DIA di dalam pejabat sudah seperti anak ayam kehilangan ibunya. Personalitinya sudah hilang tidak seperti dulu. Kacak, bergaya dan kemas.. tetapi realiti sekarang dia memang serabai. Tali leher hanya menyangkut, lengan baju disingkatkan ke atas, rambut yang sentiasa menjadi gilaan wanita di luar pun sudah tidak tahu di mana cacatnya. Qaireen di luar asyik dipandang. Tak boleh nak fokus langsung pada kerja yang melambak.
"Tak boleh. Aku kena dapatkan. Biarlah apa orang nak kata, sudah tak ada masa." Gumam Khuzairi bersemangat betul.
Interkom ditekan bersambung dengan meja Qaireen.
"Qaireen, masuk."
"Baik, tuan."
Bangkitnya Qaireen daripada kerusi, membuat Khuzairi semakin berharap dan menumpukan perhatian dengan apa yang dicakapkan.
"Tuan." Qaireen menegur perlahan, mungkin risau dengan penampilan Khuzairi yang semakin hari semakin menghilangkan gaya sebagai seorang model. Tahulah nak kahwin lagi 2 bulan tapi takkan sampai serabut begini sibuknya.
"Duduk Qaireen. Saya ada perkara penting nak bercakap dengan awak ini." Ujar Khuzairi, menyepak kerusi di hadapan dengan kakinya.
Terkejut betul Qaireen. Tak pernah dia disapa duduk dengan orang atasan sepertimana Khuzairi lakukan.
"Tuan, ada masalah? Kalau tak keberatan boleh saya tahu apa dia? Mungkin saya boleh tolong. Kalau tak boleh tolong, mungkin saya boleh legakan hati tuan daripada masalah tu." Qaireen memujuk simpati. Mata Khuzairi memang kelihatan merah dan lingkaran hitam ada di bawah. Kulit pula seakan menggelap.
"Saya memang ada masalah sekarang. Saya minta tolong sangat dengan awak. Tolonglah!" Khuzairi sudah menarik-narik rambut. Serius betul masalah ini.
"Iya, apa dia? Beritahu saya. Sekarang tuan perlu tarik nafas dan.... hembus. Sekali lagi, tarik nafas dan hembus. Sekarang, cakap. Apa masalah, encik?" Terasa menyesal pula apabila terlalu garang dengan Khuzairi ketika tuan dia ini baru ditempatkan di pejabat.
"Tolong.."
"Saya mendengar."
"Tolong..."
Kenapalah mulut ni tak mahu bercakap!
"Tuan?"
"Tolong aturkan pertemuan saya dengan Sir Valkson?" Khuzairi menahan getar. Matanya tidak lagi bertembung dengn Qaireen.
"Ha?"
"Tolong aturkan pertemuan saya dengan Sir Valkson. Tolong saya! Saya nak sangat bertemu dengan dia." Dia kini pula merayu. Aduh, tak malu merayu macam kucing nak ikan dekat pekerja sendiri.
"Masalah tuan, hanya kerana nak bertemu dengan Sir Valkson aje?" Qaireen menutup mulutnya, menahan ketawa yang akan pecah. Dia kembali memandang lelaki di hadapan yang tak habis-habis dengan mengangguk. Meminta simpati.
"Kenapa ketawa? Saya serius ni."
"Itu aje? Baiklah tuan, saya akan aturkan tapi kalau dia tak datang, fahamkan aje apa yang saya maksudkan tempoh hari." Masih lagi bersisakan ketawa, dia bercakap.
"Saya tahu. Awak tolong aje aturkan pertemuan saya dengan dia. Yang lain saya uruskan."
"Baik, tuan. Tak ada masalah. Bila tuan nak jumpa Sir Valkson?" Soal Qaireen.
"Terserah pada dia bila nak jumpa, yang penting saya dapat jumpa dia."
Fanatik sangat bos aku ni dengan Sir Valkson. Nak buat apa dia jumpa sir? Tapi kalau Sir Valkson tak mahu berjumpa.. mesti lagi parah Tuan Khuzairi. Apa yang perlu dibuat sekaranv ini. Atau aturkan dulu pertemuan dia dengan Sir Valkson. Lepastu, kau acha-acha buat lambat. Suruh dia datang dulu. Okay tak? Okay kut.
YOU ARE READING
Dia datang dengan cinta
RomanceHidup sebagai seorang anak angkat sebuah keluarga di tanah Malaysia. Hidup penuh kekeliruan mencari asal usul, bapa yang berwarganegarakan Malaysia dan ibu pula Norwegean. Ditambah lagi, kesulitan hidup yang tiba-tiba datang menempah cinta kepada...