TMS 05 | J a k u n

8.5K 649 96
                                    

p/s;jangan lupa tekan bintang comel tu sebelum baca tau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

p/s;jangan lupa tekan bintang comel tu sebelum baca tau. Masyeh !

******

SEBULAN KEMUDIAN ...

"Dah siap semua ,Hayfa ?"Tanya Puan Hajar sebaik sahaja masuk ke dalam bilik anaknya .

Hayfa sedang berkemas pakaiannya dan hari ini adalah hari yang erm entahlah dinanti atau tak .

Masih berat hati, tapi redha sajalah .

Hayfa mengangguk .
"Dah .Cuma satu je belum ."

"Apa ?"

"Bra dekat ampaian .Basah lagi ,semalam lupa nak basuh ."Selamba Hayfa berkata begitu .

TUK !

Puan Hajar mengetuk kepala Hayfa menggunakan senduk .Eh-eh bila masa ibu pegang senduk .Dekat tangan dia tu sentiasa ada benda .Magis betul .

"Aduh, sakitlah ibu ! "

"Ish, tak senonoh betul lah kamu ni ! Nanti dekat rumah orang, jangan buat perangai macam ni.Malu tujuh keturunan tau nanti !"Bebel Puan Hajar .

Hayfa mencebik tapi tak lama kemudian dia baru sedar sesuatu .

"Rumah orang ? Hayfa tinggal dengan diorang ? Bukan ke ada asrama ? Biar betul ibu ni .Hayfa lari rumah
kang !"Hayfa bangun katil menuju ke pintu bilik .

Laju Puan Hajar menarik kolar baju Hayfa sehingga dia tercekik.

"UHUK! UHUK! IBU !"Terbatuk-batuk dia dibuatnya.

"Jangan nak mengada .Dah lah sekolah tu mahal.Orang siap sponsor lagi yuran segala mak nenek, pastu tinggal dengan diorang lagi .Takyah dah fikir pasal duit .Nanti kalau duduk asrama, kena bayar kan ? So ? Terima je lah ."

"Tapi, Hayfa tak kenal diorang sangat . Tiba-tiba kena duduk sekali dengan diorang .Ibu ni..."Hayfa memucungkan bibir bak itik nila .

"Tapi ibu kenal sangat ."Puan Hajar taknak kalah .

"Itu ibu .Ha senang-senang ibu je lah gi duduk sana .Hahahahaha ."Hayfa ketawakan ibunya .

"Sudah ! Jangan nak merepek .Siap cepat .Kejap lagi driver diorang sampai .Ingat eh, jangan buat tak senonoh.Kalau tak, mana ibu nak letak muka nanti ."

T U A N  M U D A  S A Y A  [ HIATUS ]Where stories live. Discover now