'Oh rindu rindu rindu rindu
Sejuta kali rindu
Hanya diri kamu yang selalu aku rindu
Setiap masa pun kamu dalam kalbuku
Sayang, ku kan setia
Akan ku pastikan kamu bahagia
Takkan ku biarkan kamu menderita
Tanpa rasa cinta'Petikan demi petikan gitar diiringi dengan suara merdu dari dalam bilik tidur, Aisy dengari telah menarik perhatiannya. Daun pintu bilik yang tidak berkunci dikuak sedikit. Dari situ Aisy dapat melihat suaminya sedang leka memetik gitar.
"Sedap jugak suara suami aku ni kan, ingatkan muka korea tak pandai menyanyi lagu melayu ni. Tapikan dia ni bukan orang korea pun hisy! apa aku merapu ni!" Aisy menepuk dahinya.
'Sayang ku kan mencinta
Lebih dari apa kau dapat darinya
Ku janji kaukan pasti rasa sempurna
Tinggalkan lah dia
Ayuh~
Tinggalkan lah dia'Kaki Aisy segera menapak masuk melihat suaminya. Memang hebatlah dia main gitar main tukar-tukar kod gitu. Pernah jugaklah Aisy teringin mahu belajar main gitar akhirnya dia mengalah atas sebabnya, Abang Ashfan mengajarnya secara tak ikhlas dan suka membebel. Sampai ke sudah tak pandai main gitar tapi Aisy kalau bab menyanyi mungkin takkan kalah.
"Abang... menyanyi lagu apa tu?" tegur Aisy sambil berpeluk tubuh.
"Adalah... nak tahu cari sendiri, kenapa tergoda ke dengan suara Abang?" Wafiy mengerakkan sebelah keningnya.
"Eii tak ada maknanya, tadi Mama ada ajak makan malam lepastu nak naik atas suruh panggil Abang tapi terdengar Abang menyanyi boleh tahan jugak kan. Pandai Abang main gitar" puji Aisy matanya melirik pada gitar yang Wafiy pegang.
"Tengoklah siapa? ini Wafiy Afwan lah" balas Wafiy dengan muka yang riak dihadapan isterinya.
"Hekeleh Abang petik satu lagu biar Aisy menyanyi" cabar Aisy.
"Lagu apa?"
"Tunggu, Aisy nak fikir dulu." otaknya ligat mencari lagu ingin didendangkan.
"Tak tung tuang!" balas Aisy. Terbuntang mata Wafiy tanpa membantah jari jemarinya serta merta memetik mengikut melodi.
'Aku belum mandi tak tung tuang, tak tung tuang tapi masih cantik juga tak tung tuang, tak tung tuang'
"Dah cukup! tak ada lagu lain ke?" tanya Wafiy memberhentikan petikan gitarnya.
"Habis tu nak menyanyi lagu apa?"
"Lagu ni lah yang best" Wafiy mulai memetik.
'Telah kucuba meminta kasihmu
Biar menjadi ikatan abadi
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang meminta
Namun apa daya terlerai janji kita
Mungkin takdir yang meminta'
Kemudian Aisy pula yang menyambung nyanyian Wafiy.'Bermusim kita bersama
Menyemai ikatan cinta
Tak mungkin kasihku hilang
Kukunci hati untukmu'"Sedap jugak suara Aisy ni kan" puji Wafiy.
"Inikan Aisy Ariana." kali ini Aisy pula yang riak.
"Aisy tak baik riak, nanti Tuhan marah." ujar Wafiy.
"Iyalah, dah lah jom turun bawah makan sama-sama, nanti Mama marah pulak" kaki Aisy menapak keluar dari bilik meninggalkan Wafiy didalam.
"Tunggulah sekejap suami awak kat sini"
"Tak nak, cepatlah keluar dari bilik tu!" laung Aisy dari luar bilik.
"Iyalah, tengah on the way ni" Wafiy meletakkan gitar ditepi almari lalu turun kebawah untuk makan malam bersama.
✿✿✿✿✿
vote & komen yea♡
YOU ARE READING
Indahkah Cinta?
RomanceSiapa sangka kehidupan selepas berkahwin akan indah belaka. Ditambah pula jika di hati masing-masing belum tertanamnya sebuah kepercayaan. Begitulah kisah antara AISY ARIANA dan WAFIY AFWAN. Setelah bersatu ada pula kata-kata fitnah yang membuatka...