PELANCARAN koleksi terbaru HC disambut meriah dan berjalan lancar. Diadakan di hotel mewah, sesiapa pun akan lebih selesa dan mengakui keuntungan HC selama ini semakin banyak. Setiap koleksi memberi makna kepada Khuzairi untuk memberi ucapan kepada khalayak ramai sebagai antara penyalur kepentingan baharu HC melalui sekarang.
Koleksi atas ciptaan Sir Valkson sangat digemari antara pengunjung yang hadir sebagiannya rakan artis dan pereka jenama yang lain. Ayarose di sisi Khuzari pun rambang mata mahu memilih padanan yang paling rata di matanya tapi yang paling memenangi hati ialah Poison Lily. Memang sangat memikat hati.
"You suka?" Soal Khuzairi untuk sekian lamanya mereka langsung tak bercakap.
"Yeah. Of course, I like it."
"You tahu, inilah sebab kenapa I suka sangat dengan Sir Valkson selepas melihat hasil titil peluh dia. Rekaan yang cuba dia bawa sangat menggembirakan hati I untuk terus bekerja bersama dia mengeluarkan koleksi HC yang lebih berkualiti dan menepati citarasa orang ramai."
Dah Sudah.. kenapa tiba-tiba bercerita tentang Sir Valkson. Tak nak bercerita tentang perkara yang terjadi minggu lepas. Lelaki memang macam jenis macam ini, kan. Dah buat salah tak nak mengaku. Kemudian, suka tukar topik. Tolong ingat, perempuan tak akan sesekali lupa perkara yang belum ada penyelesaian. Walau dah selesai sekalipun, sesetengah perempuan takkan lupa juga sebab nak jadikan ia bahan senjata untuk masa yang tertentu. Faham-fahamkan ajelah...
Ayarose tidak membalas. Suasana antara mereka berdua kembali senyap. Semacam ada satu aura mengelilingi mereka berdua keluar daripada suasana bising ketikan kamera dan tetamu yang lain. Mata sepenuhnya fokus pada model berjalan menggayakan setiap pakaian, namun hati tetap terasa. Khuzairi langsung tak mengungkit tentang kejadian itu Berduka Ayarose kala ini.
Sudahlah pagi ini baru mereka berdua bertentang mata. Mana ada seminggu ini mereka berjumpa. Menelefon pun tidak inikan pula bermesej. Kadang tangan menjadi batu setiap kali cuba menekan nombor Khuzairi. Kalau ego lagi tinggi daripada sayang, sampai bila-bila pun tak berbaik. Ketika Khuzairi datang menjemput, keadaan di dalam kereta langsung menjadi hutan yang sunyi tidak berpenghuni.
Habis sahaja acara peragaan, tetamu dilayan lagi dengan parti kecil berlangsung di dewan hotel. Ayarose pada ketika itu langsung tak mahu berenggang. Seram betul dilihat pelbagai jenis perempuan asyik menjeling ke arah mereka berdua. Bukan mereka berdua, Khuzairi sahaja yang mereka pandang sebenarnya.
"Nat, kenalkan bakal isteri aku." Khuzairi menegur seorang perempuan yang sangat berfesyenista. Cantik dan menjolok mata. Kalau nak dibandingkan, mungkin perempuan itu yang menang tapi Khuzairi akan tetap memilih dirinya. Not Khuzairi punya taste, okay!
"Ya. Aku tahu. Ayarose, kan? Datin ada beritahu I tadi. Gorgous sangat dapat berdepan dengan you macam ni." Sapa perempuan yang Khuzairi kenali sabagai Nat. Ayarose tersenyum sambil menyambut persalaman. Orangnya manis rupanya.
"You berborak dulu dengan Ayarose. I pergi jumpa mama dan papa kejap."
"I nak ikut you." Manja suara Ayarose. Namun, ditolak dengan gelengan daripada Khuzairi. Sejujurnya, dia risau perempuan jenis mencakau bakal suami orang ni.
"Nevermind, Aya. You can stay with me. I have something to tell you." Ujar Nat, mengangguk ke arah Khuzairi.
