"Assalamualaikum, Adelia."
"Walaikumussalam, Wafiy kenapa call ni?" Pelik tak ada apa-apa hal penting tiba-tiba telefon.
"Aku nak kau jadi isteri aku." Wafiy membalas spontan. Jantung Adelia segera berdegup kencang. Bagaikan tak percaya yang akhirnya Wafiy akan menjadi suaminya.
"Wafiy, seriuslah? Awak nak jadikan saya sebagai isteri, habistu Aisy macam mana? Dia okey ke tak?" soal Adelia dengan penuh keterujaan. Siapa saja yang tak gembira apabila lelaki yang selama ini dia impikan bakal menjadi miliknya selamanya.
"Aisy tak peduli pun dia lagi suka kalau aku kahwin lain."
"Biar betul Aisy tak peduli? Okey, bila kita nak bincangkan soal kahwin ni?"
"Esok, lagi cepat lagi bagus. Kemudian, hujung minggu ni mama dengan papa aku akan datang rumah kau. Kita berbincang perkara ni. Itu aje aku nak cakap, selamat malam Adelia." Wafiy segera mematikan panggilan.
"Dia ni dah fikir masak-masak ke nak kahwin dengan aku? Entah-entah sebab dia bergaduh dengan bini dia lepastu dia buat keputusan terburu-buru. Kalaulah betul Aisy tu bagi Wafiy kahwin lain, terima kasih sangat-sangat. Tak sia-sia kerja aku yang dulu nak pisahkan kau dengan Wafiy. Yeay, aku dah nak kahwin!"
××××××
Aisy memandang ke arah Wafiy yang sedang bersiap-siap untuk pergi ke kerja. "Abang, tidur dekat mana semalam?" soal Aisy kerana semalaman dia langsung tak nampak suaminya.
"Rumah kawan."
"Abang, lelaki yang..." belum sempat Aisy menghabiskan kata-kata Wafiy segera memintas.
"Abang tak nak dengar sebab abang dah tahu apa yang bakal keluar dari mulut Aisy. Aisy nak cakap yang lelaki tu sebenarnya kawan kan? Aisy ingat abang ni bodoh sangat ke sampai tak tau apa-apa, kawan Aisy tu pernah simpan perasaan pada Aisy kan? Kawan konon, Aisy dengar ni abang dah lamar Adelia. Hujung minggu ni kami akan berbincang soal kahwin. Lagi satu, sampai bila-bila abang takkan ceraikan Aisy."
"Abang! Boleh tak jangan menuduh, dia tak pernah pun simpan perasaan pada Aisy. Aisy anggap dia tak lebih dari seorang kawan. Iya, Aisy akui dia memang baik tapi dia belum cukup layak untuk tawan hati Aisy sebab hati Aisy masih mencintai suami Aisy."
"Cintakan abang? Semua tu dah terlambat, kalau Aisy anggap abang sebagai suami. Aisy takkan layan Abang macam ni. Pernah Aisy terfikir tak, sebab apa abang tak nak kahwin dengan Adelia sebelum ni? Sebab abang percaya yang Aisy takkan berkawan dengan mana-mana lelaki lain dan curang belakang abang, tapi sekarang abang betul-betul kecewa sebab abang setia pada perempuan macam Aisy."
"Abang, Aisy tak curang lelaki tu cuma kawan Aisy! Aisy dah lama maafkan Abang, tapi sebab ego Aisy. Aisy layan abang macam tu."
"Cukup, apa-apa pun yang terjadi. Abang tetap memperisterikan Adelia. Tak ada sesiapa yang boleh halang abang." Wafiy segera mengambil kunci keretanya dan beredar dari situ. Hatinya benar-benar sakit dengan kelakuan Aisy.
Air mata Aisy tak dapat dibendung lagi. 'Ya Allah, apa yang aku perlu buat supaya dia percaya cakap aku? Aku langsung tak pernah menduakan dia. Aku tak sanggup bermadu, apatah lagi bermadu dengan Adelia.'
✿✿✿✿✿
YOU ARE READING
Indahkah Cinta?
RomanceSiapa sangka kehidupan selepas berkahwin akan indah belaka. Ditambah pula jika di hati masing-masing belum tertanamnya sebuah kepercayaan. Begitulah kisah antara AISY ARIANA dan WAFIY AFWAN. Setelah bersatu ada pula kata-kata fitnah yang membuatka...