BAB 17

5K 157 5
                                    

"Ini ke bakal menantu Mama tu? Ya Allah cantiknya," puji Puan Herlina sambil menatap wajah Aisy. Tak sangka pandai juga anak bujangnya memilih pasangan hidup.

Aisy yang terdengar pujian dari bakal mak mertua hanya tersenyum simpul. Kembang setaman hati ni.

"Apa hajat datang ke mari ni?" soal Encik Yusuf mesra baru datang dan duduk bersila berhadapan mereka.

"Kami ni datang dengan hajat yang besar iaitu menyunting kumbang ditaman ehh, bukan..bukan kami ingin menyunting bunga ditaman." tiba-tiba lidah Encik Ikhwan tersasul pulak. Buat malu aje. Mereka semua tertawa besar.

"Kalau niat ingin menyunting bunga kami, kami perlu meminta izin tuan punya badan dulu. Mana boleh main redah je ye tak?" Encik Yusuf menjongketkan sebelah keningnya berkali-kali.

"Baiklah kami beri masa" balas Encik Ikhwan. Mata Wafiy melirik pada Aisy.

"Aisy setuju ke kalau lelaki tu jadi suami Aisy? macam yang Abah cakap hari tu, Abah tak ada halangan semuanya terpulang pada keputusan Aisy sendiri" bisik Encik Yusuf di telinga Aisy.

"Aisy... setuju Abah" teragak-agak Aisy ingin membalas.

"Betul ni? Aisy takkan menyesal kan?" Encik Yusuf cuba menyakinkan jawapan daripada anaknya sendiri. Kahwin ini bukan permainan jadi kena fikirkan sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan.

Hati Aisy berdegup kencang dengan soalan yang ditujukan oleh Abahnya. Perlahan-lahan Aisy menghembuskan nafasnya kali ini dia nekad dengan keputusannya.

"Aisy setuju" balas Aisy cuba mengukirkan senyuman paling manis.

"Baiklah kalau itu keputusan Aisy, Abah terima aje lah" ujar Encik Yusuf. Kepala Encik Yusuf ditoleh kehadapan memandang rombongan meminang dari keluarga Wafiy.

"Setelah berbincang dengan tuan punya badan, kami dengan berat hatinya..." Encik Yusuf sengaja memberi suspen.

"Berat hatinya untuk??" soal Puan Herlina.

"Berat hatinya untuk melepaskan anak bongsu kami, tapi tak apalah dah memang sampai masanya untuk anak kami berumah tangga." luah Encik Yusuf.

Encik Ikhwan tersenyum kemudian memandang anaknya yang berada dibelakang bersama Puan Herlina.

"Maknanya semua dah setuju lah ni?" soal Encik Ikhwan.

"Setuju" balas Encik Yusuf.

"Alhamdullilah sekarang ni bolehlah kita sarungkan cincin pertunangan kan? sebelum tu kita kena bincangkan tarikh untuk melangsungkan majlis akad nikahnya dulu" ujar Encik Ikhwan.

Tiba-tiba ada tangan menyentuh bahu Aisy. Terkejut Aisy sehingga mematikan lamunan panjangnya.

"Sayang termenung apa tu?" soal Wafiy lalu duduk bersebelahan Aisy.

"Teringatkan masa keluarga Abang masuk meminang Aisy dulu." sengih Aisy.

"Kenapa nak teringatkan pulak?" hairan Wafiy. Tangan Wafiy membelai rambut mengurai Aisy.

"Saja suka-suka, salah ke?" tanya Aisy.

"Tak salah pun, saja nak tanya. Sayang petang ni jom keluar nak tak?" Wafiy masih leka membelai rambut mengurai itu.

"Keluar pergi mana?" tanya Aisy.

"Pergi jalan-jalan ke shopping ke atau apa-apa sajalah janji kita happy, nak tak?." Wafiy menjongketkan sebelah keningnya.

"Okey, tapi sorrylah Aisy tengah pokai tak ada duit" balas Aisy.

"Nak minta Abang belanja la tu," Wafiy mencuit hidung Aisy.

"Apa salahnya sekali sekala kan?"

"Memang tak salah, tapi janji petang ni bersiap lawa-lawa pastu comel-comel sikit barulah Abang terbuka hati nak belanja." Wafiy tersenyum sinis.

"Aisy kalau bab orang nak belanja ni memang Aisy cepat aje, luas tapak tangan gurun sahara Aisy tadahkan" kata Aisy.

"Tapikan sayang, gurun sahara tu hangatlah." tokok Wafiy.

"Sehangat cinta kita, chia..." kata-kata manis Aisy menyebabkan Wafiy ketawa terbahak-bahak.

"Dah lah tak payah nak gelak, menyampah Aisy tengok!" Aisy mencebik bibirnya geram. Niatnya cuma ingin bergurau maklumlah dia mana pandai dalam berkata-kata manis ni. Selalunya lelaki aje yang power kalau bab ni.

"Sayang nampak comel lah kalau merajuk, okeylah Abang bergurau aje. Janji ye petang ni jangan nak tidur-tidur pulak. Kang Abang angkat buang dalam kolam depan ni nak?" ugut Wafiy.

"Berani nak humban bini sendiri dalam kolam, nanti Aisy adakan perang baru Abang tau." Aisy menjeling geram.

"Iyalah garangnya isteri Abang ni, geram pulak tengok."

"Eii gatal, penumbuk nak?" jeling Aisy lagi. Wafiy hanya tersenyum kerana geli hati dengan isterinya. Aisy sudah malas untuk ambil peduli lalu mendiamkan diri.

"Cantik bunga yang Mama tanam ni" puji Aisy, bunga-bungaan ditanam bersebelahan pondok itu Aisy perhatikan.

"Cantikkan bunga ni macam Mama Abang dan macam isteri Abang jugak kan?"

"Kalau Mama cantik Aisy percaya, tapi kalau bab isteri Abang yang cantik tu, Aisy tak percaya."

"Apasal pulak tak nak percaya?" dahi Wafiy berkerut.

"Sebab Aisy ni bukan ada mix apa-apa macam saudara Abang." Aisy memuncungkan bibirnya.

"Aisy kecantikkan ni bukan datang dari mix tau, tapi datang daripada hati. Kalau hati Aisy cantik mesti sikap Aisy pun cantik. Biarlah sepupu Abang nak kata Aisy tak cantik sekalipun. Abang akan tetap pilih Aisy" ujar Wafiy.

"Dah lah Bang jom masuk dalam rumah" ajak Aisy dengan mengabaikan kata-kata Wafiy tadi.

"Apa pulak masuk dalam, jom lah mandi sama-sama dulu dalam kolam ni. Nanti sekejap Sayang pandai berenang tak?"

"Err, apa pulak tak pandai mestilah pandai." balas Aisy.

"Kalau macam tu jom mandi." Wafiy tersenyum nakal.

"Tak naklah." tolak Aisy.

"Mandi atau ciuman?" soal Wafiy wajahnya mulai mendekati wajah Aisy. Hingga jarak hidung Aisy dan Wafiy rapat hampir satu inci.

"Okey mandi!!!" Aisy memejamkan matanya takut. Malu kut kalau Mama atau Papa nampak. Lagi malu kalau Adik Wafiy yang nampak.

"Tau takut..." Wafiy tersenyum sinis melihat Aisy begitu takut sangat apabila dia mendekati Aisy seperti tadi.


✿✿✿✿✿

Indahkah Cinta?Where stories live. Discover now