Part4☘️

114 7 0
                                    

"BECAUSE I love you."

Apa lagi yang menusuk gegendang telinga Ayarose ini? Satu ayat yang boleh membuat dia ketawa saat ini. Gila sudah lelaki ini. Buang tabiat ke? Tak pernah-pernah nak cakap ayat itu sejak 8 tahun yang lalu.

Memang ya, lapan tahun yang lalu dimana segalanya bermula, diri dan juga prinsip hidupnya berubah sekelip mata. Mengingatkan seorang ayah yang sangat dia sayang dan juga seorang wanita jika dia masih hidup. Semua tak boleh guna. Semua baik dekat dia.. dan semua yang jahat pada Ayarose. Memang itu sangat menyakitkan hati bagi seorang remaja yang baru belasan tahun. Ketika itu, dia sangat berasa dunia ini tidak adil dan penuh dengan kekejaman.

"Okay, you sayang I, jadi kenapa tak bagi I capai kebahagian sendiri. Ini bukan caranya untuk luahkan sayang sebagai adik you. Kenapa you selalu bagi I hidup dengan dendam? Hidup dengan kesusahan dan tak tenteram? I tak rasa you sayang I sekalipun dalam hidup you. You just love her." Tapak tangan dihentak kuat pada meja kopi. Sayang jenis apa macam ni kalau hidup aku pun kau nak kongkong? Aku nak bercinta pun kau halang, ini lagikan kahwin.

Kerut seribu kali wajah Syarif. Dia tidak percaya dengan kata-kata Ayarose. Sayangkan dia sebagai adik. Tidak. Memang tidak sekalipun dia memikirkan Ayarose itu sebagai adiknya. Itu semua tidak benar sama sekali. Dengan keberanian yang masih tersisa, dia menjawab balas kenyataan yang diberikan oleh Ayarose.

"Adik? Aya, rasa abang sayangkan Aya sebagai adik? Seriously? Aya masih tak dapat petunjuk yang abang berikan selama ini? Sampai hati Aya. Abang tak percaya Aya mempunyai hati yang— yang.."

"Hati apa?! Hei, kalau you tak sayangkan I sebagai seorang adik, you sayangkan I sebagai apa? Sebagai orang luar? Ataupun lagi tepat lagi sebagai wan—" Minda Ayarose tidak dapat mengawal mulutnya. Otaknya juga tidak dapat memproses kata-kata Syarif yang hanya berlegar-legar di puar kepala. Seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Semua ayat itu hanya keluar tanpa henti sehinggalah percakapannya dipotong.

"Ya! Abang sayangkan Aya sebagai seorang wanita. Kenapa tak bolehkah apa cintakan adik angkat abang sendiri? Kita bukan ada pertalian darah pun. Abang boleh nikahi Aya dengan sah. Abang tanya lagi sekali, tak bolehkah apa cintakan Aya yang langsung tak ada pertalian darah dengan abang? Salah ke? Haram ke dalam islam untuk menikahi adik angkat?" Ujar Syarif dengan kesungguhan hatinya. Tidak dinafikan, akhirnya dia dapat meluahkan rasa ini setelah sekian lama.

Seperti satu das peluru menembak ke dalam hatinya, dia mula terduduk lemah. Sebagai wanita? Anak mata tajam merenung lelaki yang baru sahaja mengaku mencintai dirinya. Bukan sayang sebagai adik tetapi sebagai wanita. Bagai khayalan semua ini. Entah mahu membalas apa. Dia terlalu gementar dan tergamam saat ini.

"Apa maksud abang ni?" Ayarose ketawa kecil.

"Abang serius."

"Abang gurau." Masih bersisakan ketawa, dia mencebik perlahan.

"Abang serius." Dialog itu diulang.

"Heiiii, abang guraukan. Takkanlah pula abang ada perasaan lain daripada sayang Aya sebagai adik." Tidak dapat menelan segala kata-kata yang sangat jujur bagi Syarif tetapi bagi dia itu hanyalah gurauan.

Hilang segala kewarasan Ayarose sekarang. Hatinya geli hati. Tak nak aku kahwin sehinggakan mengaku dia cintakan aku. Dalam sangat tak puas hati dia pada aku. Syarif tidak dapat menahan kesabaran melihat Ayarose ketawa kerana ingat dia hanya bercanda. Kerusi yang diduduki ditolak kebelakang membenarkan dia untuk berdiri dan menapak ke arah Ayarose. Dia melutut, serta merta lengan wanita itu dicengkam kuat mengeluarkan desahan kesakitan daripada tekak Ayarose.

"Sakitlah, abang."

"Aya, abang tak bergurau. Dengan sini, abang sangat cintakan Ayarose. Aya takkan dapat jadi milik sesiapa termasuk Khuzairi tu. Aya milik abang. Kita akan capai kebahagian kita bersama, okay?" Setiap detik, dia bercakap perlahan dialog itu. Memberi kata dan maksud yang sangat ikhlas kepada Ayarose. Ingatkan hati Ayarose skan lembut selepas mendengar kata-kata itu tetapi lain pula yag terjadi.

Dia datang dengan cintaWhere stories live. Discover now