Ty for 10K stars. thats why got this tonight hehe ;) <3
___________
MINUTIAE; the small, precise details that make one unique
"Eshan..."
Eshan angkat muka dari hidangan depan mata. Dijungkit kening bila terpandangkan wajah Rania. Senyumannya... sungguh cantik gadis ini. Eshan membalas biasa. "Kenapa?"
"Err... fasal kita..."
Eshan tersenyum nakal. Rania dah menjeling. Eshan ketawa. Diangkat kedua tangan tanda surrender. "Okay... okay... saya dengar."
Rania tunduk. "Saya... eerr.. dengan awak... tak sama..."
Eshan kerut kening, kepalanya condong sikit. Dipandang Rania yang turut memandangnya. "Apa yang tak sama?"
Rania gigit bibir. "Saya tak suka lelaki. Saya takut... nak itu..." Rania tunduk. Resah, takut, gelabah, risau semuanya menyerang.
Eshan senyum. Naif pemikirannya. "Awak tak perlu rasa resah, awak tak perlu rasa takut. Sebab saya yang minta tangan awak. Dan pasti saya tak akan biarkan awak, saya tak akan tinggalkan awak sendiri. Tak kira keadaan apa, saya akan sentiasa ada. Saya nak jaga awak."
Mendengarkan itu, Rania gigit bibir. Dipandang wajah Eshan. "Saya... tidak ada apa-apa, Eshan. Awak tahu pasal kisah lama saya... er awak... nak ke... saya...saya..."
Eshan cuma senyum. Rania tidak tahu bagaimana mahu meluahkan, jadi dia terdiam di tengah ayat. Eshan senyum. Memang senyuman lelaki itu menenangkan Rania.
"Tak kira perempuan ke lelaki, semua nak bahagia. Awak kata awak mahu sendiri, tapi sampai bila awak mampu?" Rania tunduk, Eshan senyum. Rania kembali pandang Eshan bila suara lelaki itu lembut menyambung,
"Awak seorang perempuan, mempunyai naluri seorang perempuan. Deep down, saya tahu awak mesti rasa nak ada anak, nak tua dengan cucu-cucu, kan?" Rania diam, cuma mengangguk. Eshan senyum lagi.
"Saya tahu kisah awak, siapa awak, diri awak. Saya tahu ketakutan awak. Saya tahu kejatuhan awak. Dan saya janji, saya tak akan gunakan itu semua pada awak. Saya cuma mahu menyayangi awak, saya cuma mahu mencintai awak. Saya nak menjaga awak, saya nak bahagiakan awak."
Rania diam. Dikemam bibir, matanya tunak memandang Eshan. Eshan cuma senyum, lembut memujuk.
"Saya dengan Hariz... kami berdua sayangkan awak. Hariz pemula, awak menjadi Hessa. Saya hadir kerana diatur cantik oleh Dia. Awak terima saya, atau awak tolak saya. Saya tak kisah."
Rania makin diam, tidak lepas dari memandang senyuman Eshan. Ayat Eshan, begitu menampakkan keikhlasan lelaki ini.
"Saya cuma nak awak tahu. Awak gadis yang baik. Untuk lelaki yang baik. Saya nak awak bahagia. Saya taknak awak terluka."
Rania tunduk. Eshan hanya memandang, berdebar sebenarnya. Dia memang... sangat sayangkan gadis ini. Sangat-sangat, mahu bersama, mahu menjaga hingga ke akhir nafas. Tapi hidup gadis ini bukan mudah. Perasaan bukan boleh dipaksa. Cinta bukan boleh diatur. Cinta datang dan pergi. Yes.. cinta itu manis.Tapi ada sakitnya. Bila kau cinta, tapi tak boleh memiliki.
Tapi kemungkinan jika Rania menolaknya? Yes, Eshan sudah tentu akan kecewa. Tapi... Eshan cuma nak gadis ini tahu, kebahagiaan sentiasa ada untuk gadis ini.
Eshan sayangkan Rania Hessa. Eshan cuma mahu Rania Hessa bahagia, Eshan cuma mahu gadis ini merasa dirinya tidak kecil, tidak sendiri. Eshan cuma mahu Rania Hessa tahu... it's okay to be fine. You're not alone. You can be happy. Happiness is yours. You are the happiness for your own. Eshan sangaat sayangkan Rania Hessa.
YOU ARE READING
Esperance
RomanceC O M P L E T E D Only available from Chapter 1 - 25; incomplete published in Wattpad. Anak haram tidak salah, malah tidak membawa apa-apa kekejian. Kenapa perlu semua jari diunjukkan kotor pada mereka? Ini, Esperance. Kisah anak luar nikah yang te...