BAB 16

5.1K 150 0
                                    

"Aisy dah kahwin kan, jadi Aisy kenalah menjadi isteri yang baik okey. Jangan melawan cakap suami sebab sekarang ni Aisy bukan lagi dibawah ditanggungan Ummi faham tak?" Puan Alisa mengusap kepala Aisy berat pula hati ingin melepaskan anaknya.

"Insyallah Ummi, Aisy akan cuba menjadi isteri yang baik macam Ummi dan Mama," balas Aisy mengangkat tangannya berjanji.

"Macam tu lah menantu Mama." Senyum Puan Herlina.

"Ni Abang ada nasihat untuk korang berdua sebagai pengantin baru ni." Ashfan mulai berkata dengan nada perlahan.

"Apa dia Abang Ashfan?" soal Aisy dan Wafiy.

"Malam nanti jangan nakal-nakal sangat tau," ujar Ashfan. Terhambur tawa mereka yang terdengar kata-kata Ashfan. Dah tak ada benda lain ke nak mengusik pun? Hisy, buat malu aje dengan perangai pelik Abang aku ni.

"Abang! tak ada benda lain ke nak cakap?" Aisy menjegilkan matanya pada Ashfan.

"Abang cakap yang fakta bukan auta." Tawa Ashfan masih bersisa kerana mengusik Aisy tadi. Hingga merah padam wajah Aisy dibuatnya.

"Gelak-gelak juga, Ashfan bila lagi? Ummi harapkan Ashfan yang kahwin dulu rupa-rupanya Aisy hmm..." sampuk Ummi sehingga mematikan tawa Ashfan tadi. Serta Ashfan menarik muka masam.

"Kalau Ummi nak tau Abang ni sebenarnya bukan laku pun sebab tu tak ada sesiapa yang nak." Sindir Aisy geram. Kali ini dia pula yang ingin membalas dendam.

"Nak buat macam mana jodoh tak ada lagi, tapi kalau lelaki kahwin lambat pun tak apa tetap laku." Ujar Ashfan mempertahankan diri daripada terus dikutuk oleh adik sendiri.

"Betul tu Ashfan, itu Mama setuju." Celah Puan Herlina.

"Hah kau dengar tu dik? Mak mertua kau back up Abang. Kau ada?" sindir Ashfan dengan mimik muka yang menyakitkan Aisy.

Aisy mengetapkan bibirnya geram sambil menjeling geram.

"Okeylah Aisy, Ummi dengan Abah balik dulu tau duduk kat sini baik-baik faham?" ujar Puan Alisa meminta diri untuk pulang.

Aisy mengangguk mengerti. Puan Alisa memeluk tubuh Puan Herlina sebelum pergi manakala Encik Ikhwan bersalaman dengan Encik Yusuf. Kini mereka sudah berbesan dan perlulah menjalinkan hubungan yang baik.

"Bye Ummi, Abah dan Abang yang Annoying Assalamulaikum." Aisy melambai tangan pada kereta yang baru menyusur keluar dari perkarangan rumah Wafiy.

"Hmm... Qhaira nak balik dululah Pak Usu dan Mak Usu." Qhaira pula meminta diri.

"Qhaira tak payahlah balik tinggallah kat sini sehari, lagi pun hari nak gelap ni," pujuk Puan Herlina supaya Qhaira tidak pulang. Lagipun Qhaira bukan sesiapa pun dalam keluarganya sepupu Wafiy juga.

"Kan Mama, Qhaira kau tak payahlah balik nanti aku rindukan kau," pujuk Aisy juga.

"Suami ada kat sebelah pun rindu aku jugak ke?" hairan Qhaira dengan perangai Aisy ni.

"Rindukan suami dengan sahabat lainlah Qhai, pleaselah Qhai sehari je nanti aku dah tak tinggal dengan kau dah." balas Aisy.

"Okey, aku ikutkan aje tapi dengan satu syarat!" Qhaira mengangkat satu jarinya.

"Okey apa dia? cakaplah?" Aisy tidak sabar menanti jawapan.

"Qhaira nak masak untuk makan malam ni boleh takk??" Qhaira mengangkat sebelah keningnya.

"Boleh sesangat, apa pulak tak boleh luas tapak tangan Mak Usu tadahkan ni kalau Qhaira nak masak. Bukan senang chef kita ni nak masak untuk makan malam. kan?" balas Puan Herlina tanda setuju.

"Okey deal," ujar Qhaira.

"Dah jom masuk ke dalam rumah semuanya dah nak maghrib ni." suara Encik Ikhwan menyuruh supaya masuk ke dalam rumah bagi menunaikan solat.

"Iyalah Abang, Lyn nak masuklah ni." balas Puan Herlina. Kaki mereka melangkah masuk kedalam rumah.

✿✿✿✿✿

Indahkah Cinta?Where stories live. Discover now