TMS 10 | M a l u

8.9K 713 178
                                    

Sebelum baca, tekan bintang comel tu dulu tau! Terima kasih!♥️

*****

Mereka semua menunggu di satu sudut bilik sementara menunggu Hayfa dan Alyah diperiksa oleh Doktor Lily walhal tiada apa pun yang nak dirisaukan .

Bagus betul Shuhaida ni.Terharu Hayfa dibuatnya .Nampak kasar,tapi hati ada taman.

Tengku Fatini dan Nabella duduk di atas kerusi.Shuhaida pula berdiri memeluk tubuh, kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket hoodies miliknya, kepala menunduk memandang lantai, sekali sekala kakinya menyepak lantai kerana bosan.Entah kenapa dia baik sangat nak bantu manusia dua orang tu.

Pandangan Doktor Lily dihalakan kepada mereka bertiga .

"Mereka berdua okay je.Cuma ada sikit lebam dekat tangan Alyah ni."Ujar Doktor Lily.

Alyah membulatkan mata apabila merasakan pandangan tajam Shuhaida melekat padanya.

"Eh-eh! Itu bukan sebab Airis .Ini saya jatuh seorang diri .Hehe."Alyah ketawa kekok, tangan naik menggaru kepala.

Hayfa bangun dari kerusi sebelah selesai diperiksa menuju ke arah Shuhaida.

"Shu, terima kas-"

"Aku keluar dulu."Shuhaida keluar dari klinik itu sebelum sempat Hayfa mengucapkan terima kasih.

Hayfa terkebil-kebil.

Mereka yang berada di dalam klinik itu saling berpandangan sebelum meminta diri untuk pulang ke kelas.

"Terima kasih doktor Lily! Pergi dulu!"Laju mereka keluar dari ruangan itu dan cuba mengejar langkah gadis bernama Shuhaida itu.

"Shuhaida! Tunggu kejap."Hayfa menahan Shuhaida dari terus melangkah maju apabila kelibat gadis itu sudah kelihatan.

Dengan riak bosan dia menoleh.
"Apahal?"

"Bagi la peluang kitorang say thank you dulu."

Shuhaida mengangkat sebelah keningnya, bibir disengetkan seolah-olah menunggu apa yang mahu keluar dari mulut Hayfa.

"Terima kasih sebab tolong kitorang-"

"Okay dah say thank you kan.Bye."

"Lah! Tunggu lah kejap!"Hayfa memegang lengan Shuhaida.

Gadis itu merentap tangannya kembali.
"Apa lagi?"Kening bertaut, dipandang mata Hayfa.

"Tak, aku nak tanya.Kau okay ke? Tadi kan Si Diva tu cakap benda tak sepatutnya dekat kau.Sebab nak tolong kitorang kau kena-"

Riak gadis itu berubah mendengar bicara Hayfa,laju saja dia memintas.
"Bukan urusan kau."

Shuhaida dengan wajah ketatnya, membawa langkah pergi dari situ.

Hayfa mengeluh kecil.

Tengku Fatini dan Nabella saling membalas pandangan sebelum melangkah mendekati Hayfa.

"Shuhaida memang macam tu.Jangan ambil hati pulak.Macam yang kau nampak dia tu tomboi.Tapi aku erm tahla lama tak tengok dia ganas macam tadi.Dan aku paling tak sangka dia buat macam tu dekat Airis." Kata Tengku Fatini.

"Maksud kau?"Hayfa menoleh kesebelah memandang Tengku Fatini dan Nabella bersama kerutan di dahi.

"Sebenarnya dia tu dulu budak bermasalah.Everyday mesti ada je masalah yang dia buat.Pukul orang lah apa lah.But one day, satu sekolah dikejutkan dengan gosip yang dia dan Airis tu sebenarnya adik-beradik tiri.Mak dia kahwin dengan ayah si Airis tu .Mak Shu tu dulu orang gaji dekat rumah bapak si Airis tu.Ayah Shu pulak dah lama meninggal.Sebabkan mak Shu kerja dekat situ.Kira diorang membesar sekali ah.Tapi sekarang mak dia dah tak ada dah.Meninggal sebab kanser.So dia yatim piatu." Sambung Nabella.

T U A N  M U D A  S A Y A  [ HIATUS ]Where stories live. Discover now