BAB 39

5.8K 144 5
                                    

"Mama dah panggil tu kut, pergilah buka pintu cepat. Kenapa tercengang macam ni pulak?" Aisy pula menjadi hairan apabila melihat suaminya terkedu sedemikian rupa. Takut sangatkah dengan Mama sehingga kaki tak mampu melangkah untuk membuka pintu.

"Hah? Sekejaplah aku nak bangun ni." Wafiy bangun dari duduknya tadi lalu membuka pintu perlahan-lahan sehingga menampakkan wajah Mama kelihatan benar-benar risau.

"Wafiy kenapa duduk dalam bilik lagi ni? Bukan tadi mama suruh Wafiy beli ais ke, mana ais yang mama minta tu?"

"Err mama, Adelia yang pergi beli. Bukan Wafiy...."

"Adell yang beli? Habis tu kenapa Wafiy pulak duduk dalam bilik mengalahkan anak dara berkurung ni? Majlis dah nak bermula ni. Lagi satu, ada nampak Aisy tak? Ummi kata, Aisy ikut sekali tapi kenapa tak nampak batang hidung dia pun." Puan Herlina masih ternanti-nantikan kelibat menantu kesayangannya.

"Sebenarnya, Aisy ada dalam bilik Wafiy ni mama." Wafiy berterus terang.

"Hah! Dalam bilik kamu rupanya? Wafiy boleh tak bawak bersabar, mama tau kamu terlalu rindukan Aisy tapi jangan waktu macam kamu ajak Aisy masuk dalam bilik. Nanti apa pulak orang kata," omel Mama yang tak tahu apa puncanya.

"Ma... mama jangan macam ni mama. Wafiy angkat dia masuk dalam bilik sebab kaki dia terseliuh mama. Wafiy tak buat apa-apa pun lagi dekat isteri Wafiy tu mama. Mama jangan salah faham."

"Iya ke? Kenapa tak beritahu mama awal-awal. Aisy terseliuh dekat mana?"

"Dekat depan pintu tadi mama. Wafiy terlanggar dia lepastu badan Wafiy terhempap dekat badan dia. Kesian patah riuk tulang Aisy dibuatnya mama." Wafiy sengaja mereka-reka cerita.

"Apa!" Mama segera menolak pintu membuatkan tubuh Wafiy terdorong ke belakang. Puan Herlina segera mendekati menantunya. Risau sungguh nampaknya.

Aisy terkejut dengan tindakan mama merempuh pintu. Apa agaknya yang Wafiy katakan sehinggan Puan Herlina tampak benar-benar risau akan dirinya.

"Aisy, betul ke Wafiy hempap badan Aisy tadi?"

"Mana ada mama, Wafiy kelentong aje tu. Aisy okey aje lah. Kaki Aisy ni aje sakit sikit, tak boleh nak berjalan."

'Kurang asam punya anak aku. Kenapalah aku boleh percaya bulat-bulat kata anak aku tu tadi.' monolog hati Puan Herlina.

"Kalau macam tu, Aisy berehat dalam bilik ya. Wafiy, kamu turun bawah sekarang. Majlis dah nak bermula tau. Nanti lambat turun orang fikir bukan-bukan pula. Terkejut mama bila tau, Aisy ada di dalam. Mama tau kamu berdua dah lama tak berjumpa tapi tolonglah bawa bersabar sikit ya. Sekarang orang tengah ramai, tak payah nak berasmara dalam bilik pulak ya."

"Mama, ni jauh sangat fikir tu. Iya Wafiy tau, mama dah tak sabar nak dapat cucu tapi... nantilah dulu. Aisy pun belum sedia lagi nak jadi ibu kan Aisy?"

"Iya mama, lambat lagi Aisy nak jadi ibu." Aisy memaksa diri mengukirkan senyuman manis. Tak guna kau Wafiy! Kau saja gunakan aku ya.

"Ada-ada aje kamu berdua ni. Wafiy jom turun, Adell tu mama tengok macam dah tak sabar sangat nak potong kek tu." Untuk kali keberapa Puan Herlina mengingati semula.

"Iya mama, jom sekarang turun. Sayang... nah ambik minyak angin ni. Urut ya, jangan tak urut nanti kaki yang terseliuh tu jadi bengkak. Siapa nak dukung awak nanti? Awak tu dah lah berat. Makan banyak sangat ke luar negara tu dulu sampai balik ke Malaysia badan terus gemuk." Sempat Wafiy mengutuk fizikal tubuh Aisy. Memang diakui Aisy sedikit berisi berbanding dahulu.

Orang kata kalau badan berisi tandanya mereka sedang bahagia. Adakah Aisy bahagia di sana walaupun tanpa Wafiy di sisinya dahulu?

Aisy mengetap bibir kegeraman. Dia masih menanti agar Wafiy segera keluar dari bilik itu, walaupun dia sedar bilik ini adalah bilik tidur Wafiy.

"Wafiy, berhentilah menyakat Aisy tu. Duduk elok-elok ya Sayang."

"Baik mama," balas Aisy. Mama kelihatan mengatur langkah keluar daripada bilik itu.

Akan tetapi Wafiy masih belum berganjak daripada tempatnya berdiri. Renungan Wafiy berikan untuk Aisy. 'Kalau iya pun rindu aku janganlah pandang sampai macam tu sekali, seram tau tak!' gumam hati Aisy.

"Kenapa pandang aku macam tu?"

"Aku nak minta maaf sebab pernah buang kau dalam hidup aku. Aku nak minta maaf sebab tak jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang suami dahulu. Aku rasa berdosa sangat. Kepergian kau ke luar negara telah berjaya meruntuhkan ego aku sikit demi sedikit. Aku silap, aku fikir selepas kau pergi hati aku akan tenang tapi tak! Aku rasa lebih menyesal dari apa yang pernah aku cakap dulu. Aisy, aku sayangkan kau. Tolong maafkan aku. Kita mulakan hidup kita yang baru okey?" luah Wafiy membuatkan Aisy menjadi terkedu.

Fikir mudahkah untuk dia melupakan Wafiy hampir empat tahun. 'Aku ingatkan lepas balik ke sini, semua perkara akan selesai tapi aku salah. Wafiy masih mahukan aku!'

"Wafiy! Berapa kali mama nak cakap turun bawah sekarang!" Suara Mama yang kuat membuatkan mereka berdua tersentak. Ikutkan rasa hati mahu saja perkara tentang rumah tangga ini dibincang sekarang tetapi majlis yang sedang berlangsung pula menjadi penghalang.

"Malam ni tidur dalam bilik aku. Kita bincang malam ni faham?" ujar Wafiy kemudian keluar dari biliknya.

'Kau fikir semudah itu untuk aku terima kau. Kau fikir semudah itukah untuk aku melupakan kau. Anggapan aku silap, aku fikir selepas ini bolehlah aku hidup bebas tapi aku salah. Kau masih mahukan aku.'

✿✿✿✿✿

Indahkah Cinta?Where stories live. Discover now