AYAROSE mengintai ke dalam bilik Syarif. Pintu yang terbuka luas memudahkam separuh badannya melepasi daripada garis pintu bilik itu.
Syarif masih di meja kerja, menekan laju papan kekunci. Mungkin sedang mengeluarkan idea daripada perahan otak untuk karya seterusnya."Abang, boleh Aya masuk?" Selepas mengetuk beberapa kali, Ayarose bersuara. Badan sudah tegak berdiri di hadapan garis pintu.
"Masuklah." Ajak Syarif masih lagi tidak mengalihkan pandangan daripada komputer.
Dengan langkah berhati-hati, dia menjejak kaki di atas lantai bilik Syarif. Dia langsung duduk di atas katil sambil cuba sesuaikan diri dengan keadaan bilik itu.
"Aya nak cakap sesuatu dengan abang?" Soal Syarif sebaik sahaja dia menekan sesuatu pada tetikus.
"Tak ada apa-apa. Cuma bosan duduk dalam bilik. Abang Shafiq pun dah menghilang daripada pagi tadi."
"Keluarlah dengan Khuzairi. Petang nanti Aya baru ada kelas, kan?"
"Ya. Petang nanti baru ada. Khuzairi sibuk. Dalam masa dua minggu ini, dia kata tak boleh jumpa sangat sebab tak lama lagi, syarikat papa dia nak lancarkan koleksi terbaru." Ayarose memintal hujung rambut. Matanya terarah pada layar komputer Syarif. Meja kerjanya sangat berselerak dengan buku-buku tebal sebagai rujukan dia.
"Biarlah dia sibuk dulu sekarang. Nanti selepas kahwin, perlahan-lahan seimbangkan antara kerja dan keluarga. Dua perkara itu sangat penting tapi untuk teruskan hidup yang lebih bahagia, sepatutnya kita kena lebihkan keluarga daripada kerja."
"Aya tahu, Khuzairi pun tahu tentang tu. Kami berdua dah berbincang tapi kita tak boleh yakin sangat dengan semua itu. Manusia berubah." Balas Ayarose dengan pernyataan Syarif.
"Aya pasti dengan kenyataan 'manusia berubah'?" Soal Syarif. Kerusi pusing yang diduduki mula berpusing 130 darjah menghadap Ayarose.
"Mestilah Aya pasti. Kenapa? Abang tak sokong dengan kenyataan itu?" Soal Ayarose pula.
"Not really sebab setiap manusia tak boleh berubah tetapi mereka cuba untuk memperbaiki diri mereka menjadi lebih baik. Walau seseorang itu berubah menjadi baik sebaliknya, masih ada lagi kesan jahat itu dalam diri. " Jawabnya. Anggukan kepala Ayarose memberi dia senyuman.
"Jadi, macam mana kepada mereka yang baik itu bertukar menjadi yang jahat. Bukankah itu dikatakan seseorang itu 'berubah' menjadi jahat?" Sekali lagi, disoal Syarif.
"Bukan berubah tetapi ada sebab dia menjadi sebegitu. Mungkin sebab dendam ataupun kerana dia tidak dapatkan sesuatu itu. Seperti yang abang cakap tadi, orang yang cuba untuk memperbaiki diri untuk mejadi yang lebih baik akan ada sebab untuk dia buat demikian. Mungkin kerana dia telah mendapat hidayah Allah. Kita tak akan buat sesuatu itu tanpa sebab. Kita tak boleh berubah, sama ada mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik atau merosakkan diri ke arah yang lebih teruk. Itu pandangan abang, orang lain tak tahulah." Panjang lebar jawapan Syarif. Ayarose tak tahu mahu membalas apa. Kalau dah bercakap dengan pakar, memang kalah jawabnya.
"Aya faham, kan?" Ujar Syarif lagi. Merenung mata coklat hitam dihadapan.
Keadaan menjadi senyap sunyi sekejap. Bunyik cengkering lambat melintasi fikiran mereka berdua.
"Abang masih simpan video itu?" Ayarose memecahkan kesunyian yang semakin luas. Sudah lama dia tidak terpukau dengan laser pandangan mata biru Syarif.
"Video apa?" Syarif menggaru kepala. Baru tersedar dia sedang membuat perkara yang tak sepatutnya.
"Video kelmarin. Semasa Ayarose kejutkan abang untuk makan sarapan. Ingat, tak?"
YOU ARE READING
Dia datang dengan cinta
RomanceHidup sebagai seorang anak angkat sebuah keluarga di tanah Malaysia. Hidup penuh kekeliruan mencari asal usul, bapa yang berwarganegarakan Malaysia dan ibu pula Norwegean. Ditambah lagi, kesulitan hidup yang tiba-tiba datang menempah cinta kepada...