2 bulan kemudian...
"Abang, boleh tak Aisy nak tanya satu perkara?" soal Aisy. Sejak mereka berdua sudah berbaik. Kemana-mana sahaja Wafiy pergi Aisy mahu mengikuti. Tak boleh berenggang langsung.
"Tanyalah apa-apa pun."
"Kenapa abang tak jadi kahwin dengan Adelia? Bukan ke abang dah plan nak kahwin dalam masa yang terdekat?"
"Nak tahu sebab apa?"
"Naklah, kalau tak Aisy takkan tanyalah. Cakaplah sebab apa? Ke... abang memang sengaja nak batalkan sebab nak berbaik dengan Aisy kan?"
"Jawapan Aisy kurang tepat. Sebenarnya ada satu hari ini, abang keluar makan malam tiba-tiba abang nampak ada seorang perempuan ni. Nak tahu siapa? Perempuan ni dia tengah mabuk dengan seorang lelaki kebetulan lelaki itu nak bawak dia masuk hotel. Rasanya Aisy boleh teka kan siapa perempuan tu?"
"Adelia ke?"
Wafiy hanya membalas dengan anggukkan.
"Macam mustahil aje, Adelia tu baik kut."
"Baik Aisy kata? Aisy tau tak disebabkan dialah kita bergaduh sampai ke sudah. Abang dah lama geram dengan Adelia tu sebenarnya. Sekarang ni dia akan kahwin dengan lelaki yang dah angkut dia tu. Jujur abang rasa menyesal sangat nak ambil dia sebagai isteri kedua." Wafiy membuat mimik muka menyampah.
"Okey Aisy ada soalan lagi, macam mana Abang boleh terima Luke sebagai kawan Aisy? Bukan ke abang kaki cemburu."
"Abang call Mak Da. Dia memang kata yang Luke tu kawan rapat dengan Aisy. Abang pun dah berhubung dengan Luke. Dia cakap Aisy seorang perempuan yang baik, walaupun sudah bergelar isteri orang tapi masih tahu jaga diri." Wafiy tersenyum memandang isterinya. Makin hari makin tambah sayang.
"Bila Aisy ingat balik perkara ni, sumpah Aisy rasa menyesal sangat-sangat. Kan bagus kalau kita dapat undurkan masa kembali."
"Jangan diingat perkara lama. Janji kita berdua dah bahagia sekarang."
Tiba-tiba terdengar suara seorang perempuan yang berdehem.
"Amboi, sweet nampak taulah dah bahagia kan? Alhamdullilah kau orang berdua akhirnya bersatu juga. Jangan gaduh-gaduh lagi tau. Aku tumbuk kang."
"Qhaira, kau bila nak kahwin. Aku ni sampai dah nak ada anak sorang kau tak kahwin lagi."
"Anak, kau mengandung ke Aisy?" soal Qhaira terkejut. Bukan Qhaira saja yang terkejut malah suaminya juga.
Aisy hanya mengganguk sebagai tanda iya.
"Kenapa tak beritahu abang? Ya Allah, syukur alhamdullilah." Jelas terpancar kegembiraan pada wajah Wafiy.
"Malulah, sebab tu Aisy tunggu masa yang sesuai."
"Yeay, aku dah nak mak cik! Rasa tak sabar pula aku nak kahwin. Jodoh... tolonglah datang dan kahwini aku."
"Jodoh awak dekat sini." Ashfan datang lalu menghampiri Qhaira.
"Abang, nampaknya tak lama lagi kita bakal makan nasi minyaklah kan?"
"Nampak gayanya macam tulah. Ini kalaulah family kita tau dua berita gembira ini mesti lagi best kan?" Aisy hanya menganggukkan sebagai tanda iya dengan kata-kata Wafiy.
"Abang Ash, jaga Qhaira baik-baik. Jangan jadi macam kitaorang dulu. Huru-hara karang." Sempat Aisy berpesan.
"Ini abang Ash, takkan sesekali mensia-siakan perempuan yang dia sayang." Sesungguhnya Ashfan sangat bahagia melihat kebahagiaan adiknya sekarang setelah derita yang dilalui selama ini.
"Qhaira, jomlah masuk. Tak apa jangan cemburu dengan pasangan tu. Nanti giliran kita pulak tau." Ashfan mengusik Qhaira sambil tersenyum nakal.
Bibir Qhaira masih tak lekang dengan senyuman. Bahagia sangat saat ini.
Ashfan dan Qhaira berlalu pergi masuk ke dalam rumah. Dengar kata makanan semua sudah siap dihidangkan cuma tunggu Qhaira datang.
"Dalam pandai simpan rahsia ya? Dah berapa usia kandungan tu?" soal Wafiy. Siapa saja tak gembira tak lama lagi bakal bergelar sebagai seorang bapa.
"Tiga minggu. Ala baru aje, Aisy pun sebenarnya tak sedar tup-tup dalam perut ni dah ada isi." Aisy ketawa kecil sambil memegang perutnya.
"Seronoknya dah nak jadi papa ni, tak lama lagi semua orang naik pangkat. Abang dengan Aisy jadi mama dan papa. Ada yang jadi nenek, atok, opah, pak cik yang paling penting mak cik tak lama lagi." Wafiy memaksudkan bahawa mak cik itu adalah Qhaira.
"Dulu Aisy ingat kahwin muda ni takkan kekal ditambah pula dengan situasi kita dulu. Aisy makin yakin yang perkahwinan hanya tunggu masa untuk..." belum sempat Aisy menghabiskan kata-katanya Wafiy sudah mencelah.
"Jangan macam tu lagi. Tak nak dengarlah benda dah lepas kut."
"Iyalah, Aisy harap sangat kita akan kekal buat selama-lamanya ditambah pula dengan kehadiran anak kita ni nanti. Aisy tak nak anak kita jadi mangsa andai kata kita berdua berpisah."
"Abang pun harap begitu juga. Dahlah tu jangan difikirkan sangat. Jom masuk baby mesti dah lapar kan? Abang dah tak sabar nak beritahu berita gembira ini." Lengan Aisy dipegang erat dan dibawa masuk ke dalam rumah. Makan besar katanya, dah lama mereka tak berkumpul beramai seperti itu.
Bukan mudah untuk mengecapi bahagia andai dua hati masih belum terwujudnya kepercayaan sesama sendiri. Belajar mempercayai akhirnya kita akan dapat merasai kemanisan sebuah kebahagiaan itu.
p/s: percaya sangat pun tak boleh jugak. Kadang-kadang kena berjaga-jaga jugak hehe ;)
~TAMAT~
YOU ARE READING
Indahkah Cinta?
RomanceSiapa sangka kehidupan selepas berkahwin akan indah belaka. Ditambah pula jika di hati masing-masing belum tertanamnya sebuah kepercayaan. Begitulah kisah antara AISY ARIANA dan WAFIY AFWAN. Setelah bersatu ada pula kata-kata fitnah yang membuatka...