"Aisy dah sampai sana jangan lupa call Mak Da okey, janganlah dah sampai sana terus lupa Mak Da di sini, ada faham?" ujar Mak Da sejurus mendakap erat tubuh Aisy. Sudah pasti selepas ini dia akan merindui Aisy satu-satu anak buah yang bermulut becok. Hendak pulang ke Malaysia mungkin lama lagi kerana suaminya sibuk dengan kerjanya.
"Jangan risau Mak Da, ini Aisy lah ... Aisy takkan mudah lupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup Aisy tau ...."
"Ayat tu Aisy, menusuk ke kalbu. Jiwang sangatlah ayat Aisy ni, nanti dah sampai sana kirim salam dekat Mak Aisy okey."
"Dah beratus kali Mak Da cakap benda yang sama, kirim salam kat Mak. Iya, Aisy ingatlah nanti Aisy kirim salam kat Mak tau."
"Flight pukul berapa Aisy?" soal Uncle Jay setelah lama mendiamkan diri.
"Sekejap lagi dah nak berlepas Uncle." balas Aisy. Matanya masih mencari-cari kelibat. Dia sudah berjanji untuk bertemu dengan Aisy.
'Luke please, datanglah sebelum saya balik, mungkin lepas ni kita pun akan jarang jumpa,' monolog hati Aisy.
"Cari siapa Aisy?" soal Mak Da setelah menyedari Aisy seperti mencari-cari sesuatu.
"Err, Luke ...."
"Luke ... lupa Mak Da nak cakap dia tak boleh nak jumpa Aisy sebab dia hari ni badannya rasa tak sihat. Kemungkinan demam kut, Aisy jangan risau dia dah pergi klinik."
Terkilan itu yang Aisy rasakan, Luke tak mahu munculkan diri di saat pertemuan kali terakhir mereka. Benarkah sakit atau sekadar berpura-pura? Aisy tak mahu berfikir panjang. Zaman sekarang sudah canggih berbagai cara lain untuk mereka berhubung. Suara Mak Da telah mengejutkan Aisy dari lamunannya, nampaknya kapal terbang yang Aisy naik akan pergi. Aisy menyalam tangan Mak Da. Dia berfikir bilakah dia akan sampai semula di sini ini lagi. Berbagai kenangan telah tercipta dan tercatat dalam minda Aisy. Kenangan yang takkan pernah sekali pudar dalam ingatan.
✿✿✿✿✿
"Aisy!" Baru saja Aisy menapak masuk ke dalam rumah tanpa sempat memberi salam. Sebatang tubuh telah datang menerpa dan memeluknya seerat yang mungkin. Rindu Aisy pada wanita berusia ini sudah lama terpendam. Puan Alisa masih belum melafazkan sebuah kata-kata.Terlalu bersyukur kerana anak perempuannya telah selamat pulang setelah hampir lama menetap di negara orang.
"Ummi, Aisy rindu Ummi. Ummi sihat ke?"
Pelukan terlerai saat Aisy bertanyakan soalan.
"Mestilah rindu, Aisy seorang aje anak perempuan yang Ummi ada. Sudahlah Aisy tak nak balik sini langsung masa cuti," omel Puan Alisa.
"Sekarang Aisy dah ada di depan mata Ummi. Aisy janji lepas ni, Aisy tak nak pergi mana-mana lagi dah." Aisy mengangkat sebelah tangannya menandakan dia sudah berjanji dengan Ummi.
"Betul ni?" Ashfan menyampuk setelah lama mendiamkan diri sambil menyaksikan drama potong bawang itu. 'Agak-agak kalau aku pergi keluar negara macam Aisy, ada orang rindu aku tak?' Tiba-tiba perkara itu terlintas difikiran Ashfan.
"Abang ni sibuk aje lah! Bukannya Aisy bercakap dengan Abang pun!"
"Ada Abang kesah? Cepatlah, Abang dah lapar nanti nak kena masuk kerja. Kau tu dah habis belajar sekalipun perangai kau tetap macam budak-budak Aisy. Nanti Aisy terus cari kerja jangan jadi pemalas, laki kau pun dah bekerja. Kau bila lagi?"
'Alamak! Aku terlepas cakap ke tadi?' Ashfan menepuk dahinya terlupa sebaik saja melihat riak wajah Aisy berubah.
"Ummi, jom lah tadi Abang kata dah lapar sangat kan?" Aisy cuba berpura-pura tak dengar dengan kata Abangnya tadi. Sakitnya hati, sudah tiada hal lain ke selain tentang suami?
Ummi sudah melangkah meninggalkan mereka berdua.
"Janganlah marah, Abang bergurau aje." Ashfan berbisik perlahan pada telinga Aisy. Dia sudah pasti dapat meneka bahawa Aisy akan bermasam muka jika tersentuh sedikit soal suami.
"Tak apalah, Aisy faham. Abang Ash pun memang suka sakitkan hati Aisy kan?"
"Tak, Abang tak ada niat pun. Abang bergurau aje jangan marah nanti cepat tua, sorry tau." Bukan senang nak pujuk Aisy jika dia dah merajuk. Terpaksa dipujuk berkali-kali sehinggalah Aisy berasa jemu.
"Iyalah, Aisy maafkan. Lily mana? Dah lama dah nampak dia." Aisy menukar topik perbualannya.
"Lily? Abang dah campak dia kat luar, suka sangat berak merata-rata padan muka."
Aisy mengetap bibirnya. Sesuka hati saja menuduh kucingnya berak merata-rata. 'Apa dia ingat aku tak pernah ajar kucing aku ke? Kucing akulah yang paling berdisiplin setakat ini,' getus hati Aisy.
"Tengok tu merajuk lagi, Abang gurau sikit merajuk. Dasar hati tisu betul. Dah jom makan, kesian dia dah lama tak balik Malaysia kan? Mesti lapar masakkan kampung, kau nak Abang suapkan ke atau kau nak suap sendiri." Ashfan menarik lengan Aisy hingga masuk ke dapur dan Aisy hanya menurut tanpa membantah.
"Alahai Abang Ash, ingat sweet ke? Kucing Aisy mana?" Masih tak berpuas hati selagi tidak tahu dimana kedudukan kucing kesayangannya.
"Ada aje lah dalam sangkar tu, tak ada siapa pun nak curi bukan comel pun," kutuk Ashfan.
"Tak baik mengutuk ciptaan Tuhan."
Ashfan mendiamkan dirinya, terbit di wajah rasa bersalah kerana mengutuk kucing Aisy. 'Tau pun takut, kalaulah Wafiy ni sweet macam Abang Ash kan bagus. Walaupun menyakitkan hati tapi dia baik,' keluh Aisy dalam hatinya. Apalah khabar suaminya sekarang?
✿✿✿✿✿
YOU ARE READING
Indahkah Cinta?
RomanceSiapa sangka kehidupan selepas berkahwin akan indah belaka. Ditambah pula jika di hati masing-masing belum tertanamnya sebuah kepercayaan. Begitulah kisah antara AISY ARIANA dan WAFIY AFWAN. Setelah bersatu ada pula kata-kata fitnah yang membuatka...