Part15☘️

50 0 0
                                    

'JANGAN! Jangan pergi, tunggu datang. Saya akan berada di sebelah awak." Halyana mengesat air mata. kabur mata dengan hujan yang merintis kuat di luar.

Hujan seperti mendengar segala kata di dalam hati. Seperti air yang menghentak pada kereta terasa lembut membuatkan laju sahaja kereta yang dipandu meredah hujan.

"Perasaan kita hadir bersama. Saya tahu dan tak akan siakan ia mulai sekarang. Jika awak masih ada di sana, maknanya awak adalah jodoh saya yang terbaik. Ya Allah, kau pastikanlah yang terbaik untuk hamba yang langsung tak bersyukur dengan pemberian-Mu ini"

Setiba hadir di pantai itu, hujan semakin reda hanya membawa segelintir air hujan turun ke bumi. Halyana keluar daripada perut kereta. Dia panik sambil melihat sekeliling. Dia bukan tidak tahu, siapa yang ada pada masa malam hujan gerimis sebegini di persisiran pantai. Sangat membimbangkan jika dia memang terlewat untuk berjumpa dengan Zahrain.

'Mungkin dia memang bukan jodoh kau. Itu yang terbaik Allah tetapkan. Sekarang kau patut beralih perasaan daripada dia.' Bisik hatinya perlahan membuka pintu kereta. Dia memandang sekeliling. Sememangnya dia tidak mahu melepakan tempat ini pergi lagi.

"Ha.." satu keluhan keluar. Dia menyandar badan sambil berpejam mata.

"Saya tahu awak masih cintakan saya."

Halyana menjadi kaget. Ada suara garau yang berkumandang di tepi telinganya. Dia kenal suara itu. Sangat kenal. Suasana gelap dalam kereta menghalang dia melihat di sebelah. Sebelum sempat dia mencapai lampu bumbung, seseorang dahulu sudah menghidupkannya. Nak gugur jantung Halyana saat ini.

"Zahrain! Awak buat apa di sini?" Rambut diselit ke belakang telinga.

"Apa saya buat di sini? Saya ada di sini kerana awak." Zahrain tersenyum.

"Jangan main-main. Saya tak bergurau. Macam mana awak boleh masuk dalam kereta saya?!"

"Awak tak gembira saya di sebelah awak?" Soal Zahrain.

"Stop talking nonsense . Just tell me the true!" Bukan lagi kepalang Halyana meninggikan suara. Terkejut betul dengan keberadaan Zahrain yang tiba-tiba wujud di kerusi duduk penumpang sebelah.

"Baiklah. Janganlah marah. Sebenarnya, saya baru sahaja nak bergerak keluar daripada kawasan pantai ni kemudian saya ternampak kereta awak melintas masuk. Mungkin saya salah tengok tapi apabila saya check mesej yang saya hantar pada awak bertukar bluetick, memang saya pasti itu adalah awak. Jadi, saya pun berpatah balik." Balas Zahrain tenang.

"Awak nampak saya..." Tak tahu nak sambung ayat apa.

"Mestilah nampak. Saya ingat orang gila mana yang bawa Porsche teman wanita saya ni." Zahrain ketawa kecil.
Tergamak dia kata Halyana seperti orang gila.

"Tapi saya tahu, orang gila itulah yang akan membuat saya jatuh dan akan terus jatuh dalam hati dia."

Alahai, manisnya mulut dia bercakap. Manis macam madu lebah yang belum diproses. Sejak bila dia tahu tentang pickupline ni pun Halyana tidak tahu.

"Ini rupanya yang dikatakan takdir." Halyana mengangguk perlahan. Dia sudah faham sepenuhnya maksud 'takdir' yang selalu menjadi mulut buah orang apabila terjadi suatu perkara yang langsung tidak disangka.

Dia datang dengan cintaWhere stories live. Discover now