BAB 45

6.7K 127 2
                                    

"Assalamualaikum." Puan Alisa bergegas untuk membuka pintu. Suara yang memberi salam itu cukup dikenalinya. Ternyata tepat tekaannya bahawa Qhaira yang memberi salam. Sudah lama Puan Alisa tak bertemu dengan Qhaira. Sejak Qhaira sambung belajar di negara orang lagi.

"Walaikumussalam, rindunya dengan kamu. Qhaira nampak macam dah berubah ya."

"Berubah apanya mak cik. Macam nilah saya, tetap sama macam dulu. Mak cik, Aisy dah balik ke belum? Dah lama saya tak jumpa dia. Apa khabar dia sekarang?"

"Aisy dah balik cuma..." Puan Alisa tertunduk memandang lantai. Tak tahu bagaimana untuk meluahkan. Saat ini dia berasa cukup simpati dengan kejadian yang menimpa anaknya.

"Cuma apa?" Qhaira mengerutkan dahinya. 'Takkanlah, masih ada masalah dengan Wafiy lagi?'

"Jemputlah masuk nanti mak cik ceritakan." Puan Alisa mempelawa Qhaira masuk ke dalam.

"Terima kasih mak cik."

××××××

"Aisy, kau okey ke tak? Ni aku Qhaira, ingat aku lagi tak?" Qhaira mengetuk pintu bilik Aisy perlahan. Menurut kata Puan Alisa yang Aisy sudah berkurung di dalam bilik selama seminggu. Perkara yang paling tak boleh diterima oleh Qhaira adalah perkahwinan Wafiy dan Adelia. Macam dah tak perempuan lain nak ambil sebagai isteri, Adelia juga jadi pilihan.

"Aku nak bersendirian. Tolonglah pergi." Terdengar suara Aisy merespon semula jawapan.

"Aisy kau jangan berkurung macam ni. Kau tak kasihan ke pada umi, abang dan abah kau yang terlalu risaukan keadaan kau. Tolonglah, Aisy jangan disebabkan lelaki tu kau jadi macam ni. Aisy yang aku kenal dia takkan mudah mengalah," pujuk Qhaira dengan nada suara yang agak lembut.

"Kau tak ada dekat tempat aku Qhai, hati aku terlalu sakit, sakit sangat-sangat disebabkan Wafiy. Dia lelaki pertama yang aku percaya dan aku sayang selepas abah dan abang. Dia lelaki pertama yang telah berjaya curi hati aku. Aku sangkakan selama empat tahun aku tinggalkan dia, aku dah boleh lupakan dia tapi tetap tak boleh." Terdengar esakan kecil dari dalam bilik. Tentu Aisy sedang menangis.

"Aisy, kalau dia boleh cari yang lain. Kau pun boleh cari lain, biarkanlah dia! Andai dia selalu sakitkan hati kau akan ada yang hadir untuk ubatinya. Aisy, kau meratap menangis macam ni ada Wafiy ambil peduli kau ke? Selama 4 tahun kau dekat sana dia pernah tanya khabar kau? Bila kau balik sini apa yang dia buat, dia nak duakan kau ada la bukannya nak menyelesaikan masalah tapi menambah masalah."

"Cukup Qhai, aku nak bersendirian. Tolonglah fahami aku." Suara Aisy sudah cukup untuk Qhaira faham yang dia masih menangis.

✿✿✿✿✿

Indahkah Cinta?Where stories live. Discover now