TMS 01 | C o n f e s s

13K 688 175
                                    

Kepalanya sudah tersengguk-sengguk menahan kantuk yang teramat .Matanya asyik buka tutup, buka tutup .Tak nak tidur tapi tak ada cara lain untuk dia buang rasa mengantuk ni.Buku sejarah didirikan , menutup seluruh wajahnya.Kepala diletak ke atas meja ,mata dipejam.Huwaa sedapnya tidur .Harap Cikgu Ameena tak nampak.

Menunggu waktu sejarah tamat, memang suatu hal yang amat perit .Sebabnya,dia tak minat sejarah dan dia mengantuk sangat sebab tolong ibunya buat kuih sampai pukul tiga pagi .Tak kan dia nak biar ibu dia buat sorang-sorang kan ? Kau nak jadi anak durhaka? Memang tak la .

"Hayfa,bangun.Bangunlah.Cikgu Meena nampak kau tidur nanti." Najmina , sahabat Hayfa yang duduk disebelahnya berbisik perlahan ke telinganya.

Tiada respon dari Hayfa .

"Fa..." panggilan Najmina hanya ibarat angin yang berlalu pergi ditelinga gadis itu.

Antena mata Cikgu Ameena sudah dapat menangkap rutin anak muridnya yang seorang itu .

Kaki diatur menuju ke meja Hayfa Wadeena .

Najmina mengigit bibir .Dia dah agak mesti Cikgu Ameena akan nampak punya .Obvious sangat kau punya trick Hayfa oi .Dah lapuk sangat tutup muka guna buku .Kau sorang je buku berdiri tegak atas meja .Ha, memang kantoi la .Ini Kelas 5 Mawar oi... kau tidur, kau memang cari nahas .Kelas nombor dua dari empat buah kelas .Kisah apa kelas nombor dua ke sepuluh ke.Hak alah, janji belajar .

Kelas pertama, namanya Tulip, kedua Mawar as you know, ketiga Matahari, keempat ni pihak sekolah jahat sebab letak nama saintifik bagi bunga tahi ayam iaitu Lantana Camara.

Agaknya diorang ingat kelas belakang hina sangat ke ? Letak nama kelas ada perkataan tahi.Letak la nama sedap sikit wingardium leviosa ke. Eh tiber masuk Harry Potter .

PAP !

Bunyi sesuatu mengetuk mejanya .

Terus terbangun dia dibuatnya .Mata membulat melihat guru sejarahnya sudah bercekak pinggang bersama kening sebelah diangkat .

"Sedapnya awak tidur .Dah sampai mana dah Nur Hayfa Wadeena ?"

Liur ditelan.Sengihan menampakkan gigi menghiasi wajahnya saat disindir begitu.
"Sorry cikgu.Saya terlelap."

"Banyakla awak punya terlelap ! Awak sorang je pelajar dalam kelas ni yang saya selalu nampak, keje tido je .Jangan buat sambil lewa,Hayfa .Tahun ni spm kan ? Sedar tak awak ni ? Ke dah lupa ?" marah Cikgu Ameena diikuti dengan keluhan berat di bibir .Boleh dikatakan setiap hari , waktu sejarah anak muridnya yang seorang ini akan tidur .Entah apa yang dibuatnya sampai selalu sangat tidur dalam kelas .

Hayfa diam membisu .

"Awak buat apa kat rumah ? Jaga anak ? Jaga laki ?" sambung Cikgu Ameena lagi dengan sindiran .

Satu kelas ketawakannya.Hayfa menunduk malu.Nah, sekali Cikgu Ameena hadiah jelingan padu dekat diorang baru tahu diam.

Hayfa mengigit bibir .Takkan dia cakap yang dia tolong ibu sampai pagi lepastu mengantuk sangat, so dia tidurlah dalam kelas .Uish, memang tidaklah dia nak jawab macam tu .Tolong ibu adalah pilihannya, ibu tak pernah paksa untuk tolong .Jadi, dia kunci mulut je lah mampu .

Kalau Cikgu bagitahu ibu ,mesti ibu kecewa sebab tak belajar elok-elok .Ah, serabutnya .

Dia membuka mulut .
"Maaf Cikgu .Saya janji tak tidur dah dalam kelas lepas ni.Ini last.Saya janji, betul tak tipu."

Hayfa angkat tangan kanannya seolah olah berikrar .

Cikgu Ameena mengeluh perlahan .Tangan naik mengurut kepala sebelum memandang anak muridnya itu .

T U A N  M U D A  S A Y A  [ HIATUS ]Where stories live. Discover now