"Sayang lepas ni kita mungkin dah jarang berdua macam ni tau" ujar Wafiy. Badannya direbahkan diatas katil bersebelahan Aisy.
"Kenapa pulak?" soal Aisy hairan.
"Iyalah rasanya cuti sem pun dah nak habis kan? lepas tu kita nak kena fokus dengan exam" kata Wafiy matanya memandang siling bilik.
"Biasalah kita ni kan masing-masing tengah belajar jadi bila dah nak dekat exam ni kena lah usaha lebih lagi." balas Aisy, dia faham keadaan sekarang.
"Jadi tak salahlah kalau kita nak honeymoon puas-puas sekarang ni?" Wafiy tersenyum nakal memandang Aisy.
"Tengoklah dulu, kalau ada mood lagi" balas Aisy.
"Mood apa pulak Sayang ni?" soal Wafiy.
"Entahlah mood apa yang Aisy cari pun, Aisy sendiri tak tahu. Tapi Aisy ada soalan cepumas untuk Abang."
"Soalan cepumas apa pulak ni?" Wafiy bangun dari pembaringan lalu duduk bersila menghadap Aisy.
"Adelia tu kawan Abang kan? jadi sejak bila Abang berkawan dengan dia?" tanya Aisy sambil mengerdipkan matanya berkali-kali.
"Kenapa tiba-tiba tanya soalan tu? cemburu erk?" duga Wafiy.
"Bukan cemburu cuma nak tahu, salah ke seorang isteri ingin tahu kawan perempuan suaminya sendiri?" balas Aisy.
"Iya ke ni? okeylah Adelia tu kawan Abang sejak dari tadika enam tahun sampailah sekarang?" terang Wafiy.
"Abang pernah sukakan dia tak?" tanya Aisy lagi. Memang nak korek rahsia habis-habisan ni.
"Suka? sebenarnya Abang pernah kahwin dengan dia" seloroh Wafiy sengaja ingin melihat reaksi wajah Aisy.
"Hah! Abang dah pernah kahwin dengan dia? bila? kenapa Aisy langsung tak tahu!" dahi Aisy berkerut-kerut, matanya yang bundar juga dijegilkan. Aisy sudah mengepal penumbuknya.
"Ehh janganlah mengamuk, Iya Abang pernah kahwin dengan masa umur 7 tahun. Tak silap kami main masak-masak. Adelia jadi Mak dan Abang jadi Ayah." terang Wafiy perkara yang sebenarnya.
"Abang ni kelakar ke?" Aisy masih menahan geramnya.
"Ala, nak gurau sikit je jangan marah-marah ya Sayang." pujuk Wafiy, tangan Wafiy memegang tangan milik Aisy.
"Kalau betullah Abang dah cintakan si Adelia tu dah lama Abang masuk meminang dia dan bukannya Aisy faham?" Wafiy menjongketkan sebelah keningnya.
"Iyalah Aisy faham, Aisy saja je tanya janganlah salah faham." senyum Aisy memandang Wafiy.
✿✿✿✿✿
Telefon milik Wafiy berdering berkali-kali sehingga mengejutkan Aisy dari tidurnya. Aisy membuka matanya lalu memandang kearah jam loceng yang menunjukkan pukul 6 pagi.
"Dia ni tak dengar ke telefon berbunyi? padahal telefon ada kat bawah bantal je" perlahan-lahan tangan Aisy meraba dibawah bantal Wafiy untuk mengambil telefon suaminya.
"Adelia?" nama itu meniti dibibir Aisy saat melihat skrin telefon milik suaminya.
"Pukul enam pagi call suami orang? wow penting sangat ke?" Aisy mencebikkan bibirnya geram. Gila tak cemburu kalau perempuan lain call suami sendiri.
Tiba-tiba tubuh Wafiy yang membelakanginya mengeliat seperti ingin bangun dari tidur. Telefon pintar Wafiy ditangan Aisy itu dilepaskan jatuh begitu saja kemudian dia segera merebahkan tubuhnya semula lalu berpura-pura tidur.
Wafiy bangun dari pembaringan matanya digosok berkali-kali. Matanya melirik pada Aisy yang sedang berpura-pura lena.
Untuk ke berapa kalinya perempuan bernama Adelia ini menelefon lagi. Paling menghairankan boleh pulak tiba-tiba telefon yang diletakkan dibawah bantal semalam, sekarang boleh pulak terlepas dekat isterinya. Takkan Aisy check telefon pulak?.
"Assalamulaikum Adelia, kenapa call I subuh macam ni?" soal Wafiy.
"Walaikumussalam, kenapa You lambat sangat nak angkat call I ?, I ada benda penting nak cakap ni!" marah Adelia.
"You nak apa Adelia?" tanya Wafiy malas mendengar bebelan Adelia yang menyakitkan telinga.
"I nak cakap yang Papa You sekarang ada dihospital, Papa You kemalangan." ujar Adelia.
"What! Papa I kemalangan? kenapa sekarang baru nak beritahu?" dengus Wafiy geram.
"Dah You angkat call lambat sangat! tahulah baru kahwin." Adelia mengetap bibirnya.
"Papa I sekarang macam mana?" soal Wafiy ingin tahu. Tiba-tiba talian terputus pula.
"Aduhai boleh pulak putus tiba-tiba!" Wafiy menahan geram dihati. Dengan serta-merta Wafiy bangun dari katil lalu mencapai tuala mandi dan masuk kedalam bilik mandi. Aisy dibiarkan begitu sahaja dikatil.
"Papa kemalangan tapi kenapa Adelia pulak yang tahu dulu?" Aisy mengerutkan dahinya kehairanan.
✿✿✿✿✿
vote & komen yea♡
YOU ARE READING
Indahkah Cinta?
RomanceSiapa sangka kehidupan selepas berkahwin akan indah belaka. Ditambah pula jika di hati masing-masing belum tertanamnya sebuah kepercayaan. Begitulah kisah antara AISY ARIANA dan WAFIY AFWAN. Setelah bersatu ada pula kata-kata fitnah yang membuatka...