
Beberapa saat kemudian.
Tentang apa?
Bunyi daripada tekanan jari Qaireen pada kekunci semakin laju didengari.
Saya tak ingat kerana fail yang perlu saya rujuk untuk rekaan itu tertinggal di pejabat.
Hantar.
Qaireen, cuba awak cakap jujur terus. Awak nak jumpa saya sebab lain, kan? Apa dia? Cakap aje.. tak perlu guna taktik tak menjadi yang sudah banyak kali awak guna ini untuk berjumpa dengan saya tentang perkara yang tak penting.
Alamak. Sudah kantoi, dia perasan semua e-mail yang Qaireen hantar. Resah. Dia memukul dahi beberapa kali. Sebentar tadi, dia memang sangat senang duduk, tetapi kemudian sudah hilang kesenangan itu. Tergerak-gerak dia memikirkan idea.
Sebenarnya, sir. Bos baru saya nak berjumpa dengan sir.
Hantar lagi. Perlu jujur juga.
Siapa bos baru awak? Dia nak berjumpa dengan saya kenapa? Awak tahu saya tak suka kalau orang lain jumpa saya, kan?
Kan Qaireen sudah beritahu. Mesti Sir Valkson tengah memanas badan. Bertubi-tubi dia tanya, kau tahu!
Bos baru saya, Tuan Khuzairi. Dia anak lelaki kepada Dato' Zamri. Sebenarnya, saya pun tak tahu sebab kenapa Tuan Khuzairi nak berjumpa dengan sir. Saya hanya menjalankan tugas sebagai pekerja, sir. Lagipun, keadaan Tuan Khuzairi tak seberapa sihat sekarang dan dia nak jumpa sir secepat mungkin, jika sir lapang. Pada bila-bila masa pun boleh.
Hantar. Dia berdoa di dalam hati supaya Sir Valkson terbuka hati untuk berjumpa dengan Khuzairi. Tak tahulah apa yang akan terjadi jika Sir Valkson menolak pinangan ini.
Selepas beberapa minit. Lama juga dia mahu membalas.
Khuzairi?
Itu aje yang Sir Valkson selepas beberapa minit berdiam diri tak membalas. Sakit pula hati ni..
Ya.
Balas segera Qaireen. Minta-minta diterima oleh sir.
Okay.
Mata Qaireen membulat, reaksi yang selalu berlaku apabila dia terkejut besar. Tidak disangka Sir Valkson mahu berhadapan dengan orang lain di pejabat selain daripada dia. Syukur, Alhamdulillah.
YOU ARE READING
Dia datang dengan cinta
RomanceHidup sebagai seorang anak angkat sebuah keluarga di tanah Malaysia. Hidup penuh kekeliruan mencari asal usul, bapa yang berwarganegarakan Malaysia dan ibu pula Norwegean. Ditambah lagi, kesulitan hidup yang tiba-tiba datang menempah cinta kepada...