BAB 40

6.7K 153 8
                                    

"Malam ni tinggal dekat rumah mama boleh kan? Lagipun, kaki Aisy tengah sakit." Puan Herlina terlalu berharap agar Aisy boleh bermalam di sini. Sudah lama dia tidak berbicara dengan Aisy.

"Tapi mama, Aisy...," belum sempat menghabiskan kata-katanya Wafiy telah menyelit.

"Aisy tak bawak baju lebih, sebab tu dia tak mahu bermalam di sini." Plan telah dirancang di dalam kotak fikiran Wafiy.

"Ala, setakat baju boleh aje Aisy pinjam baju mama. Badan mama, sama saiz macam Aisy aje kan. Bermalamlah dekat sini sayang, ummi Aisy pun nak bermalam di sini. Dah lama sangat mama tak bersembang dengan Aisy." Puan Herlina berharap agar Aisy termakan akan pujukkannya.

"Okey." Dalam keterpaksaan Aisy mengukirkan sebuah senyuman palsu. Hatinya sakit, Wafiy sesuka hati saja berkata tanpa memikirkan perasaannya.

"Bagus tu mama, bolehlah malam ni Wafiy nak buka meja nak berbincang dengan Aisy sekejap. Ada banyak perkara yang perlu kami bincangkan Sayang?"

Aisy senyum lantas pandangannya jatuh ke bawah. 'Kau sengajakan nak tunjuk aku ni macam banyak sangat buat masalah!'

"Bincang apa Wafiy?"

"Bincang tentang hala tuju rumah tangga kami. Adakah akan kekal ataupun..." Aisy merenung tajam suaminya.

'Aisy, jangan buat kerja gila. Takkan kau nak kecewakan keluarga aku dan kau,' monolog hati Wafiy.

"Apa Aisy, Mama tak dengar?"

"Tak ada apalah." Aisy segera meminta diri masuk ke dalam bilik.

"Wafiy, kenapa Aisy tu? Mama baru nak ajak dia bersembang." Puan Herlina memandang Aisy berjalan terjengket-jengket masuk ke dalam bilik.

"Aisy penat kut, tak apalah mama. Malam ni Wafiy pinjam Aisy sekejap. Esok mama kalau mama nak bersembang sampai berbuih mulut pun tak apa." Wafiy membuka langkah mengikuti Aisy.

"Bertuah punya budak, tapi apa yang Aisy dan Wafiy nak bincangkan tu? Biarlah hal rumah tangga jangan masuk campur."

✿✿✿✿✿

"Jadi apa perkara yang penting sangat sampai nak saya tidur dekat sini malam ni?" Aisy memeluk tubuhnya. Badannya menghala menghadap jendela yang tertutup itu.

"Aisy Ariana, pandang saya."

Aisy mendiamkan dirinya dan tidak memberikan sebarang respon. 'Nak suruh aku pandang kau? Huh, sakit hati aku masih terasa kau tau tak! Yang tahu cuma maaf sahaja.'

"Aisy, please." Aisy masih membatukan diri.

"Aisy Ariana! Jangan sampai Abang...."

"Saya apa? Perlu ke tinggikan suara macam tu? Nak malukan saya ke apa!" Aisy mula hilang sabar dengan Wafiy.

"Siapa yang tinggikan suara sekarang ni? Abang dah panggil elok-elok tapi kenapa nak buat perangai sampai macam ni?"

"Abang? Sejak bila pulak guna panggilan tu. Bukan ke kau tak sukakan aku. Kau cintakan Adelia. Sudahlah, berhenti berlakon. Aku tau kau dengan Adelia bakal bersatu kan? Lepaskan aku, semua perkara akan selesai."

"Abang tau, Abang salah. Abang nak tebus kesilapan yang lalu. Kita berdua akan mulakan kehidupan yang baru ya?" Wafiy menatap wajah isterinya. Entah bagaimana dalam masa empat tahun rindu terhadap Aisy boleh pula berada dalam hatinya. Sepanjang kepergian Aisy, dia benar-benar berasa menyesal dengan apa yang dilakukan sebelum itu.

"Mulakan kehidupan baru? No way! Aku tak boleh. Aku takkan hidup dengan lelaki yang dah pernah buang aku dalam hidup dia."

"Abang tak pernah buang Aisy. Abang tahu, Aisy masih cintakan Abang kan?" Wafiy masih berharap yang isterinya masih mencintai dia.

"Cinta? Sudahlah, semua tu dah tak ada makna. Apa gunanya, jika perkahwinan ini diteruskan tanpa rasa cinta. Aku tak cintakan kau. Kau bolehlah cari perempuan yang baik dan perempuan yang kau cinta. Aku tak nak kau buat kesilapan yang sama, pilih aku sebagai isteri tapi hati kau tak pernah ada untuk aku." Air mata mulai bertakung di kelopak mata Aisy. Dia cuba menahan air mata dari jatuh namun akhirnya tewas.

"Abang dah belajar mencintai Aisy, tolong beri Abang peluang."

"Peluang? Betul kau nak kan sebuah peluang?" soal Aisy.

"Betul, Abang sumpah takkan ulangi perkara ini lagi. Lagipun, tu zaman masa Abang masih tak matang. Maafkan Abang." Wafiy mengangkat sebelah tangannya berjanji.

"Aku akan terima semula tapi... takkan semudah tu aku nak lupakan apa yang kau pernah buat dulu. Semua tu masih lagi ada bekas lagi dalam hati."

"Alhamdullilah." Wafiy meraup wajahnya. Syukur tak terhingga, walaupun Aisy masih belum menerimanya dengan sepenuh hati, tapi dia amat bersyukur pabila Aisy memberinya sedikit peluang.

'Aku terima kau tak bermakna aku masih sayangkan kau. Aku terima kau sebab aku sayang keluarga aku. Aku tak nak ummi kecewa sebab aku berpisah dengan kau."

✿✿✿✿✿

Indahkah Cinta?Where stories live. Discover now