'Nak bagitahu apa pula? Aku bukan pernah jumpa dia. Kenal pun tidak.' Bisik hati Aya merelakan lengan yang dia genggam laju menjauh.
"Nak minuman?"
"No, you nak beritahu apa?"
Memang dia gementar. Jika tiba-tiba perempuan ini kata dia ada affair dengan Khuzairi.. macam mana Ayarose nak teruskan semua ini. Semestinya dia malu nak menghadap ummi dan dua orang abangnya kerana dia sendiri yang sangat yakin dengan keputusan untuk hidup bersama Khuzairi.
"Sebernarnya, I nak minta maaf"
Janganlah...
"Untuk apa? You tak ada buat salah dengan I. Kita baru beberapa minit kenal." Tutur Ayarose. Cuba berlagak tenang dan cool.
"Khuzairi ada beritahu, you dan dia bergaduh untuk masa seminggu ni."
"Okay, apa mengena dengan you?"
"Memang ada mengena dengan I. Aya, I memang tak bermaksud.."
"Jadi you lah perempuan yang Khuzairi panggil sayang tu?" Tenang Ayarose... Tenang...
"Ya. Sebenarnya, I ialah pengurus management Khuzairi sebelum dia berhenti jadi peraga. I jaga semua keperluan peraga-peraga di bawah management itu. Khuzairi such a good boy and he's like a brother to me. Panggilan sayang itu dah biasa antara model lain untuk panggil I. Lagi satu, sometimes, dia selalu terlepas makan. I yang selalu lupa dia bukan lagi peraga management kami, selalulah telefon untuk ingatkan Khuzairi supaya tak lepas waktu makan lagi." Jelas Nat.
"Okay, I get it. After all, you nak beritahu di sini you tak ada apa-apa hubungan dengan Khuzairi selain daripada hubungan kakak dan adik?"
Nat mengangguk. Boleh percaya ke perempuan zaman sekarang ni..
"You jangan risau. I dah bersuami"
"Okay, Sekarang I percaya." Ayarose ketawa buat pertama kalinya. Alhamdulillah, ada juga funtion lain event pada hari ini.
"Dan I nak minta maaf lagi sekali." Wajah Nat kembali kendur.
"Apa lagi?" Ayarose mengangkat kening.
"Sebenarnya, I tahu Khuzairi ada date seseorang dan I minta dia untuk rahsia perhubungan itu. You tahukan sebelum ini Khuzairi memang popular dan dapat banyak tawaran. I tak nak sebab itu, harapan dia untuk menjadi Top Model hancur. Lagipun, kalau dia nak war-warkan tentang pencintaan you dengan dia, Khuzairi kena bayar denda yang ditetapkan kontrak yang memang tak boleh dibayar dengan gaji kecuali dia meminta pertolongan daripada Dato' Zamri."
Mengapa dia tiba-tiba terasa pula ni. Cukuplah dia sudah terasa tadi dengan Khuzairi. Seakan Ayarose adalah penghalang cita-cita Khuzairi, rasanya.
"Sekali lagi, jangan risau Aya. Dia sangat cintakan you. Pernah ada sekali, dia rasa bersalah sangat pada you sehingga dia sanggup untuk berhenti menjadi model dan kahwin dengan you. I bangga dengan keputusan Khuzairi walaupun pada mulanya, I rasa keputusan itu tak matang." Tanpa sedar, jari-jemari Nat menyentuh pergelangan tangannya.
"I harap you akan cintakan Khuzairi lagi dalam daripada dia cintakan you."
"I'll try my best. Thanks, Nat." Kata-kata terakhir sebelum Nat sendiri memaksa dia untuk bertemu Khuzairi. Tidak tahu mengapa Nat berbuat demikian, Ayarose hanya ikutkan aje.
Ya Allah, terharunya.-964pk
YOU ARE READING
Dia datang dengan cinta
RomanceHidup sebagai seorang anak angkat sebuah keluarga di tanah Malaysia. Hidup penuh kekeliruan mencari asal usul, bapa yang berwarganegarakan Malaysia dan ibu pula Norwegean. Ditambah lagi, kesulitan hidup yang tiba-tiba datang menempah cinta kepada...