Untuk ke berapa kalinya Aisy menghela nafas yang panjang sehingga Qhaira hairan dengan perubahan sikap Aisy sejak akhir-akhir ini. Kalau dahulu suka tersenyum sendirian dan tawanya menghiasi wajah kini berubah menjadi suram. Aisy lebih suka menyendiri dan berdiam diri. Sepatah yang ditanya sepatah jugalah jawapan yang diberikan.
" Aisy, kau okey tak? " soal Qhaira prihatin.
Aisy tersedar dari lamunan panjangnya lantas dia mengosok matanya yang hampir menakungkan air mata.
" Aku okey "
" Kalau kau okey kenapa kau sedih macam ni? Wafiy ada sakitkan hati kau ke? "
" Tak adalah, kami berdua okey aje lah takkan baru kahwin nak bergaduh kan, " Aisy cuba mengukirkan senyuman bagi menyembunyikan kesedihannya.
" Aisy kalau ada apa-apa masalah luahkan aje kat aku, mana tau boleh kurangkan beban masalah dalam diri kau. " Tangan Qhaira menyentuh bahu Aisy.
" Aku tak ada apa-apa masalah percayalah " balas Aisy lagi.
" Iya lah Aisy, aku nak keluar sekejap nak beli makanan. Kalau nak apa-apa call aku okey? "
Aisy mengangguk faham. " Aisy kadang-kadang ada masalah yang perlu kita pendam dan kadang-kadang ada masalah yang perlu kita luahkan. Kalau kau perlukan peneman untuk luahkan masalah kau insyallah aku boleh jadi. " kata Qhaira sebelum keluar dari dalam bilik itu.
" Qhaira, takkanlah aku nak ceritakan masalah rumah tangga aku dekat orang lain." monolog Aisy dalam hatinya.
✿✿✿✿✿
Beg galas diangkat lalu digalas dibelakang. Dia sudah terbiasa dari dulu dengan mengalas beg dari membawa beg tangan ke kelas. Aisy bukan seperti Qhaira atau gadis-gadis yang berada kelas itu. Kalau boleh bergaya ikut kemampuan tak mahu berlebihan.
" Aisy awalnya kau keluar hari ni?" tegur Qhaira setelah melihat Aisy sudah bersiap-siap.
" Kalau aku duduk dalam ni pun bukan ada apa-apa pun kan, lagipun pagi ni aku ada kelas. Aku tak ada mood lah." Balas Aisy.
" Ouh okey, tapi sebelum tu aku nak beritahu kau ni fasal Wafiy suami kau. Semalam sebelum aku tidur dia ada call aku tanya kau sihat ke tak lepastu macam biasalah jawapan aku kan sihat jer, tapi dia ada satu permintaan kat kau..."
" Permintaan apa?" Aisy mengherotkan sebelah keningnya.
" Dia kata dia nak jumpa kau kat Kafe pagi ni jugaklah kut. Ala kau pergi je nanti." Sengih Qhaira.
" Malaslah aku, nanti kau call dia balik cakap aku sibuk. Bye Asslamualaikum." Aisy menolak daun pintu lalu keluar meninggalkan Qhaira yang tercengang dengan kata-kata Aisy tadi.
" Aisy kau biar betul? kau marahkan suami kau ke?" dahi Qhaira mengherot hairan.
" Dah lah sakitkan hati aku lepas tu tak call aku pulak tu, hari ni minta aku jumpa dia sendiri. Apa masalah kau Wafiy? kau dah bencikan aku sangat ke? dulu lepas nikah macam-macam ayat manis keluar dari mulut kau sekarang semua habis hilang!" bentak hati Aisy langkah yang tadi laju kini perlahan-lahan terhenti.
Sepasang matanya mula mengeluarkan cecair jernih. Dia mencuba untuk menyeka air mata tapi tak terdaya. Aisy segera mengesat sisa air mata yang gugur lalu meneruskan langkahnya. Takut pula kalau orang lain melihat pasti mereka akan berkata yang bukan-bukan.
✿✿✿✿✿
YOU ARE READING
Indahkah Cinta?
RomanceSiapa sangka kehidupan selepas berkahwin akan indah belaka. Ditambah pula jika di hati masing-masing belum tertanamnya sebuah kepercayaan. Begitulah kisah antara AISY ARIANA dan WAFIY AFWAN. Setelah bersatu ada pula kata-kata fitnah yang membuatka...