TMS 09 | S i D i v a A i r i s

8.4K 613 59
                                    

Sebaik sahaja kaki melangkah ke kafateria sekolah, automatik mulut Hayfa ternganga besar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik sahaja kaki melangkah ke kafateria sekolah, automatik mulut Hayfa ternganga besar .

"Besarnya !"

Tengku Fatini dan Nabella ketawa halus .

"Besar ke ? Biasa je kitorang tengok ."

Okay Hayfa faham sekarang .Benda ini terlalu biasa buat manusia seperti mereka .Orang kayalah katakan, kalau bagi si Hayfa ni haha memang benda macam ni dalam mimpi je la , takpun Disney school movie .KAHKAH .Sedih tul .Tapi takpe, dia bersyukur...dia pernah rasa susah, bila dah senang tak lupa diri .

"Mari, Hayfa ."Ajak Tengku Fatini .Hayfa cuma mengekori langkah mereka berdua.

Beberapa minit baru dia perasan, mana Alyah?

Allah, macam mana dia boleh lupa ?

"Eh korang .Alyah mana ?"Tanya Hayfa sambil mengambil dulang makanan .Kepala dijenguk-jenguk melihat sekeliling .

Nabella tepuk dahi.

"Aku lupa duh .Mana dia ? Dia tu dah arh pemalu tahap gaban ."

"Actually, kitorang dua tak rapat sangat dengan si Alyah tu.Dia tu pemalu sangat .Suka buat hal sendiri .Aku pun kadang penat potpet potpet dia cuma angguk geleng atau balas sepatah ATAU kena paksa baru boleh cakap .Kadang stress gak tapi takpela nak buat macam mana sejak form 1 lagi dia memang macam tu .Introvert sangat .Diam je memanjang ."Tutur Tengku Fatini ,jujur .

Hayfa mengangguk ,faham .

"Apa masalah you jalan tak tengok orang ! habis kotor baju mahal aku! Bodoh siak you ni ! Dahlah bisu !"Tiba-tiba terdengar suara orang memaki hamun .

Mereka bertiga saling berpandangan sebelum pandangan dihalakan kearah sekumpulan pelajar perempuan yang mengerumuni seorang gadis ditengah-tengah kafeteria .

Gadis yang dimaki itu menunduk ,malu .Gadis itu ialah Alyah .

"Alyah lah weh ! Jom tolong dia !"Hayfa berura-ura untuk pergi membantu Alyah namun ditahan oleh Tengku Fatini dan Nabella.

"Jangan."

"Jangan,Fa."

"Hah ? Aku tak faham .Weh, Alyah kena maki hamun kut. weh, tengok tu diorang tolak dia ."Makin gelabah Hayfa dibuatnya apabila melihat gadis yang memaki hamun itu bersama rakannya menolak Alyah sehingga terjatuh .

"Tu Airis.Dia antara orang kuat sekolah ni ,Fa .Kau mungkin akan dibuang sekolah kalau kau masuk campur.Please, jangan."Tengku Fatini memegang lengan Hayfa .

Membulat mata Hayfa mendengar ayat Tengku Fatini itu .

"Habis ? Kau nak aku biar je dia kena buli ? Macam tu ? Jawab,Tini ! Bella !"Hayfa berang .

Mereka berdua diam .

"Sudahlah korang !"Lengannya direntap kembali sebelum langkah diatur penuh debaran menuju ke arah Alyah yang sudah terduduk dan cuba untuk bangkit.

T U A N  M U D A  S A Y A  [ HIATUS ]Where stories live. Discover now