"JADI, sir setujulah ni?" Khuzairi sudah menarik senyuman mekar. Tak sangka dia mendapat design pakaian pengantin daripada Sir Valkson. Walaupun, design pakaian itu hanya untuk Aya, tetap dia berasa bertuah.
"Saya setuju, tapi harga perlu tinggi."
'Ada juga lelaki yang mata duitan. Ingatkan, zaman sekarang ini perempuan aje yang jenis macam itu.' Ayarose gumam lagi.
"Jangan risau. Saya akan lambung harga yang tinggi. Harap sir dapat memuaskan hati saya dan bakal isteri saya, Aya."
"Jangan terlalu berharap. Saya tak nak tanggung." Walau ayat itu semacam ada nada gurauan tapi Sir Valkson tetap bercakap dengan nada serius. Tangan dia pula sibuk mengeluar bekas pensil dan sebuah buku log yang panjang dari dalam beg galas. Seketika, deringan telefon berbunyi.
"Telefon you berdering, Khuzairi." Ayarose menegur Khuzairi yang langsung tidak memberi tanda untuk mengangkat panggilan.
"Jawablah." Sir Valkson pula mencelah.
"Tak apa. Perbincangan sekarang lebih penting daripada panggilan." Khuzairi menggenggam tangan si gadis. Ayarose apa lagi, berbuah sana sinilah.
"Boleh kita teruskan perbincangan?"
"Baiklah. Kami dah sedia."
Telefon itu masih berdering.
"Angkatlah, mungkin memang penting."
"Tak penting. I akan silent phone."
"Suka hati you, lah." Ujar Ayarose kembali memandang kertas di tangan Sir Valkson.
"Baiklah, untuk persandingan. Jenis pakaian apa yang Aya suka? Dress atau gaun?" Soal Sir Valkson dengan suara yang sudah kurang sedikit 'krek'nya. Macam pernah didengar intonasi panggilan nama 'Aya' itu. Gerak hati Ayarose meronta mahu mendengar namanya disebut lagi oleh pereka utama syarikat bakal bapa mertuanya.
"Saya lebih suka gaun. Simple gaun." Balas Aya. Kemudian senyap. Sir Valkson dilihat hanya mengangguk lagi sambil pensil di tangan laju meluncur di atas kertas kosong. Mahupun begitu, Khuzairi dan Ayarose berpandangan antara satu sama lain, menjengket bahu.
"Ada masalah?" Sir Valkson bersuara. Menumpukan segala perhatian untuk melukis dan mereka gaun yang sesuai dengan citarasa Ayarose.
"Sir tak nak tahu tema perkahwinan kami?" Balas Khuzairi.
"I know it." Acuh tak acuh dia membalas.
"You know it?" Sir Valkson mengangguk. Dia ini memang tahu menggerakkan kepada ke atas dan kebawah sajakah? Tak reti menggeleng.
"How do you know it?" Kali ini Ayarose pula menyoal. Nak tunjuk diri ada silap matakah?
"Clean, simple, soft and pinky light colour." Sir Valkson menyatakan satu-satu setiap ciri tema perkahwinan yang diputuskan membuat mereka tergamam serta-merta.
"How do I know it? Because I literally know about it."
'Nampak sangat dia ini seorang stalker tapi.. macam mana dia boleh stalker aku? Kenal pun tidak." Ayarose bermonolog lagi.
"Saya bukan stalker tetapi saya ada cara untuk mengetahui citarasa seseorang itu terutama perempuan seperti Cik Ayarose."
YOU ARE READING
Dia datang dengan cinta
RomanceHidup sebagai seorang anak angkat sebuah keluarga di tanah Malaysia. Hidup penuh kekeliruan mencari asal usul, bapa yang berwarganegarakan Malaysia dan ibu pula Norwegean. Ditambah lagi, kesulitan hidup yang tiba-tiba datang menempah cinta kepada...