TACENDA; things better left unsaid; matters to be passed over in silence"Rania nampak rapat, makin rapat dengan Eshan. Bila masa lelaki itu lapang, mereka mesti akan berjumpa. Tidak selalu, tapi dapat dilihat, lelaki itu melebihkan Rania."
Hariz pandang luar. "How's Rania?"
Syuja memandang sisi wajah Hariz. "She seems happy, sir."
Syuja hanya tengok Hariz yang memandang luar. Syuja nampak rahang Hariz diketap. Tuannya tidak selesa.
"Dia gembira, tidak menangis, sudah tidak membuang masa di club or pub. Dia singgah di surau atau masjid. Saya nampak... perubahannya sedikit demi sedikit. Good change, sir."
Hariz menjeling Syuja. "Kau nak cakap, lelaki tu made better job?"
Syuja diam. "Her happiness is your happiness. That's what you said to me,sir." Hariz terdiam. Hariz cuma mengangguk. Lelaki itu menunduk hormat, dan Hariz nampak dari ekor mata, orang suruhannya itu melangkah keluar.
Men to men. Not talks, but by actions. Hariz akan usaha. Pasti.
❋❋❋
Rania baru keluar dari market. Sementara cuti semester ini, dihabiskan masanya bekerja separuh masa. Rania melangkah keluar. Dicapai iPhone, bila mendapat text dari Eshan.
'Im really sorry. I couldn't make it. Saya ada hal emergency. Sorry, dear, awak okay tak? Kita tengok wayang lain kali, boleh tak?'
Rania cuma senyum. Dibalas sambil berjalan. Its okay. Bila tiba-tiba ada seorang lelaki menahan jalannya. Diangkat muka. Terkebil-kebil matanya memandang.
Lelaki berambut perang, berkulit sawo matang, tinggi dan manis rupanya itu hanya senyum dan menunduk. Tangan kanannya disuakan ke kiri Rania, menunjukkan black sedan.
Syuja senyum, menunduk hormat mengikut formality pada Rania. "Sir Hariz waiting for you, Miss Rania." Rania terdiam. Tak dapat berfikir. Hanya mengikut langkah Syuja. Dibuka pintu, sudah nampak Hariz duduk dan memandang keluar. Rania duduk diam. Syuja masuk dan kereta bergerak.
Rania tidak tahu ke mana destinasi mereka. Kenapa dia bersetuju untuk mengikut? Badannya hanya bergerak, bila dihadap dengan approach serupa itu oleh orang Hariz. Nampak formal, nampak darjat Hariz as CEO.
Lagipun Rania dah maafkan Hariz. Perbuatannya macam mengikut arus, dah berbaik, dan bukan lagi menengking kasar macam selalunya. Dia sudah maafkan Hariz, jadi kelembutan dan pertemuan ini berlaku kerana jurang kasar mereka sudah dibaikkan dengan kemaafan.
Tapi... ke mana mereka?
Rania mengerling pada Hariz bila lama suasana dalam kereta ini hanya diam. Hariz berpakaian santai dan casual. Bukan formal dengan tie atau suit jacket. Cuma chinos dan men's shirt dan shoes. Macam nak hang out je.
Rania tunduk dan diam. Turut memandang keluar. Rania terdiam, terbisu bila melihat suasana malam di tepian tasik. Ramai orang melepak. Ada keluarga, ada pasangan kekasih. Dengan booths yang banyak menjual santapan kecil dan ringan. Hariz keluar, dibuka pintu Rania.
Rania keluar dan memandang sekeliling. Syuja terus memandu pergi. Hariz memegang tangan Rania. Rania menarik tangannya perlahan-lahan. Hariz pandang Rania dan senyum sikit.
Rania tidak tahu apa yang sedang berlaku sekarang ni. Hariz muncul bukan dengan rayuan macam selalunya, bukan dengan suara sayu lelakinya memohon kemaafan. Memanglah Rania dah maafkan dia, tapi kemunculan dan pendekatan Hariz serupa ini.... membuatkan Rania hairan. Tidak takut cuma hairan. Hariz kelihatan tenang, bersahaja dan memberi ruang pada Rania. Tidak mendesak.
YOU ARE READING
Esperance
RomanceC O M P L E T E D Only available from Chapter 1 - 25; incomplete published in Wattpad. Anak haram tidak salah, malah tidak membawa apa-apa kekejian. Kenapa perlu semua jari diunjukkan kotor pada mereka? Ini, Esperance. Kisah anak luar nikah yang te...