Sebelum baca,tekan bintang comel tu dulu tau.
Thankyou!♥️
Oh ya, sorry sebab banyak kali bagi fakehope😂
***
"Huwaaa aku malu bodoh! Mana aku nak letak muka aku yang gojes ni.Huwaaa! Kau bunuh je la aku,Fa." selepas kejadian geng Syed Qhalish TERdengar bunyi kentut yang dilepaskan oleh Nabella, gadis itu terlampau malu sampaikan menghantuk kepala ke mejanya berkali-kali.
Geng Syed Qhalish tersangatlah speechless.Iyalah, masakan tidak...gadis yang rupanya cantik dan kelihatan bijak itu sebenarnya seorang yang pengotor dan kurang bijak sikit dari Hayfa.Uhuks, kau bunuh je lah dia.Aku pun tak sanggup.
Hayfa ketawa kecil.
"Itula, siapa suruh hendap macam perompak?""Tini ni lah yang paksa aku ikut hendap engkorang.Aku dah cakap dah...nanti bila kau balik kelas, kitorang nak minta kau jelaskan apa hubungan kau dengan Si Syed Qhalish tu.Tapi, minah ni gedik jugak nak hendap.Geram aku." Nabella mendecit tidak puas hati.Dah tak pasal-pasal jatuh reputasinya di hadapan jejaka jejaka hot itu semua.Punah harapan nak jadi menantu mak diorang.
"Oi! Kau jangan nak salahkan aku eh? Kau tu yang suka kentut! Kalau kau tak kentut, tak adanya diorang perasan.Ingat muka kau je? Habis, muka aku nak letak mana? Ish," marah Tengku Fatini.Dia berpaling ke arah lain, bibir dimuncungkan.Sakit hati betul.
Peristiwa pagi tadi betul-betul menguji tahap kesabaran gadis-gadis itu.Tahap malu dia memang kalau boleh nak gali kubur sekali pakej dengan keranda ha.
"Kau eh kentut?" Ali Khan menyoal dengan keningnya yang hampir bercantum.Pandangan dihalakan ke arah Nabella yang sedang bangun dari lantai.Sungguh dia terkedu.Gadis secantik Nabella melepaskan angin sesuka hatinya.Dan itupun di hadapannya dan rakan-rakannya.Tiada rasa malu kah?
Ini kali pertama seumur hidupnya, jumpa gadis yang memang seratus peratus tak tahu malu.Kalau dia sendiri pun, dia tahan aje kentut tu.
Nabella tercengang.Liur ditelan terasa berpasir.Wajahnya semakin membahang menahan malu.Tangan di sisi menggenggam hujung baju.
Tengku Fatini disebelah dipandangnya.Kening diangkat tanda isyarat 'apa aku nak buat ni?'
YOU ARE READING
T U A N M U D A S A Y A [ HIATUS ]
Novela Juvenil[new version] beautiful cover by beautiful girl @aishzy Nur Hayfa Wadeena . Typical gadis sekolah yang berumur 17 tahun . Hidupnya seperti kebanyakan pelajar lain . Sekolah ,balik sekolah dan begitulah seterusnya . Paling best lepas balik sekolah te...