24 ☆゚.*・。゚beautiful thinking

30.8K 1.1K 103
                                    

I cannot resist.akibatnya kembali editing on the phone HAHAHA

__________



EUNOIA;  beautiful thinking, a well mind


"Mr. Eshan."

Eshan cuma senyum dan mengangguk. "Mr. Zill ada?"

Seri, PA Cassiel senyum, "Ada. Dia free."

Eshan angguk dan terus melangkah. Ditolak pintu, dijenguk kepala. Nampak Cassiel tengah tengok news. "Woi..."

Cassiel angkat muka.Senyuman lebar terus yang menghiasi muka Cassiel. Sambil lalu, ditekan off pada remote controller. LCD Samsung itu kembali gelap, Eshan senyum sambil melangkah masuk.

Cassiel dah berdiri dengan kedua tangan didepa, gaya menyambut Eshan terus dengan pelukannya. "Waaahhh... Eshan Qaiser. My brother-in-law haaa..." Eshan dah ketawa tapi turut dipeluk badan Cassiel.

"Iya.... abang iparku. Aku redah jammed memang semata untuk kau." Eshan tepuk-tepuk kuat pada belakang Cassiel. Cassiel dah ketawa sama sambil meleraikan pelukan. Cassiel dan Eshan sama-sama duduk di set sofa kulit.

"Apa dia?" Eshan buka suara terus. Cassiel diam kejap. Dan Cassiel menceritakan berkenaan Hessa selepas lama disiasat dan dijejaki oleh keluarga. Eshan terdiam terus mendengarkan semua itu. Eshan tersandar dan hanya memandang meja kaca di depan. Cassiel tengok reaksi muka Eshan. Eshan mengeluh dan disapu muka dengan kedua tapak tangan. Cassiel diam cuma.

"Wot a shit..." Eshan mengeluh perlahan. Eshan angkat muka dan pandang Cassiel. "Thanks... sebab kau told details. Tapi... kau jangan risau. Aku tak kisah cerita baru ni, dia still Rania Hessa; a girl that I lied my heart on. Aku ada untuk dia. I promise you that." Eshan senyum pada Cassiel.

Cassiel senyum sama. "Cuma ni lah... daddy aku suruh rahsia, biar kita je tahu. Jangan Rania tahu. Tapi mommy aku nak dia tahu, awal. Daripada dia tahu in future, nanti ada lagi benda yang tak disangka ke? Tu kata mommy lah. Kau rasa macam mana?" Cassiel pandang Eshan.

Eshan diam lama. "Pada aku... jangan bagitau dia. Aku dah nak kahwin dengan dia. At least, biar lepas aku kahwin dengan dia. Jangan sekarang lagi. Sebab dia so much fragile, dia ragu-ragu lagi. Biar... aku dengan dia dulu. Secret is a cancer. But... for the sake of her, let it still in the chest. The secret to having it all is knowing you already do. Biar aku... yang bagitau pada dia."

Mendengarkan kata-kata Eshan, Cassiel mengangguk-angguk setuju. Lagipun, Eshan merupakan spouse to-be, spouse in life pada Rania sekarang. Eshan tahu how to handle, Eshan je insan yang dilihat boleh diterima Rania luar dan dalam. Jadi Cassiel serahkan hal ini pada Eshan. "Okay... aku pujuk mommy aku, so that dia tak buka suara." Eshan ketawa kecil, Cassiel turut ketawa lepas.

Cassiel diam, tengok muka Eshan yang termenung. "Kau fikir apa?" Eshan senyum dan menggeleng, "Nuffin'. Just... kisah dia. Aku tak sangka. Western punya ideologi of social behaviour memang too wide, many negative seek for us the eastern. Cuma... dia... sampai dibuang ke Malaysia, sebab hal turun temurun. Macam... how could a mother, put all the blames to her child? Even in her tummy, the child tak tau apa. Just... god. Kenapa Rania kena lalu semua tu? Aku tak tau, how she will gonna grasp this fact. Dia tahu fasal aku kawan kau pun, dia nangis tau. Dia ingat aku tipu dia. Kalau this? Terang-terang dia rasa lagi bawah, lagi tak nak aku."

Cassiel cuma diam. Tangan kanannya menepuk perlahan bahu Eshan. Tahu Eshan rasa terbeban. Tapi kerana sayang, Eshan rela dibebani, cuma stress kerana tidak tahu how to deal with this.

EsperanceWhere stories live. Discover now