25 ☆゚.*・。゚reason for existing

32.2K 1.1K 120
                                    

SORRY sebab takdak update for two days hahaha.sebab saya busy dan penat gila. hope this chapter dapat menyembuhkan korang. ;) <3

____________


RAISON D'ÊTRE; a reason for existing


"Mommy?"

"Iya? Siapa ni?" Aaliya bertanya biasa, sambil membaca buku di tangan. Pelik juga, siapa sampai memanggilnya mommy. Anak-anak nak prank?

"Ini... Rania, mommy."

Aaliya terhenti. Segera diletakkan buku dan tersenyum lebar wajahnya, bagaikan Rania sudah di depan mata. "Rania! Ya Allah... mommy rindukan Rania. Rania sihat? Study okay? Dah second year, kan?"

Rania terdiam, senyum kemudiannya. Dirinya berdiri, memandang suasana bawah flat dari balkoni. "Sihat, mommy. Study okay. Ha,ah Rania dah second year. Nanti dah nak masuk middle term exam." Rania diam. Aaliya senyum, "Ya?" Bila didengar Rania seperti gagap mahu bersuara. "Er... Rania rindukan mommy juga. Rania—Rania nak minta maaf."

Aaliya senyum. Kepalanya menggeleng selari menidakkan, selari dengan kenyataan yang diucapkan, "Jangan minta maaf. Rania tak salah apa-apa pun. Rania jangan fikir Rania ada buat salah dengan mommy, jangan fikir macam tu tau."

Rania diam, digigit bibir. "Rania.... nak ucap terima kasih."

Aaliya senyum, diam menunggu kata-kata Rania.

"Rania... Rania... tolak niat mommy. Tapi, mommy dengan family... ambil tahu fasal Rania." Nasihat yang diberi Eshan, Rania pegang dan fahami. Jangan cuba nak menafi, orang yang mengasihi kita dan menyayangi kita adalah rezeki dari Allah. Tak akan kita nak menafi, menafikan takdir dan rezekiNya?

"Rania.... nak mintak maaf fasal tu." Rania tunduk, jemari kirinya menguis-nguis pada palang balkoni. "Rania bukan tak suka mommy dengan Zill Family. Rania cuma... takut. Rania... rasa Rania tak layak. Rania... sukakan mommy dengan family, Rania je yang bermasalah, suka buang... Rania nak minta maaf."

Aaliya senyum. Tangan kiri memegang phone, tangan kanan menekup mulut menahan rasa sebak mendengar kata-kata Rania. Kisah anak ini sangat kasihan.

"Dahlah... Rania jangan cakap fasal tu. Mommy dengan daddy faham keadaan Rania, Rania jangan rasa bersalah eh?Tak de siapa yang salahkan Rania. Semua sayang Rania."

Rania diam mendengarkan itu, dikemam bibir tidak mahu lebih menumpahkan perasaan. Aaliya senyum sahaja di sana.

"Rania dengan Eshan..." Rania gagap nak meneruskan kata. Aaliya menyambung, "Mommy tahu. Cass bagitahu mommy." Rania tunduk. "Saya... dengan Eshan... er... macam... macam tak..."

Aaliya tahu apa dalam fikiran Rania. "Mommy faham apa Rania rasa. Rania cuma kena percayakan diri Rania sendiri, yakin dengan diri Rania. Rania sayangkan dia, jadi Rania kena percayakan dia. Dia pun percayakan Rania. Rania kena rasa bangga, jangan rendah diri. Rania yang dipilih Eshan, Rania yang dilamar oleh Eshan, jadi Rania kena percayakan Eshan. Mommy kenal Eshan. Dia lelaki yang baik, Rania. Rania jangan risau. Jangan fikir apa orang lain cakap, jangan terlebih assume apa orang lain mungkin akan cakap fasal Rania. Rania... just be yourself. Trust yourself, and trust your sacred love. Rania tak sendiri, sebab sentiasa ada yang sokong dan faham Rania. Okay?"

Rania diam dan menunduk sahaja. Kemudian, senyuman terukir nipis di bibir. "Baik, mommy, terima kasih, mommy." Aaliya ketawa kecil, "Sure do, dear. Eh! Bila Rania dengan Eshan nak datang sini? Mommy lama dah tak jumpa Rania, tau?"

EsperanceWhere stories live. Discover now