Part2☘️

110 8 0
                                    

"MAAF, BAYI TERSEBUT TELAH dihantar ke rumah anak yatim semalam." Tercengang Alana mendengar kata-kata salah seorang jururawat di hospital itu. Biar betul? Seperti baru beberapa jam dilihat bayi itu di dalam dukungannya.

"Boleh saya tahu di mana rumah anak yatim tersebut?" Hatinya berharap jururawat ini tahu sesuatu. Tolonglah. Dia sangat mahukan bayi itu.

"Saya tak tahu tapi.." Mendengar aje perkataan 'tapi' itu, menaikkan semangatnya selepas jururawat itu mengandaikan dia tidak tahu.

"Tapi puan boleh jumpa Doktor Suraya. Dia yang uruskan urusan bayi itu untuk dihantar kepada rumah anak yatim. Encik dan puan boleh buat appoinment untuk berjumpa dengan Doktor Suraya dan tanya tentang bayi tu." Alana tersenyum lebar. Lengan Saiful ditarik kuat melangkah ke kaunter selepas berterima kasih kepada jururawat tadi.

Geli hati juga melihat gelagat Alana yang kelam kabut selepas mendengar khabar bayi itu telah tiada di hospital. Nasib baik tak pitam, kalau tak.. siapa yang nak susukan Shafiq ni kalau merengek nak susu?








RUMAH ANAK YATIM INTAN EMAS BESTARI

Turun sahaja daripada perut kereta, tersegam indah kecantikan rumah anak yatim itu yang dipenuhi dengan kanak-kanak comel yang bermain dan berlari berkejaran. Shafiq telah ditinggalkan seketika di rumah mertua Alana sebagai kemudahan untuk mendukung lagi seorang bayi kecil. Senang rasanya dapat keluarga mertua yang sangat sporting dan happening ni. Semua setuju dengan keputusan yang dibuat setelah dinyatakan hasrat Alana. Keluarga belah Alana juga tidak lebih kurangnya, sangat setuju walaupun pada mulanya mereka was-was untuk mempercayai Alana.

Dibuka kaki melangkah masuk ke dalam rumah agam anak yatim yang bagi sepasang suami isteri itu sangat luas dan selesa. Sangat sesuai dan mencukupi untuk anak-anak ini untuk merasai rasa kekurangan dalam diri mereka. Pengetua rumah anak yatim dengan ramah menjemput mereka berdua untuk duduk dan disadaikan dengan teh panas.

"Jadi, hajat datang ke sini, nak ambil anak angkatlah ni?"Mereka berdua mengangguk tersenyum kecil. Alana ingin memulakan bicaranya. Saiful pula masih tidak dapat mengalihkan padangannya daripada melihat sekeliling bilik pengetua yang sangat ceria dan mempunyai aura kegembiraan.

"Anak-anak di sini yang hias bilik saya. Cantikkan? Walaupun mereka tiada ibu bapa, ditinggalkan dan ada juga ibu bapa yang memberikan anak mereka secara sukarela di sini, mereka tetap ada bakat dan potensi yang dapat menolak rasa rendah diri itu daripada menguasai mimpi untuk terus berada di atas. Juga meningkatkan keyakinan mereka yang tidak kurang samanya dengan anak-anak yang masih beribu-bapa serta menjadi hamba yang mempunyai kehidupan yang sempurna di sisi Allah. Dari segi akhlak, akademik dan kokurikulum tetapi dengan cara pemikiran orang zaman moden ini, banyak juga orang yang masih memandang rendah kepada yang bergelar anak yatim. Dikatakan anak  haram, anak tidak cukup kasih sayang dan banyaklah.. tapi itu bukan salah mereka. Mereka langsung tidak pernah diminta untuk dilahirkan dan dilahirkan dengan gelaran itu."

Jendela terbuka direnung keluar oleh mereka bertiga. Saiful dan Alana terangguk-angguk mendengar hujah daripada yang memain peranan sebagai seorang ibu kepada beratus anak disitu. Tanpa sedar, mereka berdua juga terus lenyap daripada duniawi. Memikirkan nasib mereka jika tiada ibu dan bapa.

"Eh, Maaflah. Berceramah pula saya ni. Kata nak ambil anak angkat eh? Siapa anaknya nak diambil ni? " Pengetua Junaidah ketawa kecil menyedari dia sudah terlebih kata.

"Eh tak apalah. Peroleh juga ilmu tu. Ya, kami berdua nak ambil anak angkat. Semalam, ada tak mana-mana pihak hospital yang hantar bayi kecil bermata biru di sini?"

Dia datang dengan cintaWhere stories live. Discover now