TMS 02 | T e t a m u

9.1K 597 59
                                    

" Assalamualaikum, ibu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Assalamualaikum, ibu .Hayfa dah balik." salam diberi sebaik sahaja tiba di rumahku syurgaku, syurgamu .Eh !

Tombol pintu dipulas .

Klik !

"Eh! Ibu tak kunci pintu ? Alamak .Bahayalah.Ibu ni suka la." terkejut Hayfa apabila dengan mudahnya pintu rumahnya terbuka .

"Ibu!Ibu! Oh ibu ,di manakah ibu ? Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku." kaki diatur masuk ke dalam rumah yang sunyi sepi ditemani bunyi cengkerik berjoget kerana ketiadaan ibunya dirumah .

Segenap rumah diterokanya namun kelibat ibunya langsung tidak kelihatan .Ah sudah!

"Takkan ibu kena culik pulak ? Eh takkan la.Tua-tua pun ada orang nak culik lagi ke ?" sempat Hayfa berseloroh seorang diri.

Dapur sudah, bilik air sudah, jamban sudah, bilik tidur sudah, reban ayam sudah, reban jiran sebelah sudah puas dicarinya tapi tiada .

Alamak!

Hayfa jadi panik.Langkah diatur ke ruang tamu semula dengan kelam kabutnya .

"Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian..." Ya tuhan sempat lagi budak Hayfa ni menyanyi lagu buatmu ibu .

Kau kalau mak kau hilang sungguh, baru nak nangis macam anak kucing hilang ibu .Ha peribahasa baru tu.Take noted.

Tombol pintu serasa dipulas dari luar .

"Hah? Siapa tu ?" Hayfa menahan pintu utama rumahnya daripadanya dibuka dari luar .Dia pegang kuat-kuat .

Mana tahu kut-kut pencuri ke , Pakistan jual karpet ke apa ke,tak ke naya .

"Eh bukalah." suruh orang dari luar .Suara perempuan .

Eh mamak ni perempuan ? Uish, selalu lelaki .

Kali ini pintu itu digoncang kuat dari luar.

"Cakap dulu siapa ? Mamak jual karpet ke? Ha, taknak .Rumah saya banyak dah karpet, penuh satu rumah .Tidur pun atas karpet .Mandi lap badan pakai karpet je .Ha banyak dah . Ha takyah .Maseh." Hayfa berdalih .Hehe, nak memain dengan aku .Eh,aku tak sebodoh tu la mamak jual karpet .

Kedengaran orang itu berdecit dari luar sebelum suara nyaring menendang gegendang telinganya Hayfa .

"HAYFA WADEENA ! KAMU BUKA PINTU SEKARANG ! IBU KAMU SENDIRI DIKATANYA MAMAK JUAL KARPET ! APA KEJADAHNYA HAYFA ! BUKA SEKARANG ! JAPGI PINTU NI ROBOH KAMU GANTI ! "

T U A N  M U D A  S A Y A  [ HIATUS ]Where stories live. Discover now