MAMIHLAPINATAPAI; a look between two people that suggests an unspoken, shared desireRania senyum bila dilihat Eshan dah menuju ke arahnya. Tapi senyuman itu mengendur apabila dilihat ada seorang wanita yang mengikut langkah Eshan di belakang. Siapa perempuan tu? Cantik.... dengan tudung, dengan sepersalinan mewah muslimah pada badannya.
Rania senyum cuma. Eshan dah berdiri di sebelah Rania. Rania senyum pada kakak yang cantik, yang turut senyum menyapa. "Awak..." Rania pandang Eshan. Tangan kiri Eshan dah pada bahu Rania. Rania diam cuma, tapi dapat ditangkap mata kakak itu yang seperti tidak selesa.
"Ni... kawan lama saya. Dia baru balik dari Mesir. Rania...Nur Inara. Nur Inara... Rania Hessa, my future-bride-to-be."
Rania cuma diam bila Eshan dah memperkenalkan mereka begitu. Inara senyum, dihulurkan tangan. Rania menyambut, dan dicium tangan Inara selayaknya orang yang lebih tua dari dia. Inara senyum melihat tingkah Rania, Rania senyum juga.
Inara akui, gadis tidak bertudung ini cantik, sangat cantik. Seperti kelahiran barat atau kacukan. Jadi, Inara terus sahaja bertanya, "You... kacukan? Ke parents mat saleh?" Rania dah senyum segan bila Inara menanyakan seperti itu. Eshan dah ketawa. "Kau terkejut sebab cantik gila, kan?" Rania dah pandang geram pada Eshan. Eshan cuma sengih. Inara sangat lah berbulu matanya melihatkan semua itu.
"Tak lah, kak. Err... saya..." Rania gugup, tidak tahu menyatakan apa. Tiba-tiba terasa rendah diri, kerana ini kali pertama dia mengenali dan berhadapan dengan kenalan Eshan. Eshan pegang tangan Rania di bawah meja, dia tahu gadis ini gemuruh.
"She's mixed. You can tell lah dari tengok muka dia, kan? Dad's UK,mom Malay. Like me, she's alone. Car crash." Eshan menyatakan biasa. Rania diam dan senyum sahaja.
Inara kelihatan seperti tidak puas hati. Mahu bertanya lagi dan lagi. "So....you an orphan? Bidang apa sini? Tahun berapa? How... boleh kenal Eshan?" Bertalu-talu soalan Inara. Ditemu ramah terus di perjumpaan pertama kali ini. Tapi ini bukan kerana mesra, tapi kerana tidak selesa. Rania dapat rasakan itu, kerana lirikan Inara yang agak tidak selesa pada dia. Rania gagap dan tunduk.
Eshan dah kerut kening pada Inara. "Kau kenapa, Inara? Dah macam mak aku dah." Eshan cuba tutup rasa tidak senang dengan ketawa kecilnya. Eshan sengaja menaikkan tangannya yang menggenggam tangan Rania di bawah meja. Dengan santai, ditayangkan tautan jemari mereka di atas meja, di depan Inara.
Ada sebab kenapa Eshan melakukan seperti ini. Eshan dan Inara sudah lama berkawan, dan Eshan tahu mengenai niat di balik lenggok bahasa badan Inara. Dan... Eshan tidak suka Inara bertanya seperti itu pada Rania. Yes, memang Inara tidak tahu mengenai trauma dan silam Rania. Tapi, tidak bermakna dia boleh menanya terus macam itu. Its not proper, and not decent.
"She's in Social Science. Second year. I yang nak kenal dia dulu sebab I suka dia, I falls for her at first sight. She's 21." Inara baru nak buka mulut, Eshan memintas dulu dengan senyuman biasa dan jungkitan keningnya, "Yep, she's young. But I know she's ready."
Inara diam mendengarkan itu. Eshan cuma senyum selepas itu. Rania diam dan diam. Rania tahu, Kakak Inara ini tidak sukakan dia. Rania angkat kepala, dan senyum pada Inara. Inara pandang, dan senyum biasa kemudiannya. Rania menyedapkan hati. Sekurang-kurangnya dia balas senyuman aku.
Mereka menikmati lunch. Rania cuba buat selamba, kerana Eshan tidak pernah melepaskan genggaman tangannya. Sepertinya kekuatan Eshan sentiasa ada untuk Rania. Inara pun sudah berbual biasa. Rania mula selesa. Mungkin permulaan saja a bit rough, tapi bila dah selesa kini, makin mesra lah. Kan?
YOU ARE READING
Esperance
RomanceC O M P L E T E D Only available from Chapter 1 - 25; incomplete published in Wattpad. Anak haram tidak salah, malah tidak membawa apa-apa kekejian. Kenapa perlu semua jari diunjukkan kotor pada mereka? Ini, Esperance. Kisah anak luar nikah yang te...