SYARIF melihat sahaja Shafiq yang baru turun masuk ke dalam dapur. Apabila Shafiq menapak keluar, kelam kabut Syarif memanggilnya.
Sudah dua hari sejak semua ahli keluarga memainkan peranan halimunan. Semua buat tak nampak padahal ummi masak semua lesap pergi menyedok nasi dan lauk. Sudahlah tidak berterima kasih pula. Tak tahu malu betul.
"Kau nak apa?" Mata hitam bertikam dengan mata biru di hadapan.
"Aku nak minta maaf. Aku sedar aku salah dan aku terlalu ikutkan perasaan." Ucap Syarif.
Shafiq yang tadinya berhenti di hadapan tangga sudah melabuhkan punggung di sofa kanan bertentangan dengan Syarif. Takut juga sebenarnya. Kalau dia tahu macam mana rasa tumbukan Syarif yang lain daripada yang lain, memang satu hapak pun dia tak akan membuat sesuatu yang akan meletupkan gunung berapi Syarif.
"Aku pun nak minta maaf. Susah tak bercakap dengan sesiapa dalam rumah ini. Kau pun tahu jenis mulut aku bagaimana, tak boleh duduk diamkan."
"Aku tahu, sebab itu lebih baik aku leraikan semua pergaduhan ni daripada dengar kau asyik membebel dalam dari bilik." Syarif tertawa apabila muncung Shafiq semakin memanjang. Teringat dia semasa dia mahu ke bilik semalam.
"Nak minta maaf ke tidak? Nak minta maaf ke tidak? Nak minta maaf ke tidak?" Dia hanya menahan ketawa yang hampir sahaja meletus saat dia melekapkan telinga pada pintu bilik Syarif.
"Kau ni tak baiklah. Macam tak ikhlas nak minta maaf. Aku naik biliklah kalau macam ini." Syafiq sudah merajuk. Aduhai, kalau nak pujuk Shafiq ini, nak kena macam pujuk teman wanita. Jangan main-main.
"Ala, Shafiq. Aku ikhlas. Janganlah macam ni. Tak sesuai kau nak merajuk perempuan. Aku bukan jenis macam tu." Memang sangat terhibur jika bercakap dengan Shafiq. Baru elok tiba-tiba dah lain macam rasanya. Hahaha.
"Jahatlah kau. Aku naik dulu, daripada layan kau, buat sakit hati aje." Ujar Shafiq sambil membangunkan diri. Keropak di tangan di sumbat ke dalam mulut.
"Eh, kejap!" Halang Syarif.
"Nak apa lagi?"
"Aku nak pergi ambil Aya"
"Kenapa dia tak balik sendiri guna kereta dia?" Syafiq mengerutkan dahi. Memang dia tidak tahu menahu, dah dua hari tak bersua muka dengan Aya kecuali semasa nak mencedok tu memang kena jumpalah.
"Kereta dia masih dekat rumah Khuzairi. Aku tak bagi dia ambil kereta dia lagi. Buat masa ini, biar dia selesaikan masalah keluarga dia dahulu, baru fikir pasal yang lain" Syafiq mengangguk faham. Patutlah Syarif sudah bersiap kacak semacam, nak ambil Ayarose rupanya.
"Ini aku nak cakap. Bila dia dah balik daripada univerisi, kau minta maaf dengan dia, okay? Aku pun akan pujuk dia untuk minta maaf pada kau. Kasihan ummi aku tengok. Sedih aje tengok kita bertiga dah tak seperti dulu."
"Tengoklah macam mana." Syafiq mula memanjat tangga meninggalkan Syarif yang sudah mengambil gugus kunci kereta Honda BR-V. Selepas memberitahu Puan Alana untuk keluar, kereta pun hilang di halaman parkir rumah banglo itu.
Tiba di ruang menunggu bas, Syarif turun dengan pantas apabila terpandang kereta Khuzairi yang tidak jauh daripada situ. Dengan perasaan yang terlalu dia cuba untuk kawal, ditepis tangan mereka berdua daripada tersentuh tatkala Khuzairi membuka pintu untuk Ayarose masuk ke dalam perut kereta.
"Syarif, I lupa nak telefon you. Khuzairi akan ambil I untuk ambil kereta di rumah dia. You baliklah, nanti I akan balik rumah secepat mungkin." Terkejut Ayarose dibuatnya. Cuba dikawal riak muka dan suara. Tak nak membuat kecoh di hadapan univerisiti.
Jika viral, susah nanti kehidupan dia di sini. Cukuplah di rumah sudah sebegitu.
YOU ARE READING
Dia datang dengan cinta
RomanceHidup sebagai seorang anak angkat sebuah keluarga di tanah Malaysia. Hidup penuh kekeliruan mencari asal usul, bapa yang berwarganegarakan Malaysia dan ibu pula Norwegean. Ditambah lagi, kesulitan hidup yang tiba-tiba datang menempah cinta kepada...