BAB 22

4.8K 151 5
                                    

" Papa okey? " tanya Wafiy memimpin tubuh Encik Ikhwan masuk kedalam bilik tidurnya.

" Papa okey aje lah " balas Encik Ikhwan terasa seperti membebankan anaknya sendiri. Encik Ikhwan memang tidak suka menyusahkan orang terutama anak-anaknya sendiri.

" Wafiy betul-betul risaulah dengan Papa, lain kali jangan balik gelap macam tu. Ni Papa kalau ada apa-apa panggil aje Wafiy tau " Wafiy membetulkan kedudukan Papanya sendiri.

" Papa rasa macam Papa dah menyusahkan Wafiy " ujar Encik Ikhwan, matanya memandang Wafiy yang berdiri tegak dihadapan.

" Papa tak menyusahkan sesiapa pun, lagipun sejak akhir-akhir ni pelanggan Mama kat kedai tu makin banyak, Adiklah yang tolong. Cuma Wafiy minta cuti untuk jaga Papa. " balas Wafiy memberikan senyuman yang paling ikhlas.

" Papa nak cakap sikit dengan Wafiy tapi Wafiy jangan ambil hati tau " Encik Ikhwan mulai mahu menukar topik perbualan.

" Ada apa ya Papa? " soal Wafiy ingin tahu.

" Papa cuma nak nasihatkan kamu, janganlah terlalu mengabaikan Aisy sangat. Papa tengok kamu dah jarang sangat dengan dia. Wafiy kena ingat Wafiy tu suami dia " nasihat Encik Ikhwan.

" Wafiy abaikan sekejap saja, sementara Papa belum sembuh ni Wafiy fokuskan pada Papa. Lagipun Wafiy rasa Aisy faham kut. " Teka Wafiy.

" Kalau Aisy faham tak apa tapi kalau Aisy tak suka macam mana? Papa bukan nak cakap benda yang bukan-bukan pasal menantu Papa. Tapi kita ni kadang-kadang kena fikirkan perasaan orang lain juga " kata Encik Ikhwan.

" Tengoklah nanti macam mana Insyallah Wafiy akan jaga hati dan perasaan dia macam yang Papa suruh " balas Wafiy.

Aisy mendengar semua perbualan antara Wafiy dan Papanya sendiri. Entah kenapa hatinya rasa sakit. Bukan sakit hati dengan Bapa mertuanya tapi sakit hati dengan kelakuan Wafiy sejak akhir ini selalu saja dingin dengannya. Kadang-kadang tegur sikit sudah melenting. Aisy menarik nafas dalam-dalam lalu pergi dari situ.

✿✿✿✿✿


" Assalamualaikum Dell, You nak apa call I malam-malam ni? " suara Wafiy begitu mesra menjawab panggilan telefon Adelia.

" Walaikumussalam Wafiy, Isteri You dah tidur ke? " tanya Adelia teragak-agak.

" Ohh Aisy rasanya dah tidur kut, kenapa ada hal penting ke? " soal Wafiy.

" Tak adalah I saja nak Papa You okey ke tak tu aje " suara Adelia bernada gedik sengaja untuk mengoda Wafiy.

" Alhamdulillah Papa I okey" balas Wafiy.

" Syukur Alhamdullilah, Wafiy I nak tanya ni, You tak menyesal ke kahwin muda ni? Iyalah kitakan masih belajar duit pun kadang-kadang ada tak ada je" kata Adelia.

" Sebenarnya..." lidah Wafiy menjadi kelu.

" Sebenarnya apa Wafiy? terus terang I boleh simpan rahsia "

" Sebenarnya memang lepas I kahwin, I rasa menyesal sangat. Barulah I terfikir kenapalah I tak fikir panjang sebelum I nak kahwin dengan Aisy. " balas Wafiy.

" Wafiy are you serious? takkan nak menyesal, kesian kat Aisy. " Adelia berpura-pura terkejut padahal itulah yang ingin dia dengari jujur dari mulut Wafiy sendiri.

" Entahlah Adell, sekarang ni pun I dah cuba berbagai alasan untuk jauhkan diri dari dia " ujar Wafiy lagi. Kepalanya diurut pening.

" Tak baiklah You buat Aisy sampai macam tu, apa-apa pun You kena jaga hati dia" Adelia tersenyum sinis.

" I nak tidur dulu, Night Adelia bye Assalamualaikum. " Wafiy mematikan talian. Dia tak sanggup untuk meluahkan kata-kata seterusnya.

Adelia sinis memandang telefon pintarnya. Akhirnya segala rakaman perbualan dan pengakuan dari Wafiy tadi sudah ada dalam genggaman Adelia. Dengan bukti ini sudah cukup buat rumah tangga Aisy dan Wafiy bergelora dan hancur bagai dipukul ombak.

" Kau tak kenal aku lagi siapa, silap besarlah kalau sakitkan hati aku. " Adelia meletakkan telefon pintarnya diatas katil lalu masuk ke dalam bilik mandi.


✿✿✿✿✿

Indahkah Cinta?Where stories live. Discover now