"JADI ini semua salah ummi, kan. Kemalangan yang menyebabkan abah mati 8 tahun lepas pun sebab salah ummi and you! Salah you juga, abah I dah tak ada sekarang. Kalau you tak wujud dalam dunia ini, dan ummi pun tak kutip you—"
"Berhenti sekarang, Aya!" Amaran Shafiq. Ini sudah melebih. Pertelingkahan ini sudah melebihi hadnya.
"Abang diam! Biar Aya teruskan." Ayarose menarik nafas dalam.
"Kalau you tak wujud dalam dunia ini dan ummi pun tak kutip you jadi anak angkat dia! Keluarga I akan sempurna. I pun tak akan membenci y—ou!" Jari telunjuk ditunding ke arah Syarif. Apa dia peduli lagi kalau amarah menguasai diri. Sehinggalah..
Pang!
"A—a—bang.." Tangan menyentuh pipi. Tidak mempercayai situasi yang berlaku sebentar tadi.
"Abang ta—mpar Aya?" Masih tidak percaya. Dan tak percaya langsung. Dia sedar sekarang, tiada sesiapa yang membela dia. Dia sedar lagi, Ayarose yang sudah menjadi anak gadis sulung di dalam keluarga ini sejak lapan tahun yang lepas, tiada guna lagi. Dan Ayarose sedar lagi, ummi dan Shafiq.. lebih membela dan menyayangi orang luar daripada dia!
"Kau tengok! Abang aku yang aku sayang pun dah sanggup pukul aku sebab kau! Aku benci kau. Aku benci kau orang bertiga!" Bentak lagi Ayarose pada Sharif kemudian kepada Puan Alana, Shafiq dan Syarif sekali lagi. Kali ini, dia sangat membenarkan air mata itu memecahkan dinding yang dibina rapi sejak kejadian restauran lalu.
Dengan keadaan yang kusut- masai, Ayarose membuka langkah pantas meninggalkan bilik begitu juga dengan rumah agam itu. Di ambil kunci kereta, serta masih tiada suara laungan memanggil nama Ayarose. Dia sedih, tersangat sedih.
Tak tahu ke mana arah yang hendak dipandu, dia selamat tiba di suatu tempat. Tempat itu, tempat yang sangat ditakuti setiap manusia yang masih bernyawa. Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam.
Hatinya lemah saat ini, daripada rumah dia memandu ke sini, perkataan 'abah' banyak kali disebut. Begitulah, dia boleh sampai ke sini. Kubur yang menempatkan arwah abah dan kakak kembarnya didekati. Esakan masih bersisa. Hingus yang asyik mahu meleleh, dilap dengan selendang yang sedia ada di dalam kereta untuk kegunaan kecemasan. Diusap pusara itu dengan berhati-hati. Takut menyakiti manusia yang ditanam di bawah.
Pusara di sebelah pula langsung tidak disentuh. Dijeling dengan ekor mata sahaja.
"Abah, Aya menderita dekat sini. Abah macam mana tinggal dekat sana? Aman tak? Eh, mestilah aman, kan. Abah tak pernah buat jahat dengan orang lain. Abah berlaku adil dengan orang lain. Tak pernah sakiti hati orang lain. Aya.. Aya berharap sangat, Abag masih hidup lagi. Aya tak perlukan sesiapa, Abah seorang aje yang Aya perlukan sekarang."
"Abang Shafiq sekarang dah tak sayang pada Aya. Dia sanggup tampar dan malukan Aya depan anak kutip tu. Tak sangka, abang sanggup buat macam itu. Ibu pun biarkan aje Aya kena tampar.. bukan nak halang abang." Dia membuat wajah kecil hati. Tidak tahu hendak membuat apa, tangan dia mencabut rumput-rumput kecil yang tumbuh.
"Eeee!! Diamlah!" Ayarose menjerit pada pusara kakak kembarnya. Seperti terdengar suara ketawa, mengejeknya. Kala dia rasa, semuanya senyap, dia kembali bercakap.
"Abah tahu tak, anak perempuan ayah ni dah nak kahwin, lagi 2 bulan lebih aje, Aya nak jadi isteri orang. Abah kenal Khuzairi, kan? Dialah bakal suami Aya dan juga menantu Abah. Okay, Aya janji akan jadi isteri mithali yang selalu dikehendaki Abah." Ayarose tersenyum. Automatik tangan kanan mengangkat sumpah.
YOU ARE READING
Dia datang dengan cinta
RomanceHidup sebagai seorang anak angkat sebuah keluarga di tanah Malaysia. Hidup penuh kekeliruan mencari asal usul, bapa yang berwarganegarakan Malaysia dan ibu pula Norwegean. Ditambah lagi, kesulitan hidup yang tiba-tiba datang menempah cinta kepada...