"Aku terima nikahnya Aisy Ariana Binti Muhammad Yusuf dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai." dengan satu lafaz keramat Aisy sah menjadi isteri kepada sang adam bernama Wafiy Afwan.
Alhamdullilah segalanya telah dipermudahkan dengan kehendak-NYA. Mama dan Papa Wafiy pun menerima Aisy sebagai menantu dengan tangan yang terbuka. Wanita pilihan Wafiy memang tepat sekali dengan citarasa Puan Herlina untuk dijadikan sebagai menantu. Sikap sopan santun,lemah lembut dan pandai mengambil hati tua telah menarik perhatian Puan Herlina dan Encik Ikhwan.
Kini acara menyarungkan cincin ke jari Aisy. Tangan Wafiy menarik lembut jari jemari Aisy. Tiba-tiba perasaan berdebar-debar terbit dihati Aisy. Mukanya merah padam menahan malu apabila orang disekeliling memandang dirinya.
"Muka Aisy merahlah sayang." Suara Wafiy berbisik perlahan. Jari telunjuk Wafiy sempat mencuit batang hidung Aisy.
Aisy terdiam membisu tak mampu berkata-kata apa selain daripada mengukirkan senyuman manis buat ahli keluarga yang ada disitu.
Selesai menyarungkan cincin bertakhtakan permata itu dijari manis Aisy. Aisy sebagai sang isteri menyalam tangan suaminya. Selepas itu, Wafiy memberikan kucupan pada dahi Aisy agak lama.
Klik..Klik
Cahaya memancar dari kamera untuk mengambil gambar detik-detik manis antara Aisy dan Wafiy. Pelbagai aksi yang disuruh oleh jurukamera diupah itu antaranya Wafiy perlu memeluk erat pinggang Aisy. Malu habis wajah Aisy sudahlah dihadapan Abah dan Umminya sendiri. Abang Ashfan pula sebelum majlis akad nikah berlangsung dia sudah mengusik macam-macam. Hari ini pula Abang Ashfan tersengih-sengih melihat Aisy.
"Dah lah sayang, janganlah muka tu merah sangat nanti anak-anak kita tengok gambar kita kahwin. Mesti mereka akan tanya kenapa muka Mummy dia merah?." bisik Wafiy nakal ditelinga Aisy.
"Jangan nak menggatal erk, tak malu ke depan family ni?." Aisy mengetap bibirnya geram, mahu saja dia memberikan cubitan buat suaminya. Nak mengusik pun tak ada benda lain ke? Hisy buat malu je depan orang ramai ni.
✿✿✿✿✿Aisy melemparkan pandangan kearah luar masjid sambil menunggu Ummi dah Abahnya. Suaminya pula entahlah hilang kemana. Bukan Aisy tidak mengambil peduli tentang Wafiy cuma malas melayan kerana hampir ramai sepupu perempuannya ingin mengambil gambar bersama Wafiy. Dah macam artis pulak.
Akhirnya Aisy keluar dari masjid itu dan menunggu diluar sahaja. "Maklumlah aku ni bukan ada mix apa-apa pun kan sebab tu diorang tak nak bergambar dengan aku." ngomel Aisy dalam hatinya.
"Perempuan yang jadi isteri Wafiy tu tak adalah cantik sangat kan, aku rasa make-up je lebih tu," kutuk seorang wanita sambil berbisik dengan orang bersebelahannya ketika majlis ijab kabul berlangsung tadi. Sudahlah kutukan itu dapat Aisy dengari. Panas hati Aisy dibuatnya, mulut langsung tak ada insurans. Namun Aisy berfikir lebih panjang kalau dia mengamuk habislah keluarganya pula tanggung malu, sudahlah ini tempat beribadat takkan nak bergaduh pulak.
"Termenung apa tu wahai bidadari cinta hati Abang ni?" suara garau Wafiy menerpa gegendang telinga Aisy. Mata Aisy terbuntang meluas segera dia menoleh melihat suami dibelakangnya.
"Hai Assalamualaikum, mana pergi tadi? bukan tadi diiringi dengan bidadari jugak ke?" perli Aisy sambil mengerakkan sebelah keningnya.
"Ouh tadi tu, yang tadi tu umpama dayang-dayang je. Tapi yang kat depan mata ni lah yang bidadari dan yang permaisuri di sini." Wafiy memegang dadanya bermaksud bahawa Aisy adalah yang bertakhta dihati Wafiy.
"Dah lah, nanti orang nampak, lain pulak jadinya." Aisy mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Lain apa pulaknya, isteri sendiri kut bukan isteri orang lain kan?" Wafiy menarik dagu Aisy supaya Aisy memandang wajahnya namun tangan Wafiy ditepis lembut lalu Aisy mengenggam erat tangan Wafiy.
"Aisy nak cakap sesuatu ni tapi Abang jangan marah okey?" kata Aisy merenung sepasang mata suaminya.
"Cakap je lah, Abang tak makan orang pun lah." Wafiy mencuit pipi gebu Aisy.
"Serius sikit boleh tak?" Aisy mulai serius dalam katanya.
"Okey sayang, apa dia?"
"Kita ni kahwin muda kan, yakin ke boleh bahagia?" soal Aisy seperti ragu-ragu.
"Insyallah, kita ni sebagai hamba-NYA hanya mampu merancang tetapi Allah S.W.T yang menentukan segalanya. Apa-apa pun kita jagalah hubungan ni sampai akhir hayat okey, lagi satu walau badai apa pun yang melanda kita mesti kena teguh jangan mengalah. Tak pedulilah ribut salji ke, banjir kilat ke ataupun puting beliung ke janji kita kena teguh dalam mempertahankan rumah tangga ni." ujar Wafiy sambil mengerak-gerakkan keningnya. Sejak bilalah dirinya pandai dalam berkata-kata pun tidak tahulah.
"Assalamulaikum pengantin baru, hai I harap You dengan Aisy bahagia sampai anak cucu. Korang jugak perlulah menjaga hati antara satu sama lain. Wafiy, You jangan cari yang lain pulak ye," ujar Adelia tiba-tiba saja muncul. Dia memang hadir ketika majlis ijab kabul tadi.
Riak wajah Wafiy serta merta berubah seolah-olah menyampah sangat dengan insan bernama Adelia ini. "Walaikumussalam Adelia, Insyallah doakan yang baik-baik saja. Hmm, Adelia aku pun doakan kau supaya jodoh sampai awal tau." balas Aisy kerana tidak mahu dilabel sombong.
"Okeylah I pergi dulu ye, I tak nak lah menganggu korang dah berkahwin kan. Apa-apa pun bye." Adelia melangkah kaki pergi meninggalkan pasangan pengantin itu.
"Abang, Adelia tu dah kenapa nampak macam marah pun ada." Dahi Aisy berkerut-kerut melihat kelakuan Adelia tadi.
"Perempuan memang macam tu kan, maybe badmood kut, dah lah pergi masuk kereta nanti diorang kat dalam masjid tu keluarlah," ujar Wafiy.
"Okey tapi Abang nak masuk sekali ke? sebab bawa kereta pun lain-lain kan." tanya Aisy.
"Tak apalah, Abang memang akan balik dengan Mama dengan Papa pun, bye sayang jumpa kat rumah nanti tau." Wafiy melambai tangan kearah Aisy sambil melangkah pergi. Aisy hanya membalas lambaian suaminya dengan mengukirkan senyuman manis.
✿✿✿✿✿vote & komen yea♡
YOU ARE READING
Indahkah Cinta?
RomanceSiapa sangka kehidupan selepas berkahwin akan indah belaka. Ditambah pula jika di hati masing-masing belum tertanamnya sebuah kepercayaan. Begitulah kisah antara AISY ARIANA dan WAFIY AFWAN. Setelah bersatu ada pula kata-kata fitnah yang membuatka...