AYAROSE membulat mata. Buat pertama kali, seorang daripada ahli keluarga yang mungkin pernah dia anggap sebagai salah seorang 'abang' dahulu, telah mengangkat salah satu jarinya, menunding kepadanya. Okay, Syarif cakap tadi, ummi tak pernah ajar dia untuk cakap sebegitu, jadi adakah perkara yang sedang Syarif lakukan ini diajar ibu kepada dia pula. Ayarose tak rasa sebegitu.
Dalam dia membulat mata, rasa ada cecair memenuhi ruang itu, bila-bila masa sahaja, dinding yang cuba menghalang cecair akan retak dan akan jatuh menembusi, serta-merta cecair itu akan tumpah di hadapan lelaki psiko ini. Tidak pernah dia rasa sehina ini hanya atas dia membela diri. Cuba ditahan tetapi ia degil. Sangat degil. Nak turun juga. Tak tahu malu betul. Kau berlagak diva depan dia, tapi air mata kau murah aje turun depan dia juga.
"Dan, ummi tak pernah ajar you untuk tunding jari sesuka hati kepada orang lain terutama kepada anak perempuan yang telah kutip dan jaga you sampai you boleh hidup senang macam ini." Jari itu, diturunkan secara perlahan. Sekarang, dia menggenggam penumbuk pula sekali lagi. Memang ya, ummi tak pernah ajar cara sebegitu kepada anak-anaknya.
'Sekali awak tunding jari pada orang lain dengan perasaan yang sangat marah dan sambilewa, sekali itu juga, awak menghinanya untuk selamanya. Sesungguhnya, jikalau awak marah, cuba pudarkan rasa itu dengan salawat dan wuduk. Selepas itu, minta maaf pada pada dia. Dan wajib untuk seseorang itu memaafkan seseorang yang telah membuat salah kepadanya tidak kira besar atau kecil. Ummi tahu, anak-anak ummi takkan tuding jari pada sesama sendiri. Berhati-hati dengan gerakan yang memberi reaksi.'
Itulah dia. Pesan ummi yang sudah lama ditanam dalam hati setiap orang anaknya. Ketika itu, Syarif dan Shafiq baru sahaja berusia 8 tahun manakala Ayarose dan kembarnya, masih berumur 6 tahun. Mengenangkan itu semua, membuat hatinya semakin gelisah seakan membuat suatu kesalah yang sangat beasar apatah lagi melihat titik-titik jernih membasahi pipi Ayarose.
Dia bukan psiko. Cuma nak membalas budi sahaja. Salah satu alasannya juga, kerana dia sangat mencintai wanita ini. Mahu berapa kali, hendak dia mengulang ayat itu. Sepuluh? Seratus? Berjuta-juta kali pun dia sanggup. Kerana itu memang tulus daripada hati.
"Abang tak bermaksud. Ayarose pun tahu abang—"
"AKU BUKAN DIA!" Entah apa yang membuat dia terjerit terlolong. Yang pasti, dia sekarang sudah menjadi titik tontonan setiap pelanggan. Tiada TV, tak apa. Kita ada drama percuma depan mata ini. Jangan membazir.
Ayarose yang sedar dengan kelakuan yang memalukan, terus memandang sekeliling. Membaca setiap riak muka yang memandangnya, mungkin sinis kerana dianggap 'attention seeker' dan ada juga yang memandangnya dengan muka yang menampakkan kasihan mereka, mungkin mereka fikir Ayarose telah putus cinta kerana deraian air mata yang masih mengalir. Juga ada yang tidak melayan, menjamu kembali makanan mereka.
Malu! Itu sahaja perkara yang terlintas. Khuzairi mana? Khuzairi MANA? Kenapa terlalu lama dia untuk datang kembali. Tanpa ada pilihan, beg tangan dicapai. Langkah besar dibuka, meninggalkan Syarif keseorangan.
Kaki yang menjejak semakin laju ke arah pintu lif. Semakin laju, sehingga tak perasan dia sudah terhantuk. Bukan dinding atau sesuatu yang keras. Hanya dada lelaki yang sangat diperlukan sekarang. Khuzairi pelik apabila terasa dipeluk dengan erat. Deria menangkap esakan yang semakin tenggelam. Dan dia semakin pelik kerana Syarif tiada menemankan Ayarose.
"Kenapa you lambat sangat. I sakit tahu, tak?" Dengan tangisan yang masih bersisa, dia berkata sambil tangan memukul dada Khuzairi.
YOU ARE READING
Dia datang dengan cinta
RomansaHidup sebagai seorang anak angkat sebuah keluarga di tanah Malaysia. Hidup penuh kekeliruan mencari asal usul, bapa yang berwarganegarakan Malaysia dan ibu pula Norwegean. Ditambah lagi, kesulitan hidup yang tiba-tiba datang menempah cinta kepada